Thursday, January 20, 2005

sasaran dakwah

Sasaran Dakwah

MUQADDIMAH

Sasaran dakwah adalah di antara beberapa siri tajuk yang amat penting untuk diperbincangkan terutamanya di kalangan ahli gerakan Islam. Ini kerana mereka bertanggungjawab untuk mengatur strategi dan menyusun perancangan bagi memastikan target group yang disasarkan dapat dihampiri seterusnya diberikan asas kefahaman Islam yang sebenarnya.
Apabila seseorang itu menyebut perkataan dakwah paling kurang ia akan bertemu dengan tajuk-tajuk kecil ke arah pemahaman konsep dakwah, tajuk-tajuk itu ialah pendokong dakwah, orang-orang yang diseru kepada dakwah, cara-cara menyampaikan dakwah, jalan dakwah dan sebagainya.
Fokus kita kali ini ialah orang-orang yang menjadi sasaran dakwah (mad’u). Sebelum kita bincang lebih jauh mengenai golongan-golongan mad’u yang disenaraikan sasaran dakwah, mari kita lihat sejenak hak-hak penerima dakwah.
Di antara hak-hak penerima dakwah ialah agar mereka ditemui dan diajak kepada Islam iaitu pendakwah harus keluar menemui dan menyerunya ke jalan Allah. Dengan kata lain amat tidak patut seseorang pendakwah hanya tinggal diam atau hanya menanti kedatangan mereka di rumah.
Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. sendiri keluar menemui kaum Quraisy, keluar menemui ketua-ketua kabilah di Makkah yang keluar pada musim haji dan baginda juga keluar berdakwah ke Taif.
JANGAN MEMANDANG RENDAH PARA MAD’U

Juru dakwah tidak boleh memandang remeh atau menganggap hina kepada orang yang diseru kerana tugasnya hanya menyeru dan mengajak.Namun kadang-kadang atas dorongan emosi juru dakwah tidak mampu sehingga menyebabkan mereka merasa diri mereka lebih banyak berkhidmat kepada Islam dan meremehkan orang lain.
Penerima dakwah Islam secara umumnya ialah seluruh umat manusia kerana agama Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah agama yang terakhir dan bersifat universal tanpa mengira jantina, darjat keturunan, sempadan kedaerahan, pekerjaan, warna kulit dan sebagainya. Contoh ini telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti berikut:
a)Dakwah kepada Abu Bakar yang berbangsa Arab
b)Dakwah kepada Bilal yang berbangsa Negro
c)Dakwah kepada Suhaib yang berbangsa Rumawi
d)Dakwah kepada Salman yang berbangsa Parsi
e)Dakwah kepada Khadijah dari kalangan kaum perempuan
f)Dakwah kepada Ali dari kalangan kanak-kanak
g)Dakwah kepada Uthman dari golongan hartawan
h)Dakwah kepada Ammar dari golongan miskin
SASARAN DAKWAH

Secara khususnya sasaran dakwah dapat dibahagikan kepada empat golongan:
1. Golongan Al-Malak

Iaitu golongan yang mempunyai kelebihan dari segi kebendaan yang mana mereka ini agak sukar untuk menerima seruan dakwah
2. Golongan Al-Jumhur

Golongan ini lebih cepat menerima Islam berbanding dengan golongan al-malak kerana mereka tidak mempunyai sifat-sifat seperti cinta kepada keduniaan dan kekuasaan yang akan menimbulkan sikap sombong sebagaimana golongan al-malak
3. Golongan Munafik

Golongan ini mula muncul di Madinah.Mereka ini lebih jahat daripada orang-orang kafir dan diumpamakan sebagai musuh dalam selimut yang berpura-pura menyatakan keimanan tetapi bersikap memusuhi Islam seperti menghasut kaum muslimin mengajak meninggalkan jihad dan berpakat dengan kaum musyrikin menghancurkan Islam.
4. Orang-orang yang membuat maksiat (al-‘asi)

Mereka ini ialah orang-orang yang beriman dan bersyahadah namun tidak menunaikan isi dan jiwa syahadah yang dituturkannya. Tingkatan maksiat yang dilakukan berbeza samada banyak atau sedikit sebagaimana Bani Adam tidak pernah sunyi daripada membuat silap. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang mensucikan jiwanya.
SIKAP PENDAKWAH TERHADAP GOLONGAN AL-‘ASI

Setiap pendakwah perlu memandang padanya dengan perasaan belas kasihan. Mereka perlu melihatnya seperti orang berada di pinggir jurang yang dalam dan gelap gelita.
Mereka juga perlu melihatnya dengan perasaan yang terdorong untuk menyelamatkannya dari kebinasaan itu.
TAKTIK DAN STRATEGI

Apabila membicarakan taktik dan strategi dakwah kita sebenarnya memberi keutamaan kepada orang-orang yang belum Islam khususnya orang-orang Cina kalau dalam konteks Malaysia kerana bilangan mereka yang ramai dan mereka jugalah yang menguasai ekonomi dan juga kemahiran dalam segala lapangan.
Masa depan negara ini dan masa depan negara kita bergantung kepada sejauh mana kita dapat mempertahankan kekuatan politik yang ada di tangan kita sekarang. Kita tidak boleh bergantung kepada UMNO kerana UMNO banyak membuat kesilapan politik yang terpaksa kita tanggung bersama.
Cara paling baik dalam gerakan dakwah kita ialah memahamkan orang-orang Cina di Malaysia dengan kerjasama orang-orang Cina Muslim di negara China.
Inilah sasaran dakwah yang perlu diberi keutamaan. Bukan lagi kepada orang-orang UMNO dan Melayu di atas pagar kerana mereka ini hanya cukup sekadar kita memberi peringatan, tunjuk ajar dan bimbingan agar mereka bersemangat Islam.
PENUTUP

