Wednesday, November 09, 2005


sambungan "PUKAU 'TEWAS' DENGAN KALAMULLAH" (siri 7)

Soalan: Adakah cara lain untuk menghindari pukau?

Jawapan: Hanya orang yang berilmu atau mempunyai ilmu agama yang mendalam dapat mematahkan kuasa pukau. Ini kerana kita tahu pukau menggunakan jin, dan jin sangat takut kepada orang yang berilmu. Malah ada disebutkan bahawa syaitan takut kepada seorang alim yang tidur berbanding seorang manusia yang beribadah. Dengan ilmu inilah syaitan tidak boleh menipu umat manusia.

Ayat-ayat al-Quran sahaja yang mampu mengalahkan jin. Amalan yang disebutkan di atas, iaitu membaca ayat Kursi dan Surah an-Nas dan al-Falaq adalah antara amalan-amalan yang mudah diamalkan. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat pendinding diri yang lain tetapi ini yang paling mudah dibaca oleh semua orang.

Kemujarabannya bergantung kepada kekuatan seseorang. Ilmu dan amalannya sahaja yang mempercepatkan proses mengeluarkan jin tersebut. Ada kisah yang mengatakan seorang budak yang dirasuk jin, Rasulullah s.a.w. sekadar meletakkan kanak-kanak tersebut di atas dada baginda dan memerintahkan jin itu keluar, maka ia pun keluar.Begitu juga yang dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, apabila dikhabarkan tentang seorang yang telah dirasuk jin, beliau hanya menyuruh si pemberitahu itu tadi mengambil terompahnya dan ditunjukkan kepada jin, maka jin akan lari dan tidak mengganggu mangsa tersebut.Yang penting dan perlu diingat, kita tidak sepatutnya takut kepada makhluk sebegini kerana ia juga makhluk Allah. Jauhi amalan sihir kerana dalam sebuah hadis Rasulullah mengingatkan supaya kita menjauhi tujuh dosa-dosa besar, dan sihir adalah dosa besar yang terletak pada tangga kedua selepas mensyirikkan Allah.

tamattttt.....
Dipetik dari:isterisoleha.blogdrive.com


MuSaFiR_0102.. 9:44 AM.
*www.darulfuqaha.com


Sunday, November 06, 2005



sambungan "PUKAU 'TEWAS' DENGAN KALAMULLAH" (siri 6)


Soalan: Bagaimana pula pandangan Ustaz mengenai petua-petua atau usaha-usaha yang kebiasaannya dilakukan oleh masyrakat Melayu bagi menghindarkan atau mematahkan `kuasa' pukau, seperti memelihara ikan puyu, meletakkan penyapu, meletakkan daun mengkuang dan sebagainya?

JAwapan:Itu harus, sungguhpun tidak diiringi oleh kenyataan hadis dan al-Quran tetapi mungkin ia berdasarkan pe-ngalaman. Berinteraksi dengan alam jin banyak bergantung kepada pe-ngalaman. Al-Quran menggariskan kaedah-kaedah umum, begitu juga di dalam hadis.Contohnya pengalaman pengamal-pengamal dalam masyarakat Melayu, orang yang terkena gangguan jin atau sihir, kebiasaannya mereka diberi minum air yang telah dicampurkan dengan limau nipis, ia akan memberikan kesan kepada jin untuk keluar dari tubuh si mangsa.

Selain itu, kalau kita hendak menghalau jin keluar dari rumah, kita menggunakan lada hitam kerana dikatakan jin takutkan lada hitam.
Begitu juga dengan daun mengkuang atau benda yang tajam seperti ekor pari. Jin juga makhluk Allah seperti kita cuma ia tidak berjisim seperti manusia. Sebagai makhluk Allah, ia juga takut kepada bahan-bahan tertentu.

Benda ini dipercayai boleh mencederakan jin.Ini semua hanya pengalaman. Tidak salah diamalkan selagi tidak bertentangan dengan syarak dan kita tidak mempercayai sepenuhnya bahawa amalan-amalan tersebutlah yang membantu kita, kerana semua yang berlaku hanya dengan izin Allah. Kita disuruh berikhtiar.

bersambung.........
Dipetik dari:isterisoleha.blogdrive.com


MuSaFiR_0102.. 9:31 AM.
*www.darulfuqaha.com


Friday, November 04, 2005


sambungan "PUKAU 'TEWAS' DENGAN KALAMULLAH" (siri 5)

Soalan: Adakah amalan sihir ini hanya berlaku di alam Melayu atau ia perbuatan yang berlaku pada semua bangsa?

