Wednesday, October 31, 2007

ABANG PELAKON TIDAK BERSETUJU PEMBERIAN HARTA

ABANG PELAKON TIDAK BERSETUJU PEMBERIAN HARTA
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam menetapkan 21 Januari depan untuk sebutan semula kes permohonan pengesahan pembahagian harta yang diisytiharkan sebagai hibah (pemberian atas dasar kasih sayang ketika pemberi masih hidup) oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Ahmad Farouk Isahak kepada lima anak termasuk bekas pelakon dan model terkenal sekitar 90-an, Sharmaine Farouk.
Difahamkan, semalam sebutan kali pertama kes itu bagi membolehkan pihak defendan memfailkan pembelaan terhadap semua saman dikemukakan plaintif iaitu Sharmaine Farouk Ahmad Farouk, 36, Ahmad Ridzuan, 46, Soraya, 44, Serena, 39, dan Aimran Ambari, 33.
Sharmaine yang pernah membintangi filem seperti Panggilan Pulau (1994) dan XX Ray (1992) serta plaintif lain memfailkan writ saman itu pada 10 Ogos lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya melalui Tetuan Ahmad Nazib & Associates dan masing-masing menamakan Ahmad Rezal Farouk, 42, sebagai defendan.
Ahmad Rezal anak ketiga daripada enam beradik itu sebelum ini tidak bersetuju dengan pemberian harta secara hibah dan mendakwa ia sengaja diada-adakan oleh kelima-lima plaintif serta menuntut supaya harta berkenaan dibahagikan secara faraid.

Peguam syarie Ahmad Nazib Johari yang mewakili kelima-lima plaintif ketika ditemui di luar mahkamah mengesahkan tarikh yang diperoleh daripada pihak mahkamah. Defendan diwakili peguam syarie, Abdul Halim Bahari.
Sementara itu berdasarkan afidavit tuntutan, semua plaintif mendakwa bahawa bapa mereka yang menghidap sakit jantung sejak 1997 dan sering dimasukkan ke hospital (dari tahun 2000 hingga 2003), meninggal dunia pada 14 Disember 2005 kerana komplikasi jantung.
Sebelum itu, Allahyarham ada membuat akuan dan menurunkan cop jari ke atas suratcara hibah berhubung pemberian harta kepada plaintif kedua (Ahmad Ridzuan), iaitu sebuah rumah di bawah geran HS(D) 15766, Lot No 4609 (P.T 2124) Mukim Hulu Klang, dan beralamat di No 6, Jalan 2/2, Taman Tun Abdul Razak dan sebidang tanah di bawah geran HS (D) 18654, PT No.10556, Mukim Ulu Klang.
Proses menandatangani dokumen itu dibuat di Institut Jantung Negara melalui peguamnya dan di hadapan saksi, Zainul Rejal Abu Bakar (peguam syarie) serta dua saksi lain, iaitu Hasshahari Johari Mawi dan Mohd Tajuddin Abd Razak pada 27 Ogos 2004.
Plaintif percaya bahawa hibah itu yang dibuat Allahyarham secara sukarela adalah sah mengikut hukum syarak dan pemberian itu sebagai tanda kasih sayangnya kepada plaintif kedua.
Plaintif juga percaya hibah dibuat Allahyarham setahun sebelum kematiannya sukarela dan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak dan disaksikan saksi berkelayakan.Malah, plaintif mendakwa ketika pelaksanaan hibah, Allahyarham berada dalam keadaan waras, baik ingatan dan memahami tujuan serta kesan hibah itu sebelum menurunkan cop jari beliau, selain saksi berulang kali bertanya bagi mendapatkan kepastian tindakannya.
Menurut plaintif, sepanjang setahun hibah dilaksanakan, tiada sebarang hasrat dan keinginan Allahyarham untuk menarik balik, mengubah atau membatalkan hibah itu.Selain itu, Allahyarham juga melantik plaintif pertama (Sharmaine) sebagai pemegang amanah wasiat bagi menyelesaikan segala tanggungan, hutang dan perbelanjaan wajib ke atasnya seperti yang dinyatakan dalam surat wasiat.

Labels:



MuSaFiR_0102.. 10:35 AM.
*www.darulfuqaha.com


Tuesday, October 30, 2007

FORUM ISRAK MIKRAJ DI DARUL FUQAHA

FORUM ISRAK MIKRAJ DI DARUL FUQAHA

OLEH:-

  1. USTAZ SYAUQI BIN OHTMAN
  2. USTAZ FAUZI BIN MUSTAPHA
  3. USTAZ ZAHARUDDIN BIN ABDUL RAHMAN

ISRAK MIKRAJ BHG:1

ISRAK MIKRAJ BHG:2

Labels:



MuSaFiR_0102.. 6:40 PM.
*www.darulfuqaha.com


Monday, October 29, 2007

conteng conteng musafir..