Sekali lagi kita mengharapkan agar PAS mengutamakan dakwah kepada orang-orang belum Islam. Jika ini yang kita usahakan barulah bertepatan dengan pengertian dakwah yang sebenar.
Semoga kita berjaya memilih sasaran yang tepat dengan itu kita akan lebih bersemangat untuk berdakwah kerana di sana ada jaminan Allah yang tidak boleh dipertikaikan lagi.
dipetik dari:
ladang.net


MuSaFiR_0102.. 6:54 AM.
*www.darulfuqaha.com


Piramida Besar Cheops di Giza

Piramida Besar Cheops di Giza


Berbeda dengan pandangan umumnya, hanya Piramida Besar Cheops (Khufu) yang menjadi keajaiban dunia, bukan ketiga-tiganya di kompleks piramida di Giza. Piramida tersebut dibangun oleh Pharaoh dinasti IV yang bernama Khufu sekitar tahun 2560 sebelum Masehi. Tradisi pembangunan piramida berawal dari pengembangan bangunan mastaba (platform) yang melapisi makam kekaisaran. Selanjutnya, penumpukan beberapa mastaba menjadi dasar pembangunan piramida, salah satunya piramida tingkat Raja Djoser di Saqqara, Mesir oleh arsitek terkenal, Imhotep.
Pembuatan Piramida Besar memakan waktu 20 tahun. Lokasi dipersiapkan, lalu blok batu diangkut dan ditempatkan. Pembungkus luar, yang lama kelamaan hilang terkikis, berguna untuk menghaluskan permukaan. Beberapa teori dikemukakan tentang bagaimana cara menempatkan blok-blok batu. Suatu teori menyatakan pembangunan jalur landai yang lurus maupun spiral selama pembuatan piramida. Jalur ini dilapisi lumpur dan air meringankan pemindahan blok - blok yang (mungkin) didorong atau ditarik sampai tempatnya. Teori lainnya menyebutkan penaruhan blok tersebut menggunakan pengungkit yang amat panjang dengan kaki bersudut sempit.
Sepanjang sejarah, piramida telah memancing imaginasi manusia. Selain pernah disebut "Lumbung Josef" dan "Bukit Firaun", piramida juga menjadi bagian sejarah ketika Napoleon menguasai Mesir tahun 1798. Napoleon mengatakan ""Soldats! Du haut de ces Pyramides, 40 siècles nous contemplent"(Prajurit! Dari puncak piramida-piramida ini, sejarah 40 abad sedang mengamati pertempuran kita).
Saat ini, lokasi Piramida Besar beserta piramida yang lain dan Sphinx menjadi daerah wisata dekat dataran tinggi Giza. Juga terdapat di daerah ini museum Kapal Matahari yang misterius, ditemukan tahun 1954 sebelah selatan piramida. Kapal tersebut dikatakan dipakai untuk membawa jasad Khufu menuju kediaman terakhirnya, dan dipercaya sebagai media transportasi menuju kehidupan setelah mati.



MuSaFiR_0102.. 5:18 AM.
*www.darulfuqaha.com


Tuesday, January 18, 2005

AKHLAK DAN DISIPLIN DI DALAM HARAKAH ISLAMIAH

AKHLAK DAN DISIPLIN DI DALAM HARAKAH ISLAMIAH

Oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Muqaddimah

Kemantapan sebuah Harakah Islamiah berhubung erat dengan keteguhan aqidah atau prinsip perjuangannya dan keteguhan pegangan ahlinya di semua peringkat terhadap aqidah dan prinsip itu sehingga membuahkan wala’ dan melengkapkan diri dengan akhlak dan disiplinnya.
Perlu difahami bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan prinsip yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjamaah, oleh itu di bawah ini dikemukakan beberapa perkara yang menjadi sifat-sifat yang mesti dipunyai oleh pejuang-pejuang Islam untuk dijadikan perbincangan dan muhasabah kepada diri kita sendiri.
Akhlak Berjamaah

Supaya perjuangan kita diterima, direstui oleh Allah SWT dan mendapat pertolongan daripada-Nya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:
1. Ikhlas
Pejuang Islam mestilah ikhlas dengan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah, menuntut keredhaan-Nya dengan menegakkan agama-Nya sehingga didaulatkan.
Abu Musa Al Ashaari menceritakan: Seorang Arab Badwi datang menemui Rasullah, dia berkata:
“Orang yang berperang kerana mahukan harta rampasan, orang berperang kerana mahu disebut orang, berperang kerana riya’, maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah? Sabda Rasulullah: Sesiapa yang berperang supaya ‘kalimatullah’ itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah.”
Ini bermaksud perjuangan menegakkan Islam menurut situasi dan keadaan samada melalui pilihan raya sehinggalah berperang di negeri, tidak ada cara lain daripada mestilah dengan niat yang ikhlas.
Firman Allah, maksudnya:
“Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus.” (al Bayyinah : 5)
Apabila mengikhlas niat kerana Allah semata-mata maka mestilah membersihkan hati dari sifat-sifat yang menrosakkan niat seperti riya’, ujub dan sum’ah.
Istiqamah

Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya