Friday, February 25, 2005

ZAMAN LOGAM

ZAMAN LOGAM

Pengenalan
Zaman logam dianggarkan bermula kira-kira 2,500 tahun dahulu di dunia. Zaman ini boleh dibahagikan kepada Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Masyarakat logam ini mengamalkan cara hidup yang berlainan daripada masyarakat sebelumnya. segala aspek terus mencapai perkembangan. Pada zaman ini, terdapat beberapa masyarakat yang bertamadun telah wujud di lembangan sungai utama. Sebagai contoh, Tamadun Shang (Hwang-Ho), Tamadun Sumeria (Mesopotamia) dan Tamadun Mesir.



Ciri-ciri
Peralatan
Penduduk pada zaman ini mula menggunakan peralatan yang dibuat daripada logam seperti gangsa dan besi. Sebabnya mereka berasa alat-alat gangsa ini adalah lebih tahan lasak daripada alat-alat yang dibuat daripada batu. Bukti penggunaan alat gangsa adalah seperti gendang dan loceng gangsa yang ditemui di Batu Buruk di Terengganu dan Sungai Lang di Selangor. Gendang gangsa ini dipercayai berasal dari Dongson, Vietnam. Sebabnya, Dongson di Vietnam dan Ban Chiang di Thailand adalah pengeluar alat gangsa utama pada zaman itu.



Kegiatan Seharian

Masyarakat ini terus bercucuk tanam, menternak binatang, menangkap ikan, berburu dan berdagang. Selain itu, mereka juga mula melombong bijih timah. Mereka melombong bijih timah dengan menggunakan tulang mawas. Dengan adanya alat yang dibuat daripada besi, manusia zaman ini dapat menggali, menebang dan menebas sesuatu benda dengan mudah.



Adat dan UpacaraManusia kini mengamalkan adat dan upacara yang lebih maju daripada penduduk zaman batu. Sebagai contoh, mereka menanam mayat dalam kubur batu kepingan dan kubur jenis ini telah ditemui di Batu Ubin, Perak. Selain itu, mereka meletakkan mayat di dalam keranda kayu yang berbentuk perahu. Buktinya, keranda sebegini dijumpai di Sungai Lang, Selangor. Contoh di atas merupakan adat pengebumian bagi masyarakat zaman ini. Selain adat ini, upacara lain seperti perkahwinan juga dimulakan pada zaman ini.

dipetik dari:

www.geocities.com/cominglucky


MuSaFiR_0102.. 11:00 AM.
*www.darulfuqaha.com


Sunday, February 20, 2005

ZAMAN NEOLITIK

SEJARAH

ZAMAN NEOLITIK


Pengenalan
Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Daripada pelbagai bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan yang amat besar. Contoh petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah Hwang-Ho, Lembangan Sungai Eupharates dan Tigris dan sebagainya.



Ciri-ciri


Tempat Tinggal

Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah mereka dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya. Bukti yang menunjukkan manusia Neolitik tinggal di rumah ialah penemuan tiang-tiang kayu yang ditinggalkan oleh orang zaman ini di Switzerland. Tiang-tiang ini telah ternampak apabila air tasik besar ini menjadi tohor. Setelah dikaji, didapati rumah ini disambungkan antara satu sama lain dan tebing tasik dengan titi-titi yang boleh diangkat pada waktu malam untuk menjaga keselamatan.



Cara Hidup
Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan. Kini, cara hidup mereka juga lebih teratur. Rumah-rumah dibina untuk membentuk sebuah kampung. Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Setiap kampung mempunyai seorang ketua yang akan menyelesaikan sebarang pertikaian yang berkaitan dengan pertanian dan hak milik tanah. Benteng dibina untuk melindungi kampung itu daripada serangan musuh atau binatang liar. Faktor utama yang mendorong orang Neolitik hidup secara tetap ialah mereka perlu menjaga tanaman dan binatang ternakan mereka daripada dimusnah oleh binatang dan serangga perosak.



Kegiatan Harian
Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang mengagumkan. Kini mereka menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu, mereka juga menternak binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing. Selain daripada bercucuk tanam dan menternak binatang, masyarakat ini juga terus memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Tujuan mereka melakukan kegiatan ini ialah untuk mendapatkan bekalan makanan tambahan. Selain itu, masyarakat ini juga mula menghasilkan alat tenunan, kain dan tembikar.



Peralatan
Orang Neolitik telah mencipta alat-alat yang lebih elok dan halus seperti kapak, beliung dan pisau daripada batu dan juga logam untuk memburu, memotong dan bercucuk tanam. Selain itu, teknologi baru dalam bidang pertanian seperti bajak, tajak atau cangkul juga diperbuat daripada granit juga dicipta. Penggunaan peralatan yang disebutkan di atas telah membantu masyarakat ini menghasilkan pelbagai jenis tanaman. Orang Neolitik juga pandai menganyam bakul. Bakul yang dianyum ini digunakan untuk menyimpan bijirin, mengangkap ikan dan memburu binatang. Selain itu, masyarakat Neolitik juga pandai membuat alat tembikar daripada tanih yang dikeringkan. Alat tembikar ini digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Hasil tembikar ini menjadi lebih bermutu apabila roda ceper digunakan.



Kepercayaan
Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di alam ini mempunyai roh. Selain itu, mereka juga percaya bahawa semangat atau tuhan mengawal alam semesta. Sebab itulah mereka cuba memuja semangat yang mengawal alam semesta seperti banjir dan kemarau yang dianggap pemusnah pertanian. Masyarakat Neolitik juga mengamalkan adat dan upacara yang lebih maju dripada masyarakat sebelum ini. Contohnya, upacara pengebumian dan sebagainya.



Pakaian
Masyarakat Neolitik mula menenun kain daripada bulu binatang dan gentian-gentian tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Kini, mereke telah mula berpakaian kain dan jarang sekali mereka berpakaian kulit binatang. Mereka mendapati pakaian yang dibuat daripada kain adalah lebih selesa jika dipakai. Selain itu, berpakaian kain juga dapat menunjukkan bahawa mereka ini lebih tinggi tamadunnya kalau dibandingkan dengan orang yang berpakaian kulit binatang.



Aktiviti Perdagangan
Sejak Zaman Neolitik, aktiviti perdagangan telahpun mula dijalankan. Perdagangan dijalankan di antara kampung-kampung. Mereka saling menukar barang yang dikehendaki. Sistem tukar barang dikenali sebagai sistem barter. Selain perdagangan antara kampung dijalankan, mereka juga menjalankan aktiviti perdagangan dengan masyarakat yang berhampiran. Pada zaman ini, wang memang langsung tidak digunakan. Sistem yang diamalkan juga menemui pelbagai masalah, contohnya, kehendak yang serentak sukar dicapai di antara satu sama lain, unit ukuran atau kadar pertukaran sukar ditentukan dan sebagainya.



Organisasi Sosial
Organisasi sosial dalam bentuk kekeluargaan telahpun wujud pada zaman ini. Setiap keluarga mempunyai seorang ketua yang akan memimpin keluarga ini untuk melakukan aktiviti harian. Daripada kumpulan ketua keluarga ini, seorang akan dipilih untuk memimpin kampung ini. Tanggungjawabnya adalah menyelesaikan pertikaian di antara penduduk kampung dalam pelbagai perkara. Beliau juga dikenali sebagai ketua kampung.



Teknologi Baru
Zaman Neolitik telah mencapai perkembangan yang amat pesat dalam bidang infrastruktur. Pada zaman ini, roda buat pertama kali digunakan. Roda telah dicipta untuk menjadikan sistem perhubungan yang lebih cepat. Sebagai contoh, roda dipasang di kereta kuda membolehkan kereta kuda berjalan dengan lebih cepat. Selain ciptaan roda, kapal layar juga telah diciptakan. Ciptaan kapal layar membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan mudah walaupun dipisah oleh lautan yang luas. Bukti penggunaan kapal layar ialah perjumpaan pelabuhan awal seperti Santubong dan Kuala Selinsing.


DIPETIK DARI:
www.geocities.com/cominglucky


MuSaFiR_0102.. 7:01 AM.
*www.darulfuqaha.com


Saturday, February 19, 2005


SEJARAH

ZAMAN MESOLITIK



Pengenalan
Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM. Manusia Zaman Mesolitik ini mengamalkan zara hidup yang berlainan sedikit kalau dibandingkan dengan Zaman Paleolitik. Di Asia Tenggara, Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Haobinhian.



Ciri-ciri

Tempat Kediaman
Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah. Yang berbeza sikit ialah sekarang mereka tinggal di tepi sungai dan laut. Sebab utama mereka tinggal di sini ialah tempat ini akan membekalkan air dan makanan laut yang diperlukan oleh mereka. Air ini diperlukan untuk minum, mencuci, mambasuh badan dan sebagainya. Sekiranya mereka tinggal di dalam hutan, adalah sangat payah bagi mereka untuk mengangkat air ke tempat kediaman mereka.

Kegiatan SeharianManusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang Paleolitik, Mereka menjalankan kegiatan memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Semua kegiatan ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan makanan. Pada zaman ini juga, mereka sudah mula belajar untuk bercucuk tanam. Tanaman utama yang ditanam adalah makanan bijirin dan buah-buahan. Orang Mesolitik mula belajar bercucuk tanam kerana mereka mendapati adalah sangat susah untuk mendapatkan makanan secara memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Apabila mereka tidak memperolehi buruan, maka mereka akan kelaparan.



PeralatanPeralatan yang digunakan oleh manusia Mesolitik masih dibuat daripada kayu, batu, dan tulang. Walau bagaimanapun, peralatan yang dibuat adalah lebih halus dan kemas kalau dibandingkan dengan peralatan yang digunakan oleh manusia Paleolitik. Mereka sanggup menciptakan senjata dan alat yang lebih kecil. Alat yang kecil ini juga dikenali sebagai mikrolit. Kini mereka sudah tahu menggunakan panah dan anak panah semasa memburu binatang dan menggunakan jaring dan perangkap untuk menangkap ikan.


DIPETIK DARI:
www.geocities.com/cominglucky


MuSaFiR_0102.. 7:57 AM.
*www.darulfuqaha.com



ari ni ari jumaat...tak der ape nak di buat...madah banyok doh habis blajo.cume tinggal beberape madah je agi..jadi lepas sembahyang,aku seperti biase mengambil Quran dan menghafal beberapa potong ayat...
tgh aku duk ngaji, tiba2 jer aku dgr org nangis, aku rase plik gok,jadi aku gi kuar..tgk tak dok mende pun berlaku,jadi aku masuk mula ah...tapi bile masuk dlm bilik, dgr lagi org nangis..aku rase ni soh ade org meninggal kat umah sebelah ni...tapi ni cma anggapan je...jadi aku buat dok tahu je ah..malah nok layan, lagipun mate doh ngantuk giler..tidur je lah..hihiihh..

bile aku bangun,aku dgr bunyi bising lok kat luar...bile gi tgk, rupe2nye ade org pasang khemah..sahh..mmg ade org meninggal..mmg betul anggapan aku tadi..inna lillah hiwainna ilaihi raajiuun...Al-Fatihah untuk beliau...

begitulah ...setiap yang hidup pasti menemui kematian...cuma waktunya sahaja yang tidak diketahui..adakah hari ini?esok?atau lusa atau.....kita tidak mengetahuinya..hanya Allah sahaja yang mengetahui ajal maut kita..

yaaaa....ajal maut ditangan tuhan..tetapi adakah kita telah bersedia untuk enghadapinya?adakah amalan kita selama ini telah cukup untuk membela kita di akhirat kelak?adakah kita memenuhi waktu kita dgn zikir dan tasbih kepada yang maha Esa?marilah kita merenung kembali kehidupan kita seharian,marilah sama2 kita menghitung amalan kita...adakah amalan baik yang nkita lakukan atau amalan jahat yang menguasai kita?sama2lah kita renung...
wassalam


MuSaFiR_0102.. 3:28 AM.
*www.darulfuqaha.com


MOROCO

MOROCCO

Area: 710,850 sq km (274,461 sq miles)

Population: 26,069,000 (1993 estimate)

Population density: 36,7 per sq km

Capital: Rabat - population : 1,397,000 (1993 estimate)

Geography: Morocco is located on the westernmost tip of north Africa, bordering Algeria to the east and Mauritania to the west. Running through the middle of the country is the Atlas mountains range, which leads to the fertile plains and sandy beaches of the Atlantic coast. The Middle Atlas range sweeps up from the south, rising to over 3000 m (9850 ft), covered with woodlands of pine, oak and cedar, open pastureland and small lakes. The Rif Mountains run along the north coast. The ports of Ceuta and Melilla on the north coast are administered by Spain.

Language: The official language is Arabic, Berber and French are widely spoken throughout the country, while Spanish is more predominant in the northern regions. English is also understood particularly in the north and around Agadir.

Religion: Predominantly Muslim with Jewish and Christian minorities. Morocco's population and culture stems from a cross section of origins including Berbers, Arabs, Moors and Jews.

Time: GMT

Climate: The coast as a warm, Mediterranean climate tempered on the eastern coast by southwest trade winds. Inland areas have a hotter, drier, continental climate. In the South of the country, the weather is very hot and dry throughout most of the year, with the nights coolest in the months of December and January. Rain falls from November to March in coastal areas. Mostly dry with high temperatures in summer. Cooler climate in the mountains. Marrakech and Agadir enjoy an average temperature of 21 C the winter.

Currency: Moroccan Dirham (DH) = 100 centimes. Notes are in denomination of DH 200, 100, 50, 20 and 10. Coins are in denomination of DHS 5 and 1 and 50, 20, 10 and 5 centimes. Credit cards: Major credit cards are accepted (Visa, MasterCard, JCB, Eurocard, Amex, Diners Club...).


MuSaFiR_0102.. 2:48 AM.
*www.darulfuqaha.com


MOROCO

MOROCCO

Area: 710,850 sq km (274,461 sq miles)

Population: 26,069,000 (1993 estimate)

Population density: 36,7 per sq km

Capital: Rabat - population : 1,397,000 (1993 estimate)

Geography: Morocco is located on the westernmost tip of north Africa, bordering Algeria to the east and Mauritania to the west. Running through the middle of the country is the Atlas mountains range, which leads to the fertile plains and sandy beaches of the Atlantic coast. The Middle Atlas range sweeps up from the south, rising to over 3000 m (9850 ft), covered with woodlands of pine, oak and cedar, open pastureland and small lakes. The Rif Mountains run along the north coast. The ports of Ceuta and Melilla on the north coast are administered by Spain.

Language: The official language is Arabic, Berber and French are widely spoken throughout the country, while Spanish is more predominant in the northern regions. English is also understood particularly in the north and around Agadir.

Religion: Predominantly Muslim with Jewish and Christian minorities. Morocco's population and culture stems from a cross section of origins including Berbers, Arabs, Moors and Jews.

Time: GMT

Climate: The coast as a warm, Mediterranean climate tempered on the eastern coast by southwest trade winds. Inland areas have a hotter, drier, continental climate. In the South of the country, the weather is very hot and dry throughout most of the year, with the nights coolest in the months of December and January. Rain falls from November to March in coastal areas. Mostly dry with high temperatures in summer. Cooler climate in the mountains. Marrakech and Agadir enjoy an average temperature of 21 C the winter.

Currency: Moroccan Dirham (DH) = 100 centimes. Notes are in denomination of DH 200, 100, 50, 20 and 10. Coins are in denomination of DHS 5 and 1 and 50, 20, 10 and 5 centimes. Credit cards: Major credit cards are accepted (Visa, MasterCard, JCB, Eurocard, Amex, Diners Club...).


MuSaFiR_0102.. 2:48 AM.
*www.darulfuqaha.com


Iran beri amaran serang balas

BERITA


Iran beri amaran serang balas

TEHRAN 17 Feb. - Iran yang menerima tekanan kuasa besar ekoran pembangunan nuklearnya memberi amaran keras akan melancarkan serangan balas segera terhadap mana-mana tentera asing yang menyerangnya, demikian menurut laporan agensi berita Iran, IRNA.

Amaran itu diberikan selepas satu letupan bom berlaku berhampiran sebuah tapak nuklear di pelabuhan Daylam kelmarin, 150 kilometer dari bandar Bushehr di mana sebuah pusat tenaga nuklear sedang dalam pembinaan menggunakan bantuan Rusia.

Letupan itu sekali gus mengundang kebimbangan bahawa Amerika Syarikat akan melancarkan serangan ke atas Tehran.

Menteri Pertahanan Iran, Ali Shamkhani ketika memberikan reaksi mengenai insiden itu menegaskan, sebarang serangan akan disusuli oleh reaksi balas kuat Tehran.

``Tidak kira sama ada serangan tersebut adalah nuklear ataupun sebaliknya, yang pasti kami tidak akan gentar dan bersedia untuk melancarkan serangan balas.

Reaksi

``Sebarang serangan ke atas Iran harus mengambil kira terlebih dahulu reaksi yang akan kami berikan,'' katanya.

Menteri Perisikan Iran, Ali Younessi dalam pada itu mengesahkan terdapatnya kehadiran elemen perisikan AS di ruang udara Iran dan memberi amaran musuh terbabit akan ditembak jatuh.

Dalam pada itu, seorang saksi memberitahu, dia ternampak sebutir peluru dilancarkan dari sebuah pesawat yang tidak dikenali.

Walau bagaimanapun, seorang pegawai kanan keselamatan Iran menafikan terdapatnya serangan agresif sebaliknya letupan tersebut adalah disebabkan oleh kerja-kerja membersihkan tanah di sebuah kawasan penempatan yang tidak berpenduduk di utara negaranya.

Beberapa pegawai kerajaan negara itu mendakwa sesetengah laporan yang disiarkan oleh media asing merupakan sebahagian propaganda AS ke atas Iran.

Pentadbiran Presiden AS, George W. Bush sebelum ini memberikan amaran akan melancarkan serangan ketenteraan ke atas Tehran kerana negara itu didapati membangunkan program senjata nuklear. - AFP


MuSaFiR_0102.. 2:25 AM.
*www.darulfuqaha.com


Wednesday, February 16, 2005

ZAMAN PALEOLITIK

SEJARAH



ZAMAN PALEOLITIK


Pengenalan

Zaman Paleolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Lama. Zaman ini berlangsung dari 50,000 SM hingga 10,000 SM. Manusia Peking dan manusia Jawa wujud pada zaman ini. Menjelang 50,000 SM, orang Neanderthal mula hidup di Eropah, Asia dan Afrika. Selepas itu, menjelang tahun 20,000 SM, orang Cro-Magnon tinggal di Eropah dan mengasaskan kebudayaan moden di Eropah dan Afrika Utara. Orang pada zaman ini melukis gambar-gambar di dinding gua untuk melahirkan perasaan dan idea-idea mereka.



