Sunday, March 06, 2005




MuSaFiR_0102.. 7:04 AM.
*www.darulfuqaha.com


PENGORBANAN TULUS MURNI

PENGORBANAN TULUS MURNI



Segenap tubuhnya bermandikan peluh. Panahan sinar mentari yang membakar tidak pernah memudahkan semangatnya. Semangatnya dua puluh tahun lebih muda dari usia sebenarnya. Usia yang hampir separuh abad bukan batu penghalang untuk dia terus berusaha. Leha masih gagah mengerjakan tanah sawah peninggalan arwah suaminya, Johan seluas dua relung tanpa bantuan sesiapapun

Sesekali tulang empat keratnya itu terasa lenguh dan sengal. Dia sesekali berhenti sejenak melepaskan penat lelahnya. Pandangannya dibuang jauh ke kaki Bukit Tunggal yang konon-kononnya berpenunggu. Seluas mata memandang terbentang di dada bumi sawah padi kepunyaan penduduk setempat.

"Sana jentera... sini jentera. Semua orang menggunakan jentera mengerjakan sawah mereka. Aku saja yang masih guna tulang empat kerat." Bisik hati kecilnya. Rata-rata pesawah telah pun menggunakan jentera moden. Kerja-kerja membajak, menyemai, membaja hinggalah menuai dilakukan dengan mesin. Ada yang mampu membeli jentera sendiri. Paling tidak pun mampu menyewanya. Perubahan arus kemodenan itu tidak mampu dilayari oleh Leha. Bukan dia tidak mahu mengikut arus kemodenan tetapi keadaan hidupnya tidak mengizinkan.

Semenjak pemergian suaminya untuk selama-lamanya, Leha berhempas pulas mengerjakan tanah sawah peninggalan suaminya. Dia juga terpaksa menyara empat orang anaknya. Anak sulungnya bernama Rozmi masih menuntut di Universiti Malaya. Anak perempuan tunggalnya Zailena, terpaksa diberhentikan persekolahannya setelah tamat tingkatan tiga. Manakala dua orang lagi pasangan kembar Azlan dan Azrin yang masih bersekolah dalam tingkatan lima.

Dia harus bijak membelanjakan pendapatannya bagi menyara keluarga. Leha tidak mempunyai keluarga lain selepas suaminya Johan meninggal dunia. Dia datang dari keluarga yang susah. Kesusahan itulah yang mengajarnya supaya mementingkan ilmu. Baginya ilmulah yang akan menentukan untung nasib manusia di dunia dan akhirat. Dia berazam untuk menjadikan anak-anaknya orang yang berilmu dan berguna. Semangat itulah yang membekalkan tenaga untuknya terus berusaha sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Dalam masa yang sama tersimpan di lubuk hatinya satu kekesalan yang tidak pernah lupus. Pasti air mata tuanya akan mengalir lesu setiap kali terkenangkannya. Bukan kerana kehilangan suami tercinta, bukan kerana terkenangkan kesusahan dan kesempitan hidupnya, tetapi...

"Mak!... Mak!.. Mak!"

Suara itu membawa lenyap lamunannya. Hilang bersama desir angin berhawa panas. Terkedek-kedek Zailena menghampiri ibunya. "Mak... dah tengah hari ni. Matahari pun dah terik. Marilah kita balik."

