![]() |
|
Tuesday, December 30, 2008 ![]() ![]() tapi hanya kerana sakit sedikit, aku cuba untuk menjadikan ia bukan penghalang untuk aku malaksanakan tugas harian aku seperti biasa bangun pagi. kejutkan adik2 di asrama, tetapi sedikit tekilan. aku kadang-kadang terlambat bangun, sedangkan dorang semua dah berada di surau. memenuhi ruang-ruang qiamullail dengan bacaan al-quran. terasa sedikit iri hati dengan kemampuan mereka. terutama sejak seminggu ini. badanku terasa lenguh-lenguh. ah! insyaALLAH, sembuhlah nanti. moga-moga ALLAH membantu diriku dan adik-adik dalam mencari sinar kebahagian dunia dan akhirat. sekarang hampir pukul 7 pagi, sebentar lagi aku terpaksa meninggalkan ruangn bolg buat seketika. terasa ingin menemani adik-adik di surau membaca al-quran dan menghafal. selepas solat subuh sebentar tadi aku terus bergegas turun dari surau menuju ke bilik. terus menghampiri komputer. terasa ingin menjengah blog yang terbengkalai selama 3 hari, azamku untuk menulis setiap hari terbantut gara-gara kerana kemalasan yang menghantui diri. gara-gara malas untuk memerah otak berfikir. hmm...moga-moga ALLAH memberi aku kesihatan yang berpanjangan ameeeen.... MuSaFiR_0102.. 6:37 AM.
*www.darulfuqaha.com |
MUTIARA HADIS.. Kelebihan Solat Dhuha : MA ROKYUUKOM?? ARTIKEL TERBARU
ARCHIVES...
|
|