Ciri-ciri

#Tempat Tinggal

Orang Paleolitik sudah mula belajar untuk mengadakan tempat tinggal. Mereka tinggal di dalam gua-gua atau berlindung di bawah ranting-ranting yang ditutup dengan rumput-rampai dan di dalam lubang-lubang di bawah tanah. Mereka tinggal di kawasan ini kerana ingin melindungi diri daripada serangan musuh atau binatang liar dan tiupan angin dan sebagainya. Tempat ini telah dijadikan sebagai tempat rehat bagi mereka yang telah penat selepas melakukan aktiviti harian seperti memburu. Sebagai contoh, Gua Niah di Sarawak dan Gua Badak di Perak.


#Cara Hidup

Orang Paleolitik hidup secara nomad, iaitu berpindah-randah dalam kelompok kecil. faktor utama yang mendorong mereka hidup secara nomad adalah disebabkan oleh faktor bekalan makanan. Sudahpun diketahui oleh kita semua, manusia zaman ini tidak tahu menternak binatang dan menanam tanaman, mereka mendapatkan bekalan makanan secara memburu dan sebagainya. Apabila sumber makanan di suatu tempat didapati berkurangan atau habis, mereka akan pindah ke tempat lain yang dapat membekalkan makanan yang diperlukan. Maka, tempat kediaman mereka juga tidak tetap

#Kegiatan Seharian

Aktiviti yang dijalankan oleh orang Paleolitik setiap hari ialah memburu, menangkap ikan, memungut hasil hutan dan sebagainya. Semua aktiviti yang dijalankan kebanyakannya berkaita dengan mencari bekalan makanan harian. Pada zaman ini, mereka tidak mempunyai apa-apa hiburan. Selepas memburu, mereka akan berehat, makan kemudian tidur, tiada perkara lain yang akan dilakukan. Binatang yang biasa dicuru adalah seperti harimau, rusa dan sebagainya. Hasil hutan yang dikutip pula adalah seperti sayuran liar, buah-buahan dan sebagainya.

#Peralatan

Peralatan yang digunakan oleh orang Paleolitik dibuat daripada kayu, batu dan tulang. Bentuk peralatannya tidak berapa kemas. Bentuknya boleh dikatakan kasar. Peralatan ini digunakan untuk memburu, menumbuk, menetak, memotong dan mempertahankan diri daripada musuh dan binatang liar. Sebagai contoh, kapak dibuat daripada seketul batu berbentuk bujur yang hujungnya ditajamkan dan tanduk rusa dijadikan sebagai cangkul untuk meluaskan gua-gua tempat tinggal mereka.

#Kepercayaan

Orang Paleolitik mempunyai kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di dunia ini mempunyai roh. Mereka percaya bahawa unsur alam semesta telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, mereka memuja unsur alam semesta untuk mendapatkan hasil tanaman yang banyak. Unsur alam semesta yang dipuja termasuk bulan, matahari dan sebagainya

#Pakaian

Orang Paleolitik sudahpun tahu berpakaian. Pakaian mereka dibuat daripada kulit binatang, contohnya kulit rusa, harimau, beruang dan sebagainya. Semasa rusa berhijrah ke Selatan, mereka telah menangkap rusa tersebut. Daging rusa telah dijadikan sebgai makanan dan kulitnya digunakan untuk dijadikan pakaian. Kulit ini kemudiannya disambung dengan tali kulit.


#
Penggunaan Api

Orang Paleolitik tahu menggunakan api untuk memanaskan badan, menakutkan binatang liar dan memasak daging. Mereka mendapat pengetahuan penggunaan api daripada fenomena kebakaran hutan yang dihasilkan akibat pokok-pokok disambar kilat. Pada permulaan, mereka tidak tahu membuat api. Lama-kelamaan, mereka mengetahui bahawa api boleh dihasilkan dengan kaedah geseran batu. Selain itu, ada kemungkinan juga api dihasilkan secara tidak langsung, iaitu hasil daripada usaha seseorang yang bersungguh-sungguh memperbaiki alat kayunya sehingga keluar bunga api disebabkan panas. Di Australia, api dihasilkan dengan mengumpulkan daun-daun dan lumut-lumut ke dalam sebatang kayu yang berlubang dan kemudiannya pusing sebatang kayu tajam ke atasnya sehingga ia terbakar.


MuSaFiR_0102.. 7:34 PM.
*www.darulfuqaha.com


Tuesday, February 15, 2005

TAMAN NEGARA

TAMAN NEGARA
Taman Negara telah ditubuhkan pada tahun 1938/1939 dan dikenali sebagai King George V National Park. Selepas kemerdekaan, ia telah dinamakan semula sebagai Taman Negara. Dianggarkan berusia 130 juta tahun dengan keluasan 4,343 km persegi, Taman Negara merupakan Hutan Hujan Tropika yang tertua di dunia. Gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu Gunung Tahan setinggi 2,187 meter terdapat di sini.
Taman Negara merangkumi tiga buah negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu dan setiap negeri mempunyai perundangannya sendiri. Enakmen Taman Negara (Pahang) No. 2 Tahun 1939 hanya berkuatkuasa di Negeri Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No. 14 Tahun 1938 hanya berkuatkuasa di Negeri Kelantan dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No. 6 Tahun 1939 hanya berkuatkuasa di Negeri Terengganu.
Dengan keluasan 2,477 km persegi, Taman Negara Pahang merupakan kawasan yang terbesar dan diikuti oleh Taman Negara Kelantan dengan keluasan 1,043 km persegi dan Taman Negara Terengganu dengan keluasan 853 km persegi.
Objektif
  • Untuk melindungi dan memulihara flora dan fauna di Taman Negara dan juga untuk mengekalkan ekosistem Hutan Hujan Tropika.
  • Untuk membiak dan mengurus spesies flora dan fauna.
  • Untuk mengurus dan membangun Taman Negara sebagai satu kawasan rekreasi.
  • Untuk memulihara semua objek dan tempat yang bersejarah dan mempunyai nilai-nilai estetika dan kebudayaan.
  • Untuk menyediakan satu makmal semulajadi bagi kerja-kerja penyelidikan terhadap spesies dan habitat yang terdapat di Hutan Hujan Tropika bagi tujuan pengurusan.


MuSaFiR_0102.. 12:00 PM.
*www.darulfuqaha.com


Ke Makam Bonda

Ke Makam Bonda

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan


MuSaFiR_0102.. 7:18 AM.
*www.darulfuqaha.com



alhamdulillah,hari ini masih diberi peluang oleh yang Maha Esa bagi meneruskan sisa2 hidupku yang entah tidak diketahui penghujungnya..Ya Allah berilah aku petunjuk dan pedoman bagi menerus hari-hari yang mendatang.
tanpa ku sedari,umurku dah menjagkau 21 tahun..begitu pantas masa berlalu,tidak ku sedari.adakah ini salah satu pentanda bahawa kita berada di akhir zaman??akhirat semakin hampir,tetapi aku seolah-olah tidak menghiraukan masa-masa yang berlalu,betapa lalainya dan alpanya aku ya Allah.adakah aku telah bersedia menghadapi akhirat mu ya ALLAH?

jawapannya tentulah tidak...hari2 yang berlalu tidak aku penuhkan dgn perkara2 yang berfaedah,tidak aku basahkan lidah ku dgr zikir-Mu,tidak aku penuhinya dengan berfikir tentang kebesaran-Mu, bahkan aku hanya memikirkan soal dunia semata-mata..

ya Allah berikanlah aku petunjuk dan hidayah ya Allah.
pimpinlah aku ke jalanMu yang diredhai ya Allah,
aku hanyalah seorang hamba yang hina ya Allah....

amin ya Rabbal Aalamiinn.....


