![]() |
|
Thursday, December 18, 2008 hari ini di dalam akhbar utusan melayu terpampang tajuk:- menghiburkan . Apakah isi kandungannya? kalu mereka yang sering membaca akhbarutusan seharusnya sudah mengetahui isinya, pembaca boleh klik sendiri diatas link tersebut untuk membacanya. tajuknya simple bukan? tetapi simple inilah juga merupakan punca simplenye ALLAH menurunkan LAKNAT dan BALA-NYA kepada kita, dunia kini semakin dipenuhi dengan hiburan, sana sini hiburan, memualkan bagi aku. Natijahnya rakyat malaysia kini semakin alpa, semakin lalai. di negara-negara islam seperti palestin dan iraq sedang 'di hibur' dengan butiran peluru dari musuh-musuh ALLAH, tetapi kita dihiburkan dengan nyanyian, lakonan, dan propaganda-propaganda lain yang ternyata mencari kemurkaan ALLAH swt. Tidak malukah kita dengan mereka-mereka yang sedang berjihad di sana sedangkan kita yang mendakwa negara islam tidakpon menghulurkan bantuan bagi menghancurkan musuh islam?? yang kita tahu hanyalah menyatakan ucapan " oh! kita amat bersimpati dengan apa yang menimpa iraq dan palestin, kita mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas mereka, kita akan menghantar memorandom untuk membantah serangan mereka" huh!! nonsense, cakap hanye sekadar cakap, tetapi buatnya tidak. kita lihat kembali kepada apa yang dipaparkan oleh utusan tadi "menghiburkan" .Apa yang menghiburkan?? suatu tanyangan teater "MAMMA MIA" telah dipertontonkan kepada rakyat malaysia. Ratusan, ribuan, malahan mungkin jutaan rakyat malaysia berkumpul untuk menyaksikan teater tersebut, dan jutaan duit juga dilaburkan kepada pelakon-pelakon yang semestinya mencari NERAKA ALLAH taala, tidak berpada untuk berhibur hanya sekadar 1jam atau 2jam, tetapi akibatnya menjadi "AYAM PUSING" di dalam neraka ALLAH swt. nau'uzubillahimin zalik. "YA ALLAH, BERILAH PETUNJUK KEPADA KAMI KE ARAH JALAN KEBENARANMU, JADIKANLAH KAMI DIKALANGAN MEREKA MEREKA YANG SENANTIASA BERTAUBAT KEPADAMU YA ALLAH, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAMPU MENGHANCURKAN KAMI DENGAN SEKELIP MATA DAN NESCAYA KAMI TIDAK MAMPU MENGHALANGNYA, BANTULAH KAMI YA ALLAH " ameen "Najib turut menyampaikan hasil kutipan tiket persembahan amal bernilai RM1.2 juta kepada 10 badan kebajikan termasuk Yayasan Institut Jantung Negara, Befrienders Kuala Lumpur dan Persatuan Hospis Malaysia. Turut hadir Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. " Adakah matlamat menghalalkan cara?? duit hasil maksiat kemudian di sampaikan kepada pusat-pusat kebajikan, dinikmati oleh mereka-mereka yang memerlukan, cuba kita renung, adakah duit seperti ini yang diperlukan oleh mereka? adakah duit hasil maksiat digunakan untuk membuat pembedahan? adakah duit maksiat ini digunakan membeli makanan? yang akhirnya makanan yang dibeli hasil duit tersebut menjadi darah daging mereka?OH! Tidak!! bukan itu yang mereka perlukan, yang mereka perlukan duit dari sumber yang bersihh dan doa dari penderma untuk kesembuhan kesihatan mereka. Bukannya duit dari hasil kutipan tiket hiburan yang pasti niat pembeli tiketnya membeli untuk menonton teater tersebut sahaja. ALLAHUA'LAM.....wassalam MuSaFiR_0102.. 9:24 AM.
*www.darulfuqaha.com |
MUTIARA HADIS.. Kelebihan Solat Dhuha : MA ROKYUUKOM?? ARTIKEL TERBARU
ARCHIVES...
|
|