Tanpa sepatah kata Leha merenung telus anak mata anak perempuan tunggalnya itu. Manakala kedua tangannya memegang bahu kukuh. Di hati tuanya masih bergunung rasa kekesalan yang tidak berpenghujung. Masih segar di kotak fikirannya peristiwa tiga tahun lalu. Terpaksa dia memberhentikan persekolahan anaknya itu selepas tamat tingkatan tiga. Bukan kerana Zailena tidak lulus atau tidak layak meneruskan pelajaran. Leha terpaksa berbuat demikian kerana pada masa yang sama dia memerlukan banyak wang untuk Rozmi masuk ke universiti. Kekesalan itulah yang begitu menyeksa batinnya. Bukan niatnya membeza-bezakan anak lelaki ataupun perempuan. Keadaan begitu memaksanya waktu itu. Pernah juga anak sulungnya, Rozmi menyatakan untuk membatalkan hasratnya ke universiti. Dia mahu mencari pekerjaan selepas tamat tingkatan enam dengan harapan untuk membantu ibunya. Tetapi Leha membantah sekeras-kerasnya. Leha mahu Rozmi melanjutkan pelajaran ke universiti. Kelak dia mahu Rozmi membela untung nasib keluarganya. Dalam masa yang sama dia terpaksa mengorbankan hasrat anak perempuannya. Zailena terpaksa berhenti sekolah. Sebagai anak Zailena tidak pernah menyalahkan ibunya. Dia memahami kedudukan ibunya yang tersepit dalam ke susahan. Dia rela berkorban demi masa hadapan abangnya. Tanpa disedari air mata Leha mengalir lesu. Tubuh Zailena dipeluk erat dan dicium dahi anak gadisnya dengan penuh kasih sayang. "Maafkan mak, nak." Air matanya terus mengalir lesu.

"Sudahlah mak. Mak tak bersalah. Jangan diungkit perkara yang lalu." Zailena memahami apa yang terpendam di lubuk hati ibunya. "Marilah kita balik. Sekejap lagi Azlan dan Azrin balik dari sekolah. Kita makan tengah hari sama-sama ya." Zailena memujuk ibunya dengan nada yang lembut. Leha hanya mampu mengangguk kepalanya. Di bibir masih mampu mengukir senyum sumbing. Akhirnya mereka berlalu pergi. Zailena membuntuti ibunya. Di hatinya masih terharu.

Sesampai mereka di rumah, Azlan dan Azrin telah pun pulang dari sekolah. Mereka berdua berbual-bual kosong di kaki tangga. Maklumlah pada akhir tahun ini mereka akan menduduki SPM. Mereka akan memastikan harapan ibu tersayang menjadi kenyataan. Semangat abang sulung mereka, iaitu Rozmi atau lebih mesra dengan panggilan Along sentiasa mengalir di dalam sanubari. Along juga tidak pernah lupa menjalankan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Dia sering menasihati adik-adiknya agar bersungguh-sungguh belajar. Harapannya semoga nasib keluarga mereka tidak berterusan tersepit dan susah. Itulah nasihat Along kepada adik-adiknya sesekali bila pulang bercuti bersama keluarga. Paling tidak pun Along akan kirim surat dan nasihat itu tidak pernah ketinggalan untuk dicoret bersama. Leha begitu berbesar hati dengan sikap Along yang begitu bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Di sudut dapur rumah mereka yang serba-serbi kekurangan, Zailena sedang sibuk menyiapkan hidangan makan tengah hari. Kedua adiknya ke bilik menyalin uniform sekolah mereka. Manakala ibu mereka ke perigi tua di belakang rumah untuk membersihkan tubuhnya yang penuh dengan lumpur.

"Sejuk mak! Sejuk mak!..." Tubuh anak sulungnya menggigil kesejukan. Suara itulah yang sering memecah keheningan Subuh kira-kira sepuluh tahun lalu. Waktu itu Along baru darjah satu. Di perigi itulah Leha memandikan Along setiap pagi. Leha tersenyum sendirian. Tanpa membuang masa Leha mengambil baldi yang siap telah diisi lalu dijinjing ke bahagian dapur rumahnya. Air itulah juga yang digunakan untuk memasak makanan mereka sekeluarga selama ini. Rata-ratanya penduduk kampung ini telah pun memasang paip air ke rumah mereka. Dengan cermat Leha menaiki anak tangga rumahnya satu persatu. Di sudut dapur rumah Zailena telah menyiapkan hidangan. Dia dan adik-adiknya telah sedia menanti ibu mereka. Begitulah rutin harian hidup mereka. Ada kalanya Zailena hanya makan berdua sahaja bersama Leha. Azlan dan Azrin tidak pulang jika ada kelas tambahan. Mereka tidak pulang makan tengah hari keran jarak rumah yang agak jauh dengan sekolah. Malahan pula mereka tidak mempunyai basikal seperti anak-anak kampung lain. Kerana itu makanan dibekalkan oleh kakak tunggal mereka iaitu Zailena. Walau bagaimanapun mereka berdua tidak pernah merungut. Mereka memahami kesusahan kehidupan keluarga.