MuSaFiR_0102.. 3:47 AM.
*www.darulfuqaha.com


Sunday, February 13, 2005

Antartika -- Fakta menarik yang perlu anda tahu

Antartika -- Fakta menarik yang perlu anda tahu
BENUA Antartika
Tiada tempat di dalam dunia ini yang dapat menandingi keunikan dan keindahan kawasan ini yang diliputi lautan salji tanpa mengira musim.
Antartika dikatakan paksi kepada pembentukan sejarah awal benua. Menurut ahli-ahli geologi, di sekitar 360 juta tahun lalu, daratan bumi ini sebenarnya bersatu di sekitar kutub selatan.
Satu daratan yang disebut Pangeas kemudian terpecah dua menjadi Laurasia dan Gondwana. Seterusnya, kedua-duanya ini terurai dan menjadi benua-benua dan pulau-pulau yang kini tersebar mengelilingi bumi.
Manusia mula mendekati benua Antartika sejak 1820.
Bagaimanapun, penjelajahan di daratan Antartika hanya bermula pada awal 1990-an.
Bumi Antartika sebenarnya menyimpan seribu satu macam rahsia yang masih belum diterokai manusia kerana pelbagai halangan yang tidak terlawan oleh kudrat mahupun teknologi canggih ciptaan manusia.
Di sebalik putih sucinya, benua Antartika sebenarnya begitu ‘keras’ dan telah mengorbankan banyak nyawa.
Sejak lebih 45 tahun lalu, lebih 200 ilmuan dan saintis yang menjalankan penyelidikan di benua ini tewas dan terkorban kerana suhu sejuknya yang melampau.
Ikuti beberapa fakta menarik yang perlu anda tahu mengenai benua Antartika.
  • Benua Antartika diselaputi ais sejak 35 juta tahun dahulu.
  • Benua Antartika sebenarnya adalah sebuah gurun yang hampir sama dengan Gurun Sahara.
  • Perairan Antartika adalah antara kawasan yang paling berangin di dunia dengan cacatan kelajuan angin sehingga 200 batu sejam.
  • Suhu di Antartika sememangnya tidak menentu. Antara yang pernah dicatatkan ialah penurunan suhu sehingga 65 darjah Ferenheit dalam masa 12 minit sahaja.
  • Puncak tertinggi di Antartika ialah Vinson Massif dengan ketinggian 4,897 meter.
    Benua Antartika juga sebenarnya mempunyai gunung berapi, tetapi tidak ada satu pun yang aktif.
  • Sampel ais yang dikenali sebagai empulur ais (ice core) adalah sampel penting yang selalu diambil oleh saintis untuk tujuan uji kaji.
  • Empulur ais berbentuk silinder panjang ini memberikan maklumat-berguna mengenai sesuatu perkara sejak berpuluh-puluh ribu tahun dahulu. Ini kerana, objek-objek yang terperangkap dalam ais itu termasuklah buih-buih udara memberikan informasi yang sangat berguna mengenai cuaca dan iklim dunia pada sesuatu masa dahulu.
  • Sekumpulan penguin jenis emperor di dataran ais Antartika.
    Jika semua bongkah ais (ice sheets) yang terdapat di Antartika cair, air laut di seluruh dunia akan meningkat antara 60 hingga 65 meter.
  • Kebanyakan hidupan laut di Antartika termasuklah ikan mempunyai sejenis bahan anti sejuk dalam darah masing-masing untuk mengelakkan binatang-binatang ini menjadi beku.
  • Pada musim sejuk yang melibatkan suhu sejuk melampau dan keadaan gelap berterusan selama enam bulan, terdapat kira-kira 900 orang saintis yang menjalankan penyelidikan di 34 stesyen. Jumlah saintis ini bertambah sehingga 3,000 orang pada musim panas.
  • Serangga terbesar di atas tanah di Antartika sebenarnya ialah sejenis serangga kecil tanpa sayap - Belgica antarctica yang berukuran kurang daripada 1.3 cm panjang.
  • Tiada serangga terbang di Antartika (kerana ia akan mudah ditiup angin), sebaliknya hanyalah jenis serangga seperti kutu yang menghinggapi penguin.
  • Antartika adalah tempat terbaik di dunia untuk melihat tahi bintang. Tidak seperti di tempat biasa yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan, tahi bintang boleh dilihat secara jelas di persekitaran Antartika yang serba putih.
  • Keadaan sejuk dan kering di ‘Daerah Kering’ di Antartika hampir menyamai keadaan di planet Mars seperti mana yang pernah diuji oleh pihak NASA. Di daerah kering itu, tiada hujan dicatatkan sejak 2 juta tahun lalu.
  • Dianggarkan, semasa musim makan di Antartika, paus biru (blue whale) memakan kira-kira 40 juta krill (sejenis hidupan laut seperti udang) setiap hari ataupun 3,600 kilogram atau 4 tan setiap hari selama enam bulan.
    Jumlah pengambilan makanan itu boleh mengenyangkan seorang manusia selama empat tahun!.
    Sejak kemunculan benua Antartika lebih 20 juta tahun dahulu, tidak banyak hidupan lautnya yang berubah. Ikan-ikan di Antartika hidup pada suhu antara 2 darjah Celsius hingga - 2 darjah Celcius sejak lima juta tahun lalu. (-2 darjah Celcius adalah tahap beku air laut iaitu di bawah kosong kerana kandungan garam). Secara puratanya, suhu musim panas di Antartika ialah -30 darjah celcius manakala purata suhu musim sejuk ialah -60 darjah celcius.
  • Suhu paling rendah yang pernah dicatatkan ialah -89.6 darjah celcius iaitu di stesyen Russian Vostok. Hanya kira-kira 0.4 peratus daripada Antartika yang tidak diselaputi ais.
  • Di Antartika, terdapat sejenis kumpulan ikan yang agak pelik yang dipanggil ikan ais (ice fish). Ikan ini tidak mempunyai pigmen darah merah - haemoglobin dalam darah untuk membawa oksigen. Memandangkan suhu di sana sangat sejuk dan oksigen boleh larut dalam suhu yang sejuk, ikan ini boleh hidup tanpa haemoglobin.

Baru-baru ini, DNA ikan ini didapati telah rosak kerana tahap sinaran tinggi ultra violet akibat lubang ozon.
Ikan ini kurang pigmen yang boleh menghalang sinaran UV.

FAKTA PENTING


Tahukah anda terdapat perbezaan yang nyata antara kawasan Artik dan Antartika.
Kawasan Artik terletak di Kutub Utara manakala Antartika terletak di Kutub Selatan.
Kawasan Artik adalah lautan yang dikeliling oleh benua dan pulau-pulau manakala Antartika adalah benua yang dikelilingi oleh lautan.
Walaupun Artik pada dasarnya ialah seperti laut beku, pengaruh air secara sederhana menjadikan iklim di kawasan ini lebih sesuai untuk kehidupan manusia dan binatang berbanding benua antartika.
Di kawasan Artik, salji lebih mudah cair dan mengalami proses pengejatan berbanding di Antartika. Keadaan ini menjadikan pembentukan ais kurang berbanding di Antartika.
Semasa musim panas, kawasan di Artik tidak mempunyai ais dan ini memberi peluang kepada tumbuh-tumbuhan untuk hidup.
Kawasan Artik dihuni oleh manusia sejak 20,000 tahun lalu manakala di Antartika tiada penduduk tetap, hanya bermusim.
Banyak negara menuntut haknya ke atas Antartika, walaupun ia diistiharkan sebagai milik antarabangsa.
Sementara itu, kawasan Artik pula, dimiliki oleh lapan negara yang berbeza iaitu Norway, Sweden, Finland, Rusia, Amerika Syarikat, Kanada, Greenland dan Iceland.



MuSaFiR_0102.. 10:09 PM.
*www.darulfuqaha.com


Thursday, February 10, 2005

tekanan darah tinggi

TEKANAN DARAH TINGGI
Apakah dia Tekanan Darah?

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.
Bagaimana Tekanan Darah Diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Tekanan Darah berubah-ubah

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Apakah dia tekanan darah tinggi?

Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar Tekanan darah optima iaitu 130 / 80 mmHg.
Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.
Akibat tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi secara berkekalan beleh mendatangkan komplikasi seperti berikut
* serangan jantung
* angin ahmar
* kegagalan jantung
* kerosakan buah pinggang
Memastikan tekanan darah optima

* memeriksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda

* tidak merokok - narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salurnadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda

* kurangkan pengambilan garam - garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi
* kurangkan lemak - lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang
* kekalkan berat badan unggul
* bersenam secara berkala
* elakkan pengambilan alkohol

.


MuSaFiR_0102.. 8:12 PM.
*www.darulfuqaha.com


PENYAKIT HATI

MENGESAN PENYAKIT HATI DAN MENGENAL PASTI KESIHATANNYA

Kadang-kadang kita dapati hati yang sakit dengan begitu parah namun tuan punya hati tersebut sama sekali tidak mengetahuinya. Ini tidak lain disebabkan kerana ia tidak mengambil berat ke atas hatinya dan tidak mengetahui punca-punca penyakit yang menjangkiti hatinya. Bahkan tidak jarang kita dapati seseorang yang telah mati hatinya namun dia sendiri tidak menyedari di atas kematian hatinya.

Untuk lebih jelasnya, di bawah ini dijelaskan tentang tanda-tanda hati yang sihat antara lain:

1. HIJRAH DARI DUNIA KE AKHIRAT.Sesetengah dari tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "Ia boleh berhijrah dari kehidupan dunia menuju kehidupan akhirat, dan duduk tinggal di dalamnya." Sehinggalah seakan-akan ia merasakan kehidupan dunia ini bagaikan hampa dan penuh kepalsuan dan sebagai hasilnya ia hanya sekadar menggunakan kehidupan ini sebagai keperluannya untuk berpindah ke kehidupan akhirat. Ia hanya menjadikan dunia ini sebagai alat atau sarana bagi menjayakan perjalanannya ke rumah akhirat.

2. PENDORONG UNTUK KEMBALI KEPADA ALLAH.Salah satu tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "ia selalu mendorong dan menggalakkan tuannya untuk kembali kepada Allah dengan perasaan rendah diri di hadapanNya," Ia juga meletakkan segala sesuatu yang disukai dan disayanginya atas dasar kecintaannya terhadap Allah SWT, yang mana ia tidak akan boleh menikmati hidu, tidak boleh berjaya dan bergembiria melainkan hanya setelah mendapat keredhaan dan kemurahan Allah SWT.

3. TIDAK PERNAH BERHENTI DARI BERZIKIR.Tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "Tidak pernah reda dan berhenti dari mengingati (berzikir) Tuhannya, ia juga tidak pernah ada rasa bosan dan jemu untuk berkhidmat (beribadah) kepada Allah, ia tidak pernah menaruh rasa suka, sayang atau seronok terhadap selain Allah. Kecuali dengan orang atau sesuatu yang boleh membawanya ke sisi Allah dan mengingatiNya." Misalnya ia tidak pernah menaruh rasa sayang dan seronok terhadap anak dan isteri kecuali hal itu boleh membawanya untuk mengingati Allah dan lebih meningkatkan ketaatan terhadapNya.

4. MERASA LALAI JIKA SAKIT.Tandanya lagi adalah: "Hatinya merasa sakit yang amat pedih jika berpisah atau lalai dari mengingati Allah. Kesakitan yang dialami melebihi rasa sakit ketika kehilangan harta benda dan anak keluarga."

5. MERASA NIKMAT KETIKA BERIBADAH.Tandanya lagi: "Ia boleh merasakan sedap, seronok dan nikmat ketika beribadah dan berkhidmat kepada Allah sepertimana kenikmatan seorang yang sangat lapar dan haus ketika ia makan dan minum."