Jawapan: Sihir berlaku di dalam semua masyarakat dan ia tidak terbatas kepada alam Melayu. Cuma bentuk dan pengamalan sihir ini berbeza-beza mengikut sesuatu bangsa dan negara. Contohnya, orang Melayu popular dengan santau, pukau tetapi bagi masyarakat di Afrika, mereka percaya kepada sihir yang dipanggil voodoo. Begitu juga dengan bangsa Cina, India, Arab, Jepun dan lain-lain.

Soalan:Boleh Ustaz ceritakan serba sedikit tentang sejarah bermulanya sihir di dalam Islam?

Jawapan:Sihir adalah satu jenis ilmu yang sudah lama berlaku. Merujuk ayat-ayat al-Quran didapati bahawa sejarah pertama sihir adalah yang diajar oleh syaitan. Di dalam surah al-Baqarah ayat 102 menceritakan tentang kerajaan Nabi Allah Sulaiman yang Allah berikan mukjizat kepadanya boleh menguasai alam jin. Selepas kewafatan Nabi Sulaiman, syaitan yang memiliki sifat semulajadinya mahu memesongkan manusia de-ngan pelbagai cara.

Apatah lagi ia mempunyai kelebihan iaitu mampu menyamar sebagai manusia.Selain itu, syaitan dan jin ini boleh berhubung dengan manusia menerusi dua cara; berupa manusia dan bisikan. Contohnya, ada kanak-kanak yang boleh mengubat orang. Sebenarnya jin yang menyamar menjadi orang baik, kononnya. Ini adalah salah satu cara jin menurunkan ilmu kepada manusia dan ilmu ini kebiasaannya boleh merosakkan atau memudaratkan manusia dalam jangka masa panjang.

Berbalik kepada kisah Nabi Sulaiman tadi, syaitan memberitahu kepada orang ramai bahawa kebolehan Nabi Sulaiman adalah kerana Baginda memiliki ilmu sihir yang tertanam di bawah kerusinya di istana Nabi Sulaiman.

Apabila kerusi itu dibongkar, ditemui sebuah buku tetapi buku itu bukanlah daripada Sulaiman. Sebaliknya ia muslihat atau mainan jin. Maka dari situlah, jin berjaya menyebarkan ilmu sihir yang didakwa datangnya daripada Nabi Sulaiman.

Ayat seterusnya, Allah jelaskan bahawa Nabi Sulaiman itu tidak kufur tetapi yang kufur ialah syaitan. Ayat ini sekali gus memberitahu kepada kita bahawa sihir itu kufur.Kemudian dijelaskan lagi bahawa Allah menurunkan dua malaikat yang berupa manusia di muka bumi untuk mengajarkan sihir. Hakikatnya, kedatangan dua malaikat ini sekadar ujian kepada umat manusia tetapi manusia mengambil ilmu tersebut yang boleh menceraikan suami isteri.

Jelas di sini sihir berasal daripada syaitan dan dua malaikat tadi iaitu Harut dan Marut.Berbalik kepada pukau tadi, jelas ia satu bentuk jenayah yang tersembu-nyi. Di dalam Islam, ahli sihir hukumannya dibunuh. Ia berdasarkan dua pendapat; sama ada dibunuh sebab murtad atau ia memang patut dibunuh.

Ini kerana jenayah yang dilakukan oleh ahli sihir sukar dibuktikan di mahkamah. Kalau saling berbunuhan seperti biasa, ia boleh dibuktikan tetapi sekiranya ia melalui sihir atau santau, tidak boleh dibuktikan.

Lantaran itu, untuk menyekat jenayah yang semakin berleluasa di kalangan ahli sihir, apabila jelas kekufurannya itu, maka ia selayaknya dibunuh.

bersambung........
Dipetik dari:isterisoleha.blogdrive.com


MuSaFiR_0102.. 9:04 AM.
*www.darulfuqaha.com


Wednesday, November 02, 2005

siri 4


sambungan "PUKAU 'TEWAS' DENGAN KALAMULLAH" (siri 4)


Soalan: Bagaimana pula caranya kita dapat melindungi diri daripada gangguan jin, terutamanya dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran yang tertentu?

Jawapan: Allah telah mensyariatkan kepada hamba-hamba-Nya supaya mereka menjauhkan diri daripada kejahatan sihir sebelum terjadi pada diri mereka. Allah juga menjelaskan tentang bagaimana cara pengubatan sihir apabila telah terjadi. Ini merupakan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t..

Sebab itulah, kita perlu mengajar masyarakat amalan yang boleh menjadi benteng atau pendinding kepada diri agar ia dijadikan kebiasaan, sama ada untuk apa tujuan sekalipun, iaitu membaca ayat
Kursi sebanyak tujuh kali, surah al-Falaq dan an-Nas (sekurang-kurangnya tujuh kali atau seberapa banyak yang kita mampu).