Tengah hari itu mereka sekeluarga makan bersama walaupun tanpa Along. Mereka sekeluarga makan dengan berselera sekali walaupun lauknya tidak seberapa. Masak lemak cili api pucuk ubi dengan ikan gelama masin yang digoreng rangup. Walaupun nampak sederhana tetapi semua itu sudah cukup membuka selera mereka sekeluarga. Selesai makan mereka sekeluarga solat Zuhur berjemaah. Leha meluangkan sedikit masa rehat digunakan bersama anak-anaknya. Sebelah petang dia akan turun semula ke sawah. Leha tidak pernah lupa amanat arwah suaminya supaya memastikan anak-anak mereka berjaya. Leha seorang ibu yang bertanggungjawab kepada keluarga.

Selepas solat Asar, Leha seperti biasa dia turun ke sawah. Dia termenung seketika di kaki tangga rumahnya, "Kerja-kerja membajak sawah masih banyak lagi perlu disiapkan. Aku tidak mahu ketinggalan waktu menanam anak padi dengan penduduk-penduduk yang lain. Jika ia terjadi hasil padinya tahun ini pasti akan terjejas teruk." Leha memikirkan keadaan itu pastinya akan menyusahkan kehidupannya yang telah sedia susah. Tanpa disedari kedua anaknya sedang memerhati di ambang pintu rumah. Akhirnya Azlan bersuara.

"Azlan dan Azrin nak ikut mak ke sawah." Kata Azlan kepada ibunya pada petang itu.

"Kamu berdua tak perlu ikut mak. Duduk saja di rumah ulang kaji pelajaran."

Sebenarnya kedua mereka telah sedia maklum dengan jawapan ibu mereka. Tetapi di sudut hati mereka ingin membantu. Leha tetap tegas dengan keputusannya. Dia lebih senang bekerja bersendirian. Dia mahu anak-anaknya menumpukan perhatian sepenuhnya mengulang kaji pelajaran sekolah. Dia mahu anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.

Mentari sudah suram warnanya. Tirai malam menjelma. Ini bermakna siang akan menghilangkan diri, malam pula penggantinya. Suara azan seorang muazzim lunak berkumandang melaungkan suruhan Allah. Mengingatkan umat-Nya agar tidak terus leka dengan dunia. Dengan sisa tenaga yang masih ada, longlai sepasang kaki tuanya melangkah pulang. Di bahunya tersandang sebatang cangkul dan tajak yang tidak pernah jemu membelah dada tanah setiap hati.

"Selagi esok masih ada aku akan teruskan perjuangan ini." Hatinya tidak pernah alpa membisikkan kata-kata azimat walau seketika. Selepas membersihkan peralatan serta dirinya di perigi, Leha bersolat Maghrib bersama anak-anak. Kemudian mereka sekeluarga makan malam. Seperti biasa lauk makan tengah hari itulah yang dipanaskan untuk makan malam. Itulah rezeki yang mampu diadakan untuk anak-anaknya. Sementara menantikan waktu Isyak, Leha merehatkan diri sambil memerhatikan Azlan dan Azrin mengulang kaji pelajaran mereka. Di tiang seri rumah mereka itulah saban malam Leha menyandarkan batang tubuhnya. Mengerjakan sawah seharian memanglah memenatkan bagi seorang wanita setengah abad sepertinya. Dia kagum melihat semangat anak-anaknya itu. Cahaya lampu ayan yang suram tidak pernah menyuramkan semangat mereka untuk belajar.





--------------------------------------------------------------------------------


"Nenek! Nenek! Nenek!"