6. LUPA DUNIA KETIKA IA SOLAT.Tandanya lagi, "Jika ia sedang masuk untuk menunaikan solat, maka segala angan-angan, keghairahan dan keinginannya tentang dunia akan hilang, seakan-akan ia terigin sangat untuk keluar menghindarkan diri dari urusan-urusan dunia tersebut dan seterusnya akan berehat dengan merasakan kenikmatan yang tiada bandingannya kerana menghadap Allah dengan penuh keseronokan dan kedamaian."

7. MEMPUNYAI MATLAMAT TUNGGAL.Tandanya lagi adalah: "Jika seorang hamba itu hanya mempunyai matlamat dan cita-cita hidup yang satu, iaitu kehidupan akhirat bagi menghadap Allah Azza Wa Jalla."

8. MENGHARGAI MASA UNTUK BERIBADAH."Ia sangat khuatir dan takut jika waktu dan masanya hilang dengan sia-sia belaka kerana terpedaya oleh urusan dunia seisinya." Ini sepertimana sedia maklum, bahawa selalunya urusan-urusan dunia akan banyak menyita waktu sehingga seseorang akan banyak menderita kerugian kerananya, kecuali orang-orang yang beriman dan boleh membuktikan keimanannya dengan amal-amal soleh.

9. BERCITA-CITA TINGGI MEMBETULKAN KESALAHAN.Tanda yang terakhir adalah: "Selalu bercita-cita dengan keinginan yang sungguh-sungguh untuk membetulkan dan mensahihkan amalan-amalan yang dilakukannya sehingga keinginan dan upaya itu lebih berkualiti dan dibuktikan dengan amal perbuatan yang lebih rajin, lebih ikhlas, lebih mendekati dan mengikuti sunnah."

Dari kesemua tanda-tanda hati yang sihat di atas, dapatlah disimpulkan bahawa: "Hati yang hidup sihat adalah, Hati yang mempunyai matlamat dan cita-cita hanya satu, iaitu Allah Azza Wa Jalla, kecintaannya hanya kepadaNYa, tidur dan jaganya mati dan hidupnya hanyalah untuk Allah SWT, seluruh fikirannya dicurahkan untuk mencari keredhaan Allah. Dia lebih suka menyendiri seorang diri bagi bertafakur menghampiri Allah daripada berinteraksi dengan manusia kecuali jika interaksi itu akan membawanya untuk lebih dekat kepadaNya. Ia merasa seronok, selesa dan penuh nikmat bila mengabdi kepadaNya." Riak di lubuk hatinya berasa diusik oleh syaitan agar berpaling dariNYa dengan serta merta terlintas pada dirinya untuk kembali kepada Tuhannya dengan penuh diilhami oleh ayat Allah yang bermaksud.

"Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) yang redha dan diredhai (Tuhan)." (89: 27-28)

SeTiAp Yg TeRjAdI aDa HiKmAhNyA..So BaNyAkKaNlAh BeRsAbAr DaLaM mEnGhArUnGgI DuGaAn-NyA!

di petik dari:
laman naeim


MuSaFiR_0102.. 6:10 PM.
*www.darulfuqaha.com


Saturday, February 05, 2005

Uslub Dakwah

Uslub Dakwah
MUQADDIMAH

Uslub dakwah merupakan satu istilah yang tidak pernah lekang dari bibir setiap petugas dakwah. Oleh kerana ia telah menjadi suatu perkara yang biasa disebut, maka ia tidak lagi berhajat kepada penghuraian. Lantaran itu, hampir setiap pendakwah mentafsirkan uslub dakwah menurut kacamata mereka masing-masing, sesuai dengan perkumpulan yang mereka wakili.
Dari situ satu huraian lengkap berhubung dengan uslub dakwah diperlukan bagi menjamin seseorang pendakwah itu tidak menyeleweng dari landasan penafsiran. Ianya mestilah bermula dari Al-Quran yang telah dijamin kebenarannya oleh Allah s.w. t.
USLUB DAKWAH MENURUT AL-QURAN

Di dalam Al-Quran, ayat yang menyebut perkataan uslub sebenarnya tidak ada. Apa yang ada ialah permahaman yang boleh diambil sewaktu Allah s.w.t. berfirman memerintah manusia menyeru ke jalanNya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." (Al-Nahl: 125)
Apabila persoalan uslub di dalam ayat di atas diletakkan selepas daripada seruan dakwah, ia menunjukkan bahawa uslub adalah perkara kedua.
Perkara paling utama ialah menyeru manusia terlebih dahulu ke jalan Allah, Tuhan yang menciptakan mereka. Kesedaran ini perlu diutamakan terlebih dahulu, barulah berbincang mengenai uslub dakwah.
Apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini ialah kecenderungan membincangkan uslub terlebih dahulu. Setelah mereka berselisih dalam persoalan uslub dakwah, bagaimana mereka boleh bersatu dalam menjalankan tugas dakwah.
Usaha menentukan uslub siapa yang lebih betul sudah cukup membuang masa seseorang petugas Islam. Sedangkan Tuham menyuruh mereka memulakan tugas dakwah terlebih dahulu, kemudian dalam mengolah dakwah barulah timbul persoalan.
Sebagaimana yang kita sebutkan sebentar tadi, perkataaan uslub secara jelas tidak disebut dalam Al-Quran, namun begitu perkataan yang hampir sama dengan pengertian uslub telah disebutkan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” (Al-Ma’idah: 35)
Ayat di atas menggesa orang mukmin supaya bertaqwa dan mencari jalan serta cara yang menyampaikan mereka kepada taqwa. Oleh kerana jalan menuju Allah tidak boleh dinamakan uslub, maka kalimah yang dipakai ialah al-wasilah. Dengan ini al-wasilah lebih luas pengertiannya dari uslub sebagaimana ia juga lebih umum dari pengertian uslub.
Dari itu, kesimpulan yang boleh kita buat ialah uslub bermaksud teknik-teknik yang boleh digunakan bagi mencapai sesuatu matlamat. Berdasarkan kefahaman ini ia lebih merujuk kepada pengertian yang agak khusus dan agak tertumpu kepada unsur -unsur kepakaran dalam menjalankan sesuatu tugas.
Jika disatukan pengertian ini dalam konsep gabung jalin antara kalimah uslub dan dakwah, maka ia bermaksud teknik-teknik yang perlu diambil kira dalam proses menyampaikan dakwah dan menyeru manusia kepada jalan Allah atau lebih khusus lagi kepada pengabdian diri kepada Allah, menjauhi taghut, melakukan yang makruf dan mencegah yang mungkar.
Kefahaman Ayat 125 surat Al-Nahl Dari Kacamata Uslub Dakwah

Ayat yang disebut sebentar tadi membuat beberapa garis panduan dalam perlaksanaan dakwah iaitu kewajipan menyeru manusia ke jalan Allah. Penyeruan inilah yang dinamakan dakwah. Dalam proses penyeruan ini hendaklah diketahui cara- caranya, supaya dakwah itu boleh sampai kepada mereka. Inilah yang dikatakan kemahiran dan inilah uslubnya.Uslub dakwah yang dibentangkan secara tidak langsung oleh ayat tadi ialah:
a)Hikmah
b)Nasihat-nasihat yang baik
c)Bertukar-tukar fikiran dengan cara yang lebih baik
USLUB HIKMAH

Uslub hikmah dalam menyampaikan dakwah dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
•Hikmah yang berhubung dengan sifat-sifat pendakwah di jalan Allah hendaklah bersifat menurut sifat-sifat Nabi seperti benar, amanah, bijaksana dan tabligh, berlaku adil, tidak lekas marah, sabar dan mempunyai pengetahuan serta pengalaman yang luas.
•Hikmah berhubung dengan isi kandungan dakwah. Ia bermakna pendakwah ke jalan Allah hendaklah menyampaikan isi kandungan dakwah itu dari kandungan Al-Quran dan segala penerangan hendaklah menepati kebenaran serta dalil-dalil yang kuat dan tepat yang boleh mengurangkan keraguan. Kata-kata yang digunakan hendaklah sesuai dengan kemampuan pendengar.
•Hikmah yang berhubung dengan alat dan strategi dakwah. Segala alat dan strategi yang digunakan betul-betul sesuai dengan tempatnya untuk mencegah berlakunya kerosakan kepada gerakan dakwah itu sendiri.
USLUB NASIHAT YANG BAIK

Nasihat yang baik ialah persanan dan ingatan dengan apa yang disukai oleh orang ramai tentang kebaikan dan mereka bersedia menerimanya dan benci kepada kejahatan serta mereka akan menjauhinya.
Boleh juga difahami dengan nasihat yang baik ialah nasihat yang masuk ke dalam hati dengan halus dan mendalam, menembusi perasaan dan jiwa dengan lembut, kerana berlemah lembut dalam nasihat itu biasanya boleh memberi petunjuk kepada hati yang sesat dan boleh menjinakkan hati yang liar dan boleh mendatangkan natijah yang lebih baik.
Cara nasihat yang baik bergantung kepada perbandingan di antara iman dan kufur, antara kebaikan dan kejahatan, antara taat dan maksiat, antara halal dan haram. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan ( Rasul-rasul).” (Ali-‘Imran: 137)
USLUB BERBINCANG DENGAN CARA BAIK