Lebih baik sekiranya selepas kita membaca surah-surah di atas, tiupkan di tangan dan kemudiannya diratakan ke seluruh badan bermula dari kepala, muka hingga kaki. Ini kerana hembusan atau tiupan pada tangan itu tadi, ada aura-auranya dan mudah-mudahan di situlah ada keberkatannya atau `cahaya'nya.

Mudah-mudahan dengan pengamalan sebegini, terhindarlah kita daripada niat orang yang hendak melakukan sihir atau pukau kepada kita.

Kelebihan ayat Kursi ini ialah kerana ia termasuk ayat yang paling besar nilainya di dalam al-Quran. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Barang siapa membaca ayat Kursi pada malam hari, Allah sentiasa menjaganya dan syaitan tidak mendekatinya sampai Subuh."
Ayat Kursi terdapat dalam Surah al-Baqarah ayat 255 bermaksud: Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur.

Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa daripada ilmu Allah melainkan yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Malah Surah al-Falaq dan an-Nas adalah dua surah yang disuruh oleh dua malaikat supaya Rasulullah s.a.w. membacanya sewaktu baginda terkena sihir. Ia merupakan sebab diturunkannya kepada Baginda.

bersambung.....
Dipetik dari:isterisoleha.blogdrive.com


MuSaFiR_0102.. 9:03 AM.
*www.darulfuqaha.com


MUTIARA HADIS..

Kelebihan Solat Dhuha :
Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh berjamaah, seterusnya duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbit mentari, kemudian dia menunaikan solat dua rakaat (solat Dhuha), baginya ganjaran seperti ganjaran satu haji dan satu umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna!
Hadis riwayat Tirmizi

MA ROKYUUKOM??

ARTIKEL TERBARU

  • KULIAH DHUHA siri 1 sesi 2009 "3jan09"
  • SALAH TAFSIR
  • JUS KESIHATAN " d'hatiku "
  • SAKIT PINGGANG
  • KULIAH MUSLIMAT DI MASJID AL-FALAH
  • AKU TERKESIMA
  • CONTENG-CONTENG MUSAFIR
  • KEMALANGAN
  • PERSANDINGAN
  • CONTENG- CONTENG MUSAFIR
  • ARCHIVES...


  • August 2004
  • September 2004
  • October 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • March 2005
  • July 2005
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • June 2006
  • July 2006
  • September 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • October 2007
  • December 2008
  • January 2009
  • Current Posts
  • HALWA TELINGA

    USTAZ MOHD KHAIRUDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

    fiqh di masjid KLCC



    MAAL HIJRAH


    *dengar lagi

    SAHABAT

    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *

    INFO ISLAM

    [`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
    [`] ::. JAKIM
    [`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
    [`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
    [`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
    [`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
    [`] ::. Ust Shauqi Othman
    [`] ::. Ust Hasrizal
    [`] ::. Ust Zaharuddin
    [`] ::. al-ahkam on-line
    [`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
    [`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
    [`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
    [`] ::. UKHWAH.COM
    [`] ::. SURAU LADANG
    [`] ::. E-BOOK
    [`] ::. SURAU FABER2

    MAKLUMAT UMUM

    [`] ::. utusan
    [`] ::. berita harian
    [`] ::. metro ahad
    [`] ::. new straits times
    [`] ::. aljazeera
    [`] ::. AkHbAr MaGrIbI
    [`] ::. TeRaS_MeLaYu
    [`] ::. utusan melayu
    [`] ::. harakah daily
    [`] ::. ABC news
    [`] ::. BBC news
    [`] ::. CNN
    [`] ::. GOOGLE news
    [`] ::. harakah

    POLITICIAN BLOGGER

    [`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
    [`] ::. DATO' KADIR JASIN
    [`] ::. TUN DR MAHATHIR
    [`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
    [`] ::. ROSLAN SMS
    [`] ::. LIM KIT SIANG
    [`] ::. KASIM AHMAD
    [`] ::. RONNIE LIU
    [`] ::. ANWAR IBRAHIM
    [`] ::. MARINA MAHATHIR
    [`] ::. HUSAM MUSA
    [`] ::. PENARIK BECA
    [`] ::. TARMIZI MAT JAM
    [`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
    [`] ::. SANG KELEMBAI
    [`] ::. FATHI ARIS

    VIDEO & AUDIO

    BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
    BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
    * ISLAMIC BOOK ONLINE
    * NOVEL "PUAKA"
    * Video-Kuliah Dhuha
    * Video-Kisah Nabi1
    * Video-Kisah Nabi2
    * Video-Kisah Nabi3
    * Video-Kisah Nabi4
    * Video-Kisah Nabi5
    * Video-Kisah Nabi6
    * Video-Tafsir Baqarah;5-6
    * youtube