Lamunan dan nostalgia Leha melayang entah ke mana. Ia pasti akan menjelma kembali tanpa diketahui masa dan ketikanya. Semua itu rutin hidupnya yang telah mencecah usia senja. Tercegat di hadapannya kini seorang kanak-kanak berwajah mungil. Di celah ketiaknya terkepit sebuah buku kecil. Leha mengorak senyum kepada cucu iaitu Anisah.

Anisah baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang kelima pada bulan lalu. Anak sulung kepada Rozmi dan Nora memang pintar. Anisah mendekati neneknya lalu dicium pipi Leha yang beribu kedutan itu dengan penuh kasih sayang. Pada waktu petang sebegini hanya Leha, Anisah dan pembantu rumah yang menghuni banglo dua tingkat. Manakala Rozmi dan isterinya belum pulang dari bekerja. Mereka biasanya akan pulang lewat petang dan ada masanya hingga ke malam. Lehalah tempat Anisah mengadu masalah dan menumpang kasih sayang selain ibu bapanya sendiri.

"Nek... Nek boleh tolong Anis tak?"

"Boleh. Ada apa Anis?" Dengan senyuman hambar Leha cuba menyenangi hati cucunya.

"Nek, ini gambar pokok apa? Anis tak pernah lihat." Jari kecilnya menunjukkan satu daripada gambar yang pelbagai.

"Oh! Ini gambar pokok padi. Memang pokok ini tak terdapat di tengah-tengah bandar raya ni. Di kampung adalah..."

"Apa gunanya pokok ni, nek?" Anis terus menyoal Leha.

"Daripada pokok padi kita dapat beras. Beras tu kita masak dan jadilah nasi." Leha menjelaskan pertanyaan cucunya itu.

"Nasi yang kita makan setiap hari ya, nek," sambung Anisah dengan petah sekali. Dia inginkan kepastian daripada neneknya.

"Betul tu. Pandai cucu nenek."

Sebelum berlalu pergi Anisah memeluk tubuh Leha dan mencium pipinya. Leha tidak lupa membalas ciuman itu.

"Begitu besar jasa seorang pesawah kepada kehidupan manusia." Dia rasa besar hati kerana pernah menjalankan khidmat bakti itu. Walaupun telah lebih lima tahun sawah bendang ditinggalkan, kenangan itu masih utuh di dalam jiwanya. Masa dan suasana tidak pernah menggugat sama sekali sejarah kehidupan masa lampau. Leha kini berpuas hati kerana berjaya membesarkan anak-anaknya dan memberi didikan yang sempurna. Ketiga-tiga anak lelakinya berjaya menamatkan pelajaran di universiti dalam bidang masing-masing. Zailena pula dah pun berumah tangga dan mengikut suaminya bekerja di Sabah.

Walaupun begitu dia tidak pernah mengharapkan balasan daripada anak-anaknya. Kejayaan anak-anak sudah cukup menggembirakan hatinya. Sisa-sisa usianya digunakan sepenuhnya mendekati Tuhan. Dia mahu dirinya lengkap dengan segala bekalan sebelum pergi menemui Tuhan. Falsafah hidupnya, tanpa ilmu pengetahuan manusia tidak dapat hidup dengan sempurna di dunia dan di akhirat. Hina besi kerana karat, hina dan sengsaranya manusia kerana tidak berilmu.


MuSaFiR_0102.. 6:53 AM.
*www.darulfuqaha.com


Saturday, March 05, 2005

SYARAT UTAMA BAGI ORANG YANG MASUK ISLAM

SYARAT UTAMA BAGI ORANG YANG MASUK ISLAM
Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Pertanyaan:

Apa syarat utama bagi orang yang baru masuk Islam?

