![]() |
|
Friday, September 10, 2004 Bagaimanakah bentuk Perlaksanaan Hudud ke atas Warga Bukan Islam
Oleh: Yang Arif Salim al-Bahansawi Allah telah mengutuskan rasul-rasul (a.s.) dengan perundangan yang dapat memperbaiki kehidupan individu dan masyarakat. Ini adalah kerana Allah adalah pencipta manusia. Dalam perkara yang berbentuk eksperimental, Allah menyerahkan urusan tersebut kepada manusia dan pengalaman mereka. Firman Allah bermaksud: Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya. (Al-Ankabut. Ayat 20). Sabda Rasulullah (s.a.w.) bermaksud: “Kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu.” Adapun dalam perkara yang tidak boleh dicapai oleh akal dan pancaindera dan tidak boleh diuji dengan kajian – iaitu urusan berkaitan halal haram dan amalan yang memperelokkan naluri manusia – Allah telah menurunkan peraturannya melalui rasul rasul-Nya (a.s.). Firman Allah bermaksud: Demi sesungguhnya! Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan. (Al-Hadid. Ayat 25) dan firman-Nya lagi dalam surah al-Maidah ayat 44, 47 dan 48. Syariat Islam berkenaan dengan kanun keseksaan yang menyentuh soal jenayah dan muamalat adalah undang-undang untuk semua manusia dan bukan untuk muslimin sahaja. Kanun keseksaan ini telah terdapat di dalam kitab Taurat yang kisahnya disebut dalam surah al-Maidah ayat 43 yang bermaksud: Dan (sungguh menghairankan), bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadamu, padahal di sisi mereka ada kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah, kemudian mereka berpaling pula sesudah itu (dari hukumanmu)? Warga bukan Islam tidak diwajibkan menganut agama Islam sebagai agama dan akidah tetapi ia mesti tunduk kepada perundangan Islam sebagai kanun dalam kehidupan sivil. Sebabnya ialah perundangan seperti itu tidak terdapat dalam syariat Yahudi maupun Kristian. Taurat dan Injil tidak mengandungi perundangan yang detil mengenai urusan keduniaan. Perundangan Islam tidak menidakkan hukum yang terdapat dalam agama Yahudi dan Nasrani sebagaimana ia juga mendukung usul perundangan yang terkandung dalam semua agama. Ini adalah kenyataan yang disahkan oleh ulama ahli kitab, tetapi ketua-ketua agama dan mereka yang berkepentingan untuk kumpulan - menjauhkan pengikut mereka dari Islam dengan apa cara sehingga mereka tidak dapat membuat penilaian antara syariat Islam dan ajaran yang ada di sisi mereka. Mereka enggan menerima prinsip yang asas ini dan mengingkarinya, lalu dikecutkan skop perlaksanaan syariat Islam kepada negara yang dihuni oleh majoriti umat Islam. Maka jadilah syariat Islam sebagai undang-undang province padahal ia adalah syariat yang universal. Ia menjadi undang-undang yang terpakai kepada orang bukan Islam di negara Islam sejajar dengan kaedah province yang diguna pakai di seluruh dunia. Jenayah hudud dilaksana pakai di seluruh province Islam. Ia disifatkan sebagai province Islam yang tidak membezakan antara Islam dengan bukan Islam. Perselisihan telah berlaku berkenaan dengan pengharaman arak ke atas bukan Islam di negara Islam. Imam as-Syafei berpendapat bahawa pengharaman berkuatkuasa ke atas bukan Islam mengikut kaedah, ‘Hak dan kewajipan adalah sama rata’ dan kerana hukuman peminum arak adalah peraturan am (hudud) dalam masyarakat Islam. Manakala Abu Hanifah telah membezakan antara muslim dengan bukan muslim. Beliau mengharuskan orang bukan Islam minum arak, kerana perbuatan tidak dikira jenayah bagi orang zimmi. Kebanyakan ulama berpegang dengan pendapat as-Syafei seperti yang dipakai dalam undang-undang Mesir dan Kuwait. Orang bukan Islam adalah anggota dalam masyarakat Islam. Mereka hendaklah mematuhi peraturan am dalam negara Islam. Lebih-lebih lagi pada kebiasaannya agama Kristian mengharamkan arak, dan larangan minum arak bertepatan dengan matlamat membentuk masyarakat yang maju dan bertamadun tanpa perbezaan sebagai sebuah masyarakat. Namun perlaksanaan undang-undang Islam