Para da’i hendaklah menjalankan dakwahnya dengan mengikuti cara yang lemah-lembut dalam perkataan dan menjauhkan kelakuan yang kasar dan kesat.
Gunakanlah sebaik-baik cara berhubung dengan tujuan untuk menjauhkan pendengar-pendengar yang didakwahkan itu dan merasa bahawa pendakwah itu menyerang aqidah yang mereka mempertahankannya. Perancangan cara begini adalah lebih kuat, berpengaruh dan berkesan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka) : “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kamu, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.” (Al-Ankabut: 46)
Inilah juga firman Allah s.w.t. kepada Nabi Musa a.s. dan saudaranya Harun a.s. ketika mereka diutuskan oleh Allah s.w.t. kepada Firaun yang sombong. Sungguhpun begitu, Allah s.w.t. memerintahkan mereka supaya berlemah-lembut. FirmanNya yang bermaksud:
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut.” (Taha: 43-44)
Apabila Allah s.w.t. menyatakan supaya dalam berbincang mestilah dengan cara yang baik, maka para da’i perlulah membuat persiapan terlebih dahulu dan segi hujah, latihan, teknik, berbincang yang terbaik, supaya lahir seorang da’i yang mempunyai karisma yang tinggi dalam berdiskusi.
Kalau tidak adalah lebih baik jika dia tidak memberikan kesanggupan dari awal semasa proses temujanji dilakukan.
Kalau ia mempunyai fakta yang lengkap dan cukup jitu, maka ia tidak akan mudah panas baran dan melenting apabila dicemuh atau diserang kerana dia tahu peluru yang ada padanya mencukupi serta mampu menjawab semua hujah musuh atau orang-orang yang diseru kepada Islam.
Pendakwah kadang-kadang mudah naik angin dengan berbagai-bagai soalan kerana tiada persiapan. Dia akan bimbang sekiranya persoalan itu mematikan ideanya untuk berhujah.
Boleh jadi ada orang bertanya, jika pendakwah selalu berlembut dan memilih perbincangan dengan cara yang baik maka bilakah masanya akan berlaku keras. Kita menjawab keras boleh berlaku tetapi dalam kadar dan ruang lingkup membalas setara dengan apa yang mereka lakukan.
Kalau dalam peperangan sekalipun Islam tidak cenderung kepada kekasaran tetapi lebih kepada unsur membalas setara dengan apa yang dilakukan. Maka di dalam dakwah sifat ini lebih dituntut kerana peringkat ini ialah peringkat dakwah iaitu seruan dan pemberian maklumat perintah Islam. Manakala, peringkat perang ialah peringkat jihad.
Lagi pula kalau kasar merugikan dan lemah lembut tidak merugikan maka baiklah kita berlaku lembut kerana kita tidak akan cepat kehabisan peluru. Barangkali peluru akan digunakan dengan begitu waspada sekali. Kalau peluru dilepaskan dilepaskan bertubi-tubi dengan begitu kasar sekali boleh jadi kehancuran akan berlaku.
Sedangkan pendakwah tidak lebih dari seorang doktor untuk merawat pesakit supaya ia sembuh bukan bertujuan untuk membunuhnya.
Satu hakikat yang sering berlaku ialah musuh lebih mudah hilang pertimbangan dalam menghadapi dakwah samada mereka dari awal-awal lagi menolak apa-apa perbincangan atau mereka lebih mudah cenderung kepada hilang pertimbangan.
Kerana mereka tahu bahawa mereka tidak mampu menghadapi hujah-hujah dari golongan Islam. Contoh mudah ialah mana- mana forum di universiti tempatan yang menjemput wakil PAS maka wakil UMNO pasti akan menolak atau menarik diri dari hadir. Sedangkan mereka adalah pemerintah dan mereka dianggap sebagai orang yang berkuasa.
Contoh kedua ialah peristiwa pembunuhan anak Nabi Adam a.s. iaitu antara Qabil dan Habil. Qabil sanggup membunuh adik kandungnya sendiri lantaran kerana hilang pertimbangan antara akal dan nafsu.
PENUTUP

Sekiranya segala cara telah dilakukan namun mereka masih menolak dakwah maka para da’I tidak seharusnya dihantui oleh fikiran bahawa mereka telah gagal melaksanakan amanah mereka. Ini kerana soal hidayah dan penerimaan mad’u terhadap dakwah adalah dalam ruang lingkup kehendak mutlak Allah s.w.t.
dipetik dari:
ladang.net


MuSaFiR_0102.. 7:48 PM.
*www.darulfuqaha.com


Friday, February 04, 2005

PIMPINAN HATI

PIMPINAN HATI

"Renunglah selalu hati kita
Kerana ia merupakan sumber
Kebaikan dan kejahatan
Wadah kekufuran dan keimanan
Rebutan di antara malaikat dan syaitan
Hati perasaannya halus
Sentuhannya tidak terasa
Tapi sangat memberi kesan di dalam kehidupan kita
Siapa yang arif perjalanan hatinya
Faham kebaikan dan kejahatannya
Bersungguh bermujahadah membuang kejahatannya
Diganti segera dengan kebaikan
Orang itu akan selamat
Dari tipu daya syaitan dan dunia
Ramai orang tidak faham
Perjalanan hatinya sekalipun ulama
Terima sahaja yang baik dan yang buruknya
Kemudian merasakan baik kesemuanya
Tiada terasa lagi membuat dosa
Di sinilah perlu pimpinan
Guru yang mengenal hati manusia"


MuSaFiR_0102.. 5:54 AM.
*www.darulfuqaha.com


Wednesday, February 02, 2005

Apa Erti Saya Menganut Islam?