Jawab:

Syarat utama bagi orang yang baru masuk Islam ialah
mengucapkan dua kalimat Syahadat. Yaitu, "Asyhadu allaa
ilaaha ilallaah, wa asyhadu anna Muhammadar Rasuulullah."
Barangsiapa yang mengucapkan dan mengikrarkan dengan
lisannya, maka dia menjadi orang Islam. Dan berlaku baginya
hukum-hukum Islam, walaupun dalam hatinya dia mengingkari.
Karena kita diperintahkan untuk memberlakukan secara
lahirnya. Adapun batinnya, kita serahkan kepada Allah. Dalil
dari hal itu adalah ketika Nabi saw. menerima orang-orang
yang hendak masuk Islam, beliau hanya mewajibkan mereka
mengucapkan dua kalimat Syahadat. Nabi saw. tidak menunggu
hingga datangnya waktu salat atau bulan Puasa (Ramadhan).

Di saat Usamah, sahabat Rasulullah saw, membunuh orang yang
sedang mengucapkan, "Laa ilaaha illallaah," Nabi
menyalahkannya dengan sabdanya, "Engkau bunuh dia, setelah
dia mengucapkan Laa ilaaha illallaah." Usamah lalu berkata,
"Dia mengucapkan Laa ilaaha illallaah karena takut mati."
Kemudian Rasulullah saw. bersabda, "Apakah kamu mengetahui
isi hatinya?"

Dalam Musnad Al-Imam Ahmad diterangkan, ketika kaum Tsaqif
masuk Islam, mereka mengajukan satu syarat kepada Rasulullah
saw, yaitu supaya dibebaskan dari kewajiban bersedekah dan
jihad. Lalu Nabi saw. bersabda, "Mereka akan melakukan
(mengerjakan) sedekah dan jihad."


MuSaFiR_0102.. 8:07 PM.
*www.darulfuqaha.com


Friday, March 04, 2005

Abu Bakar dipenjara 30 bulan

Abu Bakar dipenjara 30 bulanJAKARTA 3 Mac - Guru agama, Abu Bakar Bashir hari ini dihukum penjara 30 bulan setelah didapati bersalah terlibat dalam konspirasi serangan bom di Kuta, Bali, lebih dua tahun lalu.

Mahkamah bagaimanapun melepaskan Abu Bakar daripada tiga tuduhan lain iaitu mengetuai pertubuhan Jemaah Islamiah (JI), merancang serangan bom ke atas hotel JW Marriott di Jakarta dan menghasut para pengikutnya supaya melancarkan serangan bom.

Serangan ke atas dua buah kelab malam di Bali pada 12 Oktober 2002 menyaksikan 202 mangsa terbunuh manakala serangan berani mati di Jakarta pada 5 Ogos 2003 lalu menyebabkan 12 mangsa terkorban.

Pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi oleh Abu Bakar sebelum ini boleh membawa hukuman mati tetapi kebanyakan penganalisis sebelum ini berpendapat dia hanya akan menerima hukuman ringan walaupun sabit kesalahan kerana pihak pendakwa gagal mengemukakan bukti-bukti kukuh.

Perbicaraan yang berlangsung selama lima bulan itu menyaksikan hanya seorang saksi sahaja yang memberi keterangan bahawa Abu Bakar adalah pemimpin JI.

Sementara itu, pihak pendakwa dan para peguam Abu Bakar berkata, mereka akan mengemukakan rayuan ekoran keputusan tersebut.

Peguam guru agama terbabit berkata, hukuman itu lebih didorong oleh kepentingan politik kerana Jakarta masih berada di bawah tekanan Amerika Syarikat (AS) yang mahu perbicaraan itu berakhir dengan Abu Bakar didapati bersalah.

``Saya berasa tertekan oleh mereka yang berada di luar serta di dalam negara. Bagi saya, mereka ini ialah hamba kepada sifat tidak bermoral dan menjadikan sifat itu sebagai panduan hidup.

``Kita perlu membuka pintu hati mereka atau singkirkan mereka,'' kata Abu Bakar selepas dijatuhi hukuman itu.

Australia yang menyaksikan 88 rakyatnya terkorban dalam serangan bom di Bali serta AS berulang kali menuduh Abu Bakar sebagai pemimpin agung JI berharap ulama tersebut dikenakan hukuman lebih berat.

