![]() |
|
Wednesday, December 17, 2008 salam wbt. sudah lama blog ini berkubur.. batu nisan dah pon tumbang..kene tukar yang baru agaknye...eh eh, bukan tukar yang baru, tpi gali semula, nak jampi bagi hidup balik..insyaALLAH sya cuba untuk menulis setiap hari hmm..kemalasan dalam menulis punca blog ini berkubur, aku dah mencuba sebenarnye untuk menulis tetapi, bila aku ingin memerah otak tuk mengarang, aku rasa bosan kerana memerlukan masa yang panjang. perlu menyusun ayat-ayat lagi..ditambah lagi dengan kerja yang melambak. semakin hari tangungjawab makin berat, semakin bertambah. mcm2 tangungjawab, naseb bek blum kawen lagi, kalu kawen lagi le banyak tanggung jawab yang perlu dilaksanakan. pasal istri, kewangan, tempat tinggal, mkn minum, mcm2 kene fikir, lagi lah terbeban. tetapi kawen itu anugerah tuhan. kalu rasa mampu untuk berumah tangga, teruskan. jgn tanguh tanguh perkara yang baik kerana perkahwinan juga merupakan suatu ketenangan hidup, sakinah yang tak dapat digambarkan dengan mata kasar melainkan mereka-mereka yang telah melaluinye. ha, ni sahabat kita 2 orang pon dah nak masuk alam baru dah, 27 n 28hb 12 nih. semuanya di pahang. brader muhaimain bin yazid n brader iliyas, jom kita pakat gi ramai2. sebut bab kawen nih, teringat artikel yang penulis baca di web saiful islam berkenaan kawen muda, pandangan beliau bagus tuk di baca. gi lah pakat buka sendiri.. http://saifulislam.com/?p=4200 kalu sebut bab kawen juga, saye teringat tips yang ditulis oleh zaujah senior saye semasa belajar di smaasza dahulu. dalam blog tuh beliau membincangkan perkara atau tips bagaimana mahu menjadi ibu dan ayah yang baik kepada anak-anak. tapi ape kaitannye ngan kawen?hmm, yelah, nak menjadi ibu dan ayah yang baik, kenelah tgk pada pemilihan siibu dan ayah dahulu, btol tak? ini tips yang bliau tulis. nnt bleh rujuk sendiri kat bloh beliau yee.. http://ummuuwaishandzolah.blogspot.com/2008/10/tips-bagaimana-mahu -menjadi-ibu-dan.html --------------------------------------------------------------------- Tips 1. -Bermula dari pemilihan calon suami atau isteri. Sabda Rasulullah saw; "Pilihlah calon isteri mu dari empat perkara. Pertama kerana hartanya, kedua kerana kecantikannya, ketiga kerana keturunannya, dan keempat kerana agamanya. Maka sesungguhnya kata Rasulullah pilihlah yang beragama nescaya kamu akan tenang dengannya". -Bagi kaum wanita pemilihan calon suami juga perlu diambil berat. Jangan kerana faktor harta dan kehandsoman seorang jejaka sahaja anda telah membuat keputusan untuk menjadikan sidia calon suami. Pilihlah yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. -Jangan takut dan susah hati bila seorang lelaki yang siqah agamanya yang melazimi masjid dan jamaah islam merisik anda untuk dijadikan isteri, terimalah sidia dengan melihat sekufu anda dengannya. -Jangan pula merasa diri tidak layak, asalkan anda bersedia untuk dididik dan ditarbiah anda pasti bahagia. Kerana hanya lelaki yang beriman dan beragama sahaja tahu untuk meninggikan martabat anda sebagai seorang muslimah. -Bagi kaum lelaki pula, jika anda telah dicalonkan kepada seorang wanita yang beragama jangan pula menolaknya. Walaupun anda tidak berlatar belakangkan agama yang tinggi. Yang pasti anda juga bersedia untuk mendalami ilmu-ilmu agama bersama-sama dengannya. Kerana amanah anda sebagai seorang ketua keluarga amatlah berat. Sesungguhnya hanya dengan penghayatan hidup islam yang sebenarnya akan memandu generasi yang akan datang adalah generasi rabbani yang bertaqwa. ------------------------------------------------------------ MuSaFiR_0102.. 7:55 AM.
*www.darulfuqaha.com |
MUTIARA HADIS.. Kelebihan Solat Dhuha : MA ROKYUUKOM?? ARTIKEL TERBARU
ARCHIVES...
|
|