Apa Erti Saya Menganut Islam?
(fathi yakan)
Mukadimah

Kitab ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama membentang sifat-sifat yang wajib ada pada setiap orang Muslim supaya dengan sifat-sifat tersebut ia benar-benar menjadi seorang Muslim.
Bahagian pertama ini menjelaskan syarat-syarat yang wajib ada pada setiap orang yang menggabungkan dirinya dengan agama Islam.
Sebenarnya ramai dari manusia ini menjadi Muslim kerana hobi atau dilahirkan oleh kedua orang ibu bapanya yang memang beragama Islam. Mereka ini pada hakikatnya tidak memahami makna menggabungkan diri dengan Islam. Mereka juga tidak mengerti tentang tuntutan-tuntutan dari penggabungan ini. Lantaran inilah anda dapat melihat mereka berada di satu pihak manakala Islam pula berada di pihak yang lain.
Matlamat dari bahagian ini adalah untuk menjawab seluruh persoalan-persoalan ini di samping menerangkan perkara-perkara yang dituntut oleh Islam ke atas seseorang Muslim supaya penggabungan mereka ke dalam agama Islam menjadi penggabungan yang sah dan benar seterusnya ia menjadi seorang Islam yang benar. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang
memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan". (Surah Al-Hajj 22: Ayat 78)
Bahagian kedua buku ini pula menerangkan kewajipan beramal untuk menegakkan Islam dan kewajipan menggabungkan diri dengan Harakah Islamiyah. Bahagian ini juga menerangkan ciri-ciri atau sifat-sifat Harakah Islamiyah, sasaran matlamatnya, cara-cara pergerakannya, falsafahnya, cara atau jalan kerjanya serta sifat-sifat yang wajib ada pada diri orang yang menggabungkan diri dengannya.
Perlu disebutkan di sini bahawa segala peristiwa yang berlaku di dunia Islam secara umum dan di negara-negara Arab secara khusus, merupakan satu bukti besar bahawa umat Islam sedang hidup dalam keadaan kekosongan yang terlalu parah dalam berbagai lapangan kehidupan.
Dalam beberapa waktu yang genting ini umat Islam telah melalui pengalaman yang begitu pahit di mana telah banyak sistem (peraturan) hidup dan prinsip-prinsip pegangan mereka telah gugur lenyap. Banyak gerakan-gerakan dan ramai pula pemimpin yang turut gugur tercicir apabila berhadapan dengan cabaran-cabaran masa kini kerana gerakan dan pimpinan berkenaan tidak mempunyai asas-asas persediaan yang membolehkan mereka terus kekal dan berterusan.
Semua sistem, prinsip, gerakan dan pimpinan berkenaan gugur lenyap kerana ia tidak lebih dari slogan-slogan kosong lagi palsu, tidak punya nilai dan mutu.
Ia gugur lenyap kerana ia tidak asli dan tidak tulen. Ia tidak langsung menggambarkan keperibadian umat ini. Malah ia adalah sesuatu yang asing, dicipta dan diimport ke negara-negara umat Islam sebagaimana kita mengimport pakaian dan sarung kaki, sebab itulah ia tidak kekal lama. Dalam waktu yang singkat sahaja ia telah tumpas dan dengan cepat pula terbongkarlah keburukan-keburukannya.
Lantaran kelemahan dan keburukan itu seluruh umat telah menolaknya. Ia ditolak kerana ia adalah asing bagi umat Islam, tidak serasi dengan dasar-dasar pegangan dan keyakinan mereka.
Perbandingan keadaannya adalah seperti jantung atau hati yang digantikan pada seseorang. Dalam tempoh yang singkat sahaja terasalah kesakitan dan penderitaan. Tidak lama kemudian jasad itu akan mati dan hancur.
Inilah keadaan yang benar-benar berlaku di kalangan masyarakat umat Islam di waktu mereka sendiri menyedari bahawa mereka berada dalam keadaan lemah dan sakit. Namun demikian mereka tidak berfikir tentang apa yang patut mereka lakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut. Sebaliknya mereka terus mengimport dasar-dasar dan sistem-sistem ciptaan manusia yang disangkanya baik, sedangkan dasar-dasar dan sistem tersebut penuh dengan racun keburukan, kehancuran, krisis, kerosakan dan keruntuhan.
Rancangan peringkat pertama berakhir dengan (kejayaan) menanamkan fahaman peradaban barat dan pemikiran Kapitalisme di dalam pemikiran umat Islam. Akibatnya timbullah barah-barah yang merosakkan setiap bidang kehidupan masyarakat, ekonomi, politik dan lain-lain. Penyakit barah ini telah merosakkan keperibadian umat, mengkucar-kacirkan pemikiran, merosakkan akhlak dan akhir sekali menyediakan keadaan dan suasana masyarakat Islam yang membawa kepada ketewasan pertama dalam tahun 1948.
Walau bagaimana pahit sekalipun pengalaman dan buruknya keadaan yang menimpa mereka, namun umat Islam masih tetap dalam belenggu tawanan kekalahan dan keciciran, terus dicengkam perasaan, tertipu pula oleh slogan-slogan yang penuh dengan kepalsuan dan keindahan zahir yang memukau, keadaan sebeginilah yang menyebabkan umat Islam menerima kekalahan buat kali kedua, ketiga, keempat dan seterusnya kekalahan demi kekalahan.
Semua sistem-sistem yang melaungkan slogan-slogan pembangunan, revolusi, persamaan dan lain-lain tidak pernah memberi sebarang faedah malah keakraban persahabatan dengan golongan tersebut tidak sedikitpun dapat menolak bencana yang mendatang.
Ketewasan yang dialami pada tahun 1948 adalah berpunca daripada mengikuti telunjuk barat, kemudian ketewasan berikutnya dalam tahun 1967 adalah berpunca dari mengikuti aliran politik yang berfahaman kiri.
Umat Islam telah keluar dari peristiwa-peristiwa ini dengan penuh pengalaman duka dan menyayatkan sehingga mereka tidak lagi mempercayai orang-orang yang cuba memberi harapan untuk mereka, malah kepercayaan mereka kepada para pemimpin, pembesar, aliran-aliran dan parti-parti turut musnah sama sekali.
Lantas adakah umat Islam telah sedar setelah mereka sendiri mengalami peristiwa-persistiwa ini?
Apakah penderitaan dan pengalaman pahit ini telah menyedarkan mereka?
Apakah mereka menyedari bahawa kekuatan antarabangsa sedang berkerumun untuk menghancurkan mereka?
Apakah umat Islam menyedari bahawa timur dan barat, kiri dan kanan, semuanya adalah musuh mereka, sentiasa menyimpan dendam kesumat terhadap mereka dan sentiasa pula menunggu-nunggu kesempatan untuk menghancurkan mereka?
Sesungguhnya tidak ada yang lebih sesat dari golongan yang mengatakan sekiranya umat Islam tidak menjadi golongan kanan mereka mestilah menjadi golongan kiri. Sekiranya mereka tidak menjadi komunis mereka mestilah menjadi kapitalis. Umat Islam wajib menjadi menyedari dengan sebenar-benarnya bahawa mereka memiliki sifat-sifat keperibadian yang tersendiri, keperibadian yang tidak berfahaman kanan atau kiri. Mereka mempunyai keperibadian yang tulen lagi asli, keperibadian yang sifat-sifat dan rupa bentuknya bersumber dari ajaran Islam sebagai agama fitrah (murni) dan risalah fitrah. Dengan keperibadian yang tersendiri dan asli inilah yang membolehkan umat Islam memegang kendali aliran pemikiran dan politik Islam.
Umat Islam mestilah menyedari bahawa kekosongan besar yang dihadapi oleh mereka sekarang ini tidak akan dapat diisi oleh rancangan-rancangan yang diatur oleh Rumah Putih (White House) di Amerika atau oleh rancangan-rancangan Kremlin dari Rusia malah ia juga tidak akan dapat diisi oleh pemikiran Mark, Lenins, prinsip-prinsip Jipara mahupun Ho Chi Minh.
Sebenarnya kekosongan ini tidak dapat diisi selain dari Islam sama ada dari sudut 'akidah, sistem hidup, akhlak mahupun syariat perundangan. Kesemua keperluan ini menyebabkan Harakah berhadapan dengan satu tanggungjawab terhadap sejarah masa depan umat Islam, satu tanggungjawab yang memerlukan iman dan iradah yang ampuh. Apakah para pendakwa sekalian telah menyedari tanggungjawab mereka ini?


MuSaFiR_0102.. 11:00 AM.
*www.darulfuqaha.com


BAHAGIAN PERTAMA

sambungan : Apa Ertinya Saya Menganut Islam....

Apa Ertinya Saya Menganut Islam
1. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah.
2. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadat.
3. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak.
4. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Berkeluarga.
5. Saya Mestilah Mampu Mengawal Diri.
6. Saya Mestilah Yakin Bahawa Masa Depan Di Tangan Islam.ganut Islam..


Mukadimah Bahagian Pertama

Bahagian pertama buku ini bertajuk "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" membentangkan sifat-sifat penting yang wajib ada pada seseorang bagi membolehkan ia menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya.

Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.

Seterusnya kami akan menerangkan secara ringkas sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh setiap muslim untuk memastikan penggabungan dengan agama ini merupakan penggabungan yang sah dan benar.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala yang bermaksud:

"Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)".
(Surah Al-Hajj 22: Ayat 78).




MuSaFiR_0102.. 9:50 AM.
*www.darulfuqaha.com


Bab 1

Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah

Berpegang dengan akidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seseorang mengaku dirinya beragama Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya. Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa yang terkandung di dalam Kitabullah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ia mestilah beriman dengan apa yang telah diimani oleh orang-orang Islam terdahulu yang terdiri dari angkatan Salafus-Saleh serta para Imam penyampai agama ini yang telah diakui kebaikan, kebaktian serta ketakwaan mereka. Mereka ini mempunyai kefahaman yang mendalam lagi bersih dalam urusan agama.
Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam akidah maka saya mestilah beriman dengan perkara-perkara berikut:

1. Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun. Buktinya jelas pada kejadian alam ini yang penuh dengan keindahan, kerapian dan keseimbangan, saling perlu memerlukan di antara juzuk dengan juzuk yang lain. Adalah mustahil semua kejadian ini akan kekal dan berterusan sekiranya tidak berada di bawah penjagaan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan". (Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22)

2. Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Mada Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Kerana mustahil bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan itu mencipta sesuatu secara sia-sia. Adalah mustahil seseorang itu dapat memahami maksud tujuan Allah menjadikan sesuatu secara terperinci melainkan melalui penjelasan Rasulullah s.a.w dan wahyu dari Allah s.w.t sendiri. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia". (Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)
3. Saya mestilah beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul-rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal-usul mereka dan ke mana mereka akan kembali. Saya juga beriman bahawa Rasul terakhir dari kalangan Rasul-rasul yang mulia itu ialah Nabi Muhammad s.a.w yang Allah kurniakan kepadanya Al-Quran Al-Karim sebagai satu mukjizat yang berkekalan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya". (Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

4. Saya mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah 'Azzawajalla seperti mana yang Allah s.w.t sendiri menjelaskannya, memberi penuh ketaatan kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya". (Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)
5. Saya mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepada Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka ialah api neraka. Allah menjelaskan yang maksudnya:

"....sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka." (Surah Al-Syura 42: Ayat 7)
6.
Saya mestilah beriman bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku, melainkan dengan taufik dan 'inayah dari Allah. Manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan paksaan dari Allah tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)". (Surah al-Syams 91: Ayat 7-10)
Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya". (Surah Al-Muddathir 74: Ayat 38).
7. Saya juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlak Allah s.w.t. Tidak harus sama sekali manusia mendahului atau membelangkanginya. Apa yang dibolehkan ialah ilmuan Muslim atau para ulama' berijtihad mengeluarkan hukum-hukum dari nas-nas Syari'at dalam batas-batas yang diizinkan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)". (Surah Al-Syura 42: Ayat 10)
8. Saya mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang layak bagi kemuliaanNya. Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Allah s.w.t mempunyai sembilan puluh sembilan nama, kurang satu seratus. Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
9. Saya mestilah berfikir merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah, bukan memikirkan tentang ZatNya sebagai mengikuti dan mentaati perintah Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Berfikirlah kamu tentang makhluk ciptaan Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang ZatNya kerana kamu tidaklah mengetahui keadaan sebenarnya."
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Al-Halyah dan Al-Asbahani meriwayatkannya di dalam Al-Taghrib wa Al-Tarhib)
10. Berhubung dengan sifat-sifat Allah s.w.t terdapat banyak ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim yang membuktikan kesempurnaan ketuhana(UluhiyyahNya). Kita dapati beberapa ayat Al-Quran membuktikan kewujudan Allah, sifat baqa' (kekal), sifat qadim (sedia ada), sifat Ia berlainan dengan segala makhluk, tidak mempunyai anak, tidak ada yang menandingiNya. Kita juga menemui ayat-ayat yang menunjukkan Tuhan itu wujud dengan sendirinya, Maha Kaya dari segala makhlukNya dan makhluk berhajat berhajat kepada kebesaranNya. Demikian juga kita menemui ayat-ayat yang menunjukkan keEsaan Allah pada ZatNya, sifat-sifatNya dan perbuatanNya, kekuasaanNya, keagunganNya dan keluasan ilmuNya ke atas sesuatu. Kita temui lagi ayat-ayat yang menunjukkan iradah Allah mengatasi segala iradah yang lain dan Allah itu bersifat hidup yang penuh dengan kesempurnaan.