Bagaimanapun, pakar AS mengenai keganasan, Zachary Abuza berkata, beliau sebenarnya menjangka hukuman ke atas Abu Bakar akan lebih ringan berbanding apa yang diputuskan oleh mahkamah hari ini.

``Saya sebenarnya terkejut dengan hukuman itu kerana saya fikir ia akan lebih pendek.

``Para pengikut Abu Bakar tidak akan mempercayai beliau bersalah terutama apabila pihak pendakwa terpaksa menggugurkan pertuduhan selain meminta hukuman lebih ringan berbanding hukuman maksimum,'' katanya. - AP


MuSaFiR_0102.. 6:10 PM.
*www.darulfuqaha.com


MUTIARA HADIS..

Kelebihan Solat Dhuha :
Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh berjamaah, seterusnya duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbit mentari, kemudian dia menunaikan solat dua rakaat (solat Dhuha), baginya ganjaran seperti ganjaran satu haji dan satu umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna!
Hadis riwayat Tirmizi

MA ROKYUUKOM??

ARTIKEL TERBARU

  • KULIAH DHUHA siri 1 sesi 2009 "3jan09"
  • SALAH TAFSIR
  • JUS KESIHATAN " d'hatiku "
  • SAKIT PINGGANG
  • KULIAH MUSLIMAT DI MASJID AL-FALAH
  • AKU TERKESIMA
  • CONTENG-CONTENG MUSAFIR
  • KEMALANGAN
  • PERSANDINGAN
  • CONTENG- CONTENG MUSAFIR
  • ARCHIVES...


  • August 2004
  • September 2004
  • October 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • March 2005
  • July 2005
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • June 2006
  • July 2006
  • September 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • October 2007
  • December 2008
  • January 2009
  • Current Posts
  • HALWA TELINGA

    USTAZ MOHD KHAIRUDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

    fiqh di masjid KLCC



    MAAL HIJRAH


    *dengar lagi

    SAHABAT

    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *

    INFO ISLAM

    [`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
    [`] ::. JAKIM
    [`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
    [`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
    [`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
    [`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
    [`] ::. Ust Shauqi Othman
    [`] ::. Ust Hasrizal
    [`] ::. Ust Zaharuddin
    [`] ::. al-ahkam on-line
    [`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
    [`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
    [`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
    [`] ::. UKHWAH.COM
    [`] ::. SURAU LADANG
    [`] ::. E-BOOK
    [`] ::. SURAU FABER2

    MAKLUMAT UMUM

    [`] ::. utusan
    [`] ::. berita harian
    [`] ::. metro ahad
    [`] ::. new straits times
    [`] ::. aljazeera
    [`] ::. AkHbAr MaGrIbI
    [`] ::. TeRaS_MeLaYu
    [`] ::. utusan melayu
    [`] ::. harakah daily
    [`] ::. ABC news
    [`] ::. BBC news
    [`] ::. CNN
    [`] ::. GOOGLE news
    [`] ::. harakah

    POLITICIAN BLOGGER

    [`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
    [`] ::. DATO' KADIR JASIN
    [`] ::. TUN DR MAHATHIR
    [`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
    [`] ::. ROSLAN SMS
    [`] ::. LIM KIT SIANG
    [`] ::. KASIM AHMAD
    [`] ::. RONNIE LIU
    [`] ::. ANWAR IBRAHIM
    [`] ::. MARINA MAHATHIR
    [`] ::. HUSAM MUSA
    [`] ::. PENARIK BECA
    [`] ::. TARMIZI MAT JAM
    [`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
    [`] ::. SANG KELEMBAI
    [`] ::. FATHI ARIS

    VIDEO & AUDIO

    BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
    BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
    * ISLAMIC BOOK ONLINE
    * NOVEL "PUAKA"
    * Video-Kuliah Dhuha
    * Video-Kisah Nabi1
    * Video-Kisah Nabi2
    * Video-Kisah Nabi3
    * Video-Kisah Nabi4
    * Video-Kisah Nabi5
    * Video-Kisah Nabi6
    * Video-Tafsir Baqarah;5-6
    * youtube