terhadap minoriti bukan Islam tidaklah mutlak, sebaliknya di sana ada batasan dan panduan syarak yang perlu dipatuhi: * Dalam perkara yang berkaitan dengan hudud dan qisas maka ia dianggap sebagai peraturan umum yang tidak membezakan antara muslim dengan bukan muslim, satu province dengan province Islam yang lain. * Adapun hukuman ta’zir(denda), - selain dari hudud dan qisas- Islam menyerahkanya kepada suasana dan tempat. Ahli hali wal aqdi boleh memilih denda yang munasabah dan setiap province boleh memilih hukuman yang sesuai dengan rantau masing-masing. * Mengenai muamalat seperti jual beli, sewa menyewa, pinjam meminjam dan lainnya, maka ia terpakai ke atas bukan Islam selama tidak ada dalam ugama mereka hukum yang berlawanan dengan syariat Islam. Jika terdapat perbezaan, mereka tidak dipaksa untuk mengharamkan apa yang diharuskan oleh ugama mereka walaupun ia diharamkan oleh Islam. Yang demikian apabila mereka rela dengan hukum mereka dan tidak merujuk kepada hukuman Islam, tatapi jika salah seorang dari mereka merujuk kepada undang-undang negara Islam yang mereka tinggal di dalamnya maka undang-undang Islam akan dilaksanakan ke atas mereka. Daging babi adalah haram mengikut syariat Islam, tetapi diharuskan oleh agama Yahudi dan Nasrani. Oleh itu mereka tidak dipaksa untuk mengharamkan babi, dan babi dianggap sebagai harta yang ada nilai dan boleh dijual beli sesama mereka. Walaupun di sisi Islam ia tidak dianggap suatu yang bernilai yang tidak boleh dijadikan pertukaran dan jual beli. * Adapun perkara-perkara yang termasuk dalam undang-undang kekeluargaan seperti nikah, talak, wasiat, pesaka mereka tidak perlu memakai undang-undang Islam. Perkara-perkara yang diharamkan oleh semua agama dan di Mereka wajibmematuhi undang-undang Islam sebagai peraturan umum negara dan pengharusannya akan merosakkan masyarakat. Oleh kerana itu mana-mana orang Kristian yang membantah perlaksanaan undang-undang Islam dalam masalah hudud dan muamalat bukan kerana ianya bertentangan dengan agama mereka, tetapi kerana tujuan politik dan kepentingan tertentu, kerana tidak ada dalam agama Kristian hukum hakam yang berkaitan dengan hudud dan muamalat bahkan tidak terdapat juga sistem pusaka pada hal ia adalah berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan yang diberi kebebasan kepada setiap pengikut agama untuk mengamalkan agama mereka. Oleh kerana itu tidak pelik apabila pemimpin gereja Mesir bersepakat memilih hukum pusaka Islam untuk dilaksanakan dalam majlis agama mereka.Bersesuaian dengan kaedah yang diamalkan para cendikiawan- terutama pengamal undang- undang- konsep province undang-undang yang diamalkan oleh semua negara , menuntut semua rakyat sesebuah negara dan yang bermustautin di dalamnya - walau sementara- supaya akur dengan undang-undang negara itu sama ada dalam masalah hudud, kanun keseksaan, dalam masalah muamalat, undang undang perdagangan dan sivil. Tidak terkecuali seorang pun yang menjadi warga negara daripada akur dengan undang-undang negara kecuali dalam artikel tambahan yang terkandung dalam undang-undang khusus antarabangsa dan dalam perkara yang dikecualikan oleh peruntukan undang-undang kekeluargaan seperti nikah, cerai , wasiat dan pusaka. Dalam perkara berkenaan hukum ugama masing-masing adalah dipakai kalau mereka dari satu ugama , jika mereka berlainan ugama maka ugama suami adalah dipakai. Sebagai kesimpulan, sesungguhnya perlaksanaan hukum syariat ke atas bukan Islam dalam perkara hudud dan muamalat adalah satu perkara yang diakui oleh semua undang-undang dunia maju sehingga kalaupun golongan minoriti bukan Islam ada undang-undang sendiri tidak harus bagi mereka menolak undang-undang negara dam memilih undang-undang lain kecuali dalam perkara kekeluargaan. dipetik daripada www.massej.com MuSaFiR_0102.. 8:02 AM.
*www.darulfuqaha.com |
MUTIARA HADIS.. Kelebihan Solat Dhuha : MA ROKYUUKOM?? ARTIKEL TERBARU
ARCHIVES...
|
|