# pelbagai ragam pelbagai karenah timbul di kalangn manusia sekarang, pelbagai kehendak pelbagai keinginan ingin dikecapi..hmm

# pakaian ketat menjadi idola remaja sekarang, ibu bapa hanya membiarkan, anak anak semakin gembira..

# baju budak berumur 12 tahun di pakai oleh remaja 22 thun, macam orang tak da otak... tak mumayyiz...xleh nak beza mane yang betul n mane yang salah..

macam macam..entahlah ape nak jadi dengan masyarakat kita khususnye melayu sekarag, terutamanya remaja, ada org kata "rosaknya akhlak anak anak remaja sekarang kerana rosaknya akhlak ibu bapa mereka di masa silam"..hmmm, btol ke??? entah lah aku tak berani komen, baju yang kecil di pakai oleh org dewasa, cam xmasuk akal jeee...kate nye cantik sikit, bila org lelaki tengok rasa cam bangga jeee, kate dorang lah, aku lak kate...baguslah, boleh kene bakar api neraka sekali..

akhbar selalu menceritakan kes bunuh dan rogol, media elektronik juga selalu menyiarkan gambar gambar mangsa rogol, kes terlampau banyak, rogol , raba bunuh, rogol , raba bunuh...sentiase je berulang, kerajaan kata nak bg hukuman terhadap ibubapa yang membiarkan anak anka mereka bermain bersendirian di luar rumah, alahaaai, kenape dangkal sangt pemikiran macam nih?seolah olah tiada cara lain yang lebih baik hendak di lakukan, usahkan nak kata budak budak kecil, org dewasa pon kene rogol...

hmm, entahlah apa nak jadi ngn negara malaysia sekarang...negara yang dahulunya aman menjadi porak peranda, di mana silanye?sama sama kita kaji...

Labels:



MuSaFiR_0102.. 3:29 PM.
*www.darulfuqaha.com


Thursday, October 25, 2007

conteng conteng


# tiada kalam seindah kalamullah..
#setiap pertemuan ada pepisahannye..
#"ma naqoso maalun min sodaqoh" prinsip aku dalam berbelanja..yakinlah
# kes nurin masih menghantui rakyat malaysia, satu nikmat keamanan yang di tarik.
# Allah berfirman bermaksud: “Dan Allah membuat perumpamaan satu kampong yang dulunya aman tenteram, rezki datang melimpah ruah dari segenap tempat, lalu ia kufur dengan nikmat Allah, lantas Allah kenakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka lakukan.” (surah Nahl : 112)
# ilmuan kecil islam kini lebih suka memperkecilkan ilmuan2 silam, siapakah kita untuk memperlekehkan mereka???!!
#ilmu tunjang segala perkara, jangn lah berbicara tentang agama kalau takda ilmu, jgn mempertikai kalu tak da ilmu


MuSaFiR_0102.. 9:25 AM.
*www.darulfuqaha.com


MUTIARA HADIS..

Kelebihan Solat Dhuha :
Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh berjamaah, seterusnya duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbit mentari, kemudian dia menunaikan solat dua rakaat (solat Dhuha), baginya ganjaran seperti ganjaran satu haji dan satu umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna!
Hadis riwayat Tirmizi

MA ROKYUUKOM??

ARTIKEL TERBARU

  • KULIAH DHUHA siri 1 sesi 2009 "3jan09"
  • SALAH TAFSIR
  • JUS KESIHATAN " d'hatiku "
  • SAKIT PINGGANG
  • KULIAH MUSLIMAT DI MASJID AL-FALAH
  • AKU TERKESIMA
  • CONTENG-CONTENG MUSAFIR
  • KEMALANGAN
  • PERSANDINGAN
  • CONTENG- CONTENG MUSAFIR
  • ARCHIVES...


  • August 2004
  • September 2004
  • October 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • March 2005
  • July 2005
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • June 2006
  • July 2006
  • September 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • October 2007
  • December 2008
  • January 2009
  • Current Posts
  • HALWA TELINGA

    USTAZ MOHD KHAIRUDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

    fiqh di masjid KLCC



    MAAL HIJRAH


    *dengar lagi

    SAHABAT

    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *

    INFO ISLAM

    [`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
    [`] ::. JAKIM
    [`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
    [`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
    [`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
    [`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
    [`] ::. Ust Shauqi Othman
    [`] ::. Ust Hasrizal
    [`] ::. Ust Zaharuddin
    [`] ::. al-ahkam on-line
    [`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
    [`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
    [`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
    [`] ::. UKHWAH.COM
    [`] ::. SURAU LADANG
    [`] ::. E-BOOK
    [`] ::. SURAU FABER2

    MAKLUMAT UMUM

    [`] ::. utusan
    [`] ::. berita harian
    [`] ::. metro ahad
    [`] ::. new straits times
    [`] ::. aljazeera
    [`] ::. AkHbAr MaGrIbI
    [`] ::. TeRaS_MeLaYu
    [`] ::. utusan melayu
    [`] ::. harakah daily
    [`] ::. ABC news
    [`] ::. BBC news
    [`] ::. CNN
    [`] ::. GOOGLE news
    [`] ::. harakah

    POLITICIAN BLOGGER

    [`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
    [`] ::. DATO' KADIR JASIN
    [`] ::. TUN DR MAHATHIR
    [`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
    [`] ::. ROSLAN SMS
    [`] ::. LIM KIT SIANG
    [`] ::. KASIM AHMAD
    [`] ::. RONNIE LIU
    [`] ::. ANWAR IBRAHIM
    [`] ::. MARINA MAHATHIR
    [`] ::. HUSAM MUSA
    [`] ::. PENARIK BECA
    [`] ::. TARMIZI MAT JAM
    [`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
    [`] ::. SANG KELEMBAI
    [`] ::. FATHI ARIS

    VIDEO & AUDIO

    BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
    BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
    * ISLAMIC BOOK ONLINE
    * NOVEL "PUAKA"
    * Video-Kuliah Dhuha
    * Video-Kisah Nabi1
    * Video-Kisah Nabi2
    * Video-Kisah Nabi3
    * Video-Kisah Nabi4
    * Video-Kisah Nabi5
    * Video-Kisah Nabi6
    * Video-Tafsir Baqarah;5-6
    * youtube