Selain dari sifat-sifat yang disebut tadi, masih banyak lagi ayat-ayat yang menerangkan sifat-sifat kesempurnaan lain bagi Allah s.w.t yang tidak tercapai oleh daya pemikiran manusia yang terbatas, tentang hakikat sebenarnya. Maha Suci Allah, kita tidaklah dapat membataskan pujian kita terhadapNya sebagaimana memuji dirinya sendiri.
11.
Saya mesti meyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan perbahasan tentang penta'wilan dan pentha'thilan sesetengah ayat suci Al-Quran, yakni membiarkan sebahagian dari sifat-sifat Allah di dalam Al-Quran dengan menyerahkan hakikat sebenar mengenai maknanya kepada Allah s.w.t.

Saya juga mesti meyakini bahawa berbagai bentuk penta'wilan sesetengah ayat-ayat tertentu oleh golongan khalaf (terkemudian) tidak wajar dijadikan sebab kepada perselisihan yang berlarutan dan jangan sampai timbul kembali perbalahan di antara golongan khalaf di masa lampau mahupun masa kini.
12.
Saya juga mesti mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata tidak menyekutukan dengan yang lain. Ini saya lakukan kerana menyahut seruan Allah dan RasulNya yang menyeru manusia supaya mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata dan tidak tunduk kepada sesuatu selain Allah. Amaran ini jelas dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut". (Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)
13. Saya juga mestilah takut hanya kepadaNya dan tidak takut kepada yang lain. Perasaan takut tersebut seharusnya menyebabkan saya menjauhi kemurkaan Allah dan larangan-laranganNya.

Allah s.w.t menjelaskan:

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan". (Surah Al-nur 24: Ayat 52)
Firman Allah s.w.t seterusnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar". (Surah Al-Mulk 67: Ayat 12)
14. Saya mesti sentiasa mengingati Allah dan berzikir menyebut namaNya untuk menjadikan diam saya itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir. Ini paling mujarab untuk jiwa dan senjata paling ampuh untuk menghadapi serangan-serangan zaman ini, pancaroba kehidupan serta asam garamnya. Inilah penawar yang sangat diperlukan oleh manusia zaman ini. Sungguh benar peringatan Allah yang menyatakan di dalam al-Quran yang bermaksud:

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia".(Surah Al-Ra'ad 13: Ayat 28)
FirmanNya lagi:

"Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. 37- Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk". (Surah Al-Zukhruf 43: Ayat 36-37).
Dr. Briel sendiri mengakui kenyataan ini dengan menegaskan "sesungguhnya orang-orang yang berpegang teguh dengan agama, ia tidak akan dihinggapi penyakit jiwa. Manakala seorang pakar jiwa Dr. Riel Karienji menyatakan: "Sebenarnya para doktor penyakit jiwa menyedari bahawa keimanan yang kukuh dan pegangan yang teguh terhadap ajaran agama oleh seseorang adalah satu jaminan untuk menyembuhkan mereka darri penyakit gelisah, tegang perasaan, penyakit saraf dan lain-lain.
15.
Saya juga wajib menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta. Cinta yang menjadikan hati saya sentiasa merasa rindu dan terikat denganNya. Kecintaan itu juga mendorong saya menambah amalan-amalan kebaikan, berkorban dan berjihad di jalannya di sepanjang masa. Sekalipun hidup dalam kemewahan dan keseronokan dunia serta kecintaan terhadap kaum kerabat, semuanya tidak sepatutnya menghalang saya dari mencintai Allah. Ini adalah sejajar dengan seruan Allah yang mengingatkan:

قُلْ إِنْ كَانَ ءَابَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka). (Surah Al-Taubah 9: Ayat 24)
Pengorbana demikian saya lakukan adalah untuk dapat merasai kelazatan dan kemanisan iman seperti yang disyaratkan oleh Rasul yang mulia s.a.w:ِ
"Barang siapa yang ada padanya tiga syarat ini, ia dapat merasai kemanisan iman:
*Jika ia mencintai Allah dan rasulNya mengatasi kasihnya kepada yang lain.
*Jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan kerana Allah.
*Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka.

1. Saya mesti bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepadanya. Sifat tawakal inilah yang membangkitkan kekuatan zahir dan batin di dalam jiwa dan diri saya yang menyebabkan segala kepayahan dapat dihadapi dengan mudah. Sifat ini menepati seruan Allah s.w.t dalam firman-Nya:

"....sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)". (Surah Al-Talaq 65: Ayat 3)
Lihat betapa indahnya pesanan Rasulullah s.a.w untuk kita, di dalam sebuah hadisnya:

"Pelihara titah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu di hadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu engkau memohon hendaklah engkau memohon petolongan dari Allah. Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan sesuatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengaan sesuatu yang Allah Taala telah tentukan ke atas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan kesemuanya)."

2. Saya mestilah mensyukuri nikmat-nikmatnya ke atas diri saya yang merupakan kurniaan dan rahmat yang tidak terhitung jumlahnya. Bersyukur itu adalah satu dari tanda kemuliaan adab seseorang penerima terhadap pemberi dan pengurnia. Allah menyatakan:

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur". (Surah Al-Nahl 16: Ayat 78)
Seterusnya Allah berfirman:

"Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan ia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan. 34- Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya beberapa mata air, 35- Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?". (Surah Yasin 36: Ayat 33-35)
Sebenarnya Allah s.w.t telahpun menambahkan kurnianya kepada orang-orang yang bersyukur dan mengugut akan menambah kerugian terhadap golongan yang ingkar. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Surah Ibrahim 14; Ayat 7)
3. Saya mestilah sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah, istighfar itu dapat membersihkan diri dari dosa di samping memperbaharui taubat dan iman. Istighfar juga dapat memberikan kerehatan dan keheningan kepada jiwa.

Allah berfirman yang maksudnya:

"Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Surah Al-Nisa' 4: Ayat 110)
Firman Allah seterusnya:

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)". (Surah Ali-'Imran 3: ayat: 135)
4. Akhir sekali saya juga mestilah sentiasa bermuraqabah (merasai berada di bawah pengawasan) dengan Allah s.w.t dalam keadaan terang mahupun tersembunyi kerana mengingatkan firman Allah yang bermaksud:

"Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Dia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahu kepada mereka pada hari kiamat, apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (Surah Al-Mujadalah 58: 7)











MuSaFiR_0102.. 9:30 AM.
*www.darulfuqaha.com


MUTIARA HADIS..

Kelebihan Solat Dhuha :
Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh berjamaah, seterusnya duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbit mentari, kemudian dia menunaikan solat dua rakaat (solat Dhuha), baginya ganjaran seperti ganjaran satu haji dan satu umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna!
Hadis riwayat Tirmizi

MA ROKYUUKOM??

ARTIKEL TERBARU

  • KULIAH DHUHA siri 1 sesi 2009 "3jan09"
  • SALAH TAFSIR
  • JUS KESIHATAN " d'hatiku "
  • SAKIT PINGGANG
  • KULIAH MUSLIMAT DI MASJID AL-FALAH
  • AKU TERKESIMA
  • CONTENG-CONTENG MUSAFIR
  • KEMALANGAN
  • PERSANDINGAN
  • CONTENG- CONTENG MUSAFIR
  • ARCHIVES...


  • August 2004
  • September 2004
  • October 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • March 2005
  • July 2005
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • June 2006
  • July 2006
  • September 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • October 2007
  • December 2008
  • January 2009
  • Current Posts
  • HALWA TELINGA

    USTAZ MOHD KHAIRUDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

    fiqh di masjid KLCC



    MAAL HIJRAH


    *dengar lagi

    SAHABAT

    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *

    INFO ISLAM

    [`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
    [`] ::. JAKIM
    [`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
    [`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
    [`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
    [`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
    [`] ::. Ust Shauqi Othman
    [`] ::. Ust Hasrizal
    [`] ::. Ust Zaharuddin
    [`] ::. al-ahkam on-line
    [`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
    [`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
    [`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
    [`] ::. UKHWAH.COM
    [`] ::. SURAU LADANG
    [`] ::. E-BOOK
    [`] ::. SURAU FABER2

    MAKLUMAT UMUM

    [`] ::. utusan
    [`] ::. berita harian
    [`] ::. metro ahad
    [`] ::. new straits times
    [`] ::. aljazeera
    [`] ::. AkHbAr MaGrIbI
    [`] ::. TeRaS_MeLaYu
    [`] ::. utusan melayu
    [`] ::. harakah daily
    [`] ::. ABC news
    [`] ::. BBC news
    [`] ::. CNN
    [`] ::. GOOGLE news
    [`] ::. harakah

    POLITICIAN BLOGGER

    [`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
    [`] ::. DATO' KADIR JASIN
    [`] ::. TUN DR MAHATHIR
    [`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
    [`] ::. ROSLAN SMS
    [`] ::. LIM KIT SIANG
    [`] ::. KASIM AHMAD
    [`] ::. RONNIE LIU
    [`] ::. ANWAR IBRAHIM
    [`] ::. MARINA MAHATHIR
    [`] ::. HUSAM MUSA
    [`] ::. PENARIK BECA
    [`] ::. TARMIZI MAT JAM
    [`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
    [`] ::. SANG KELEMBAI
    [`] ::. FATHI ARIS

    VIDEO & AUDIO

    BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
    BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
    * ISLAMIC BOOK ONLINE
    * NOVEL "PUAKA"
    * Video-Kuliah Dhuha
    * Video-Kisah Nabi1
    * Video-Kisah Nabi2
    * Video-Kisah Nabi3
    * Video-Kisah Nabi4
    * Video-Kisah Nabi5
    * Video-Kisah Nabi6
    * Video-Tafsir Baqarah;5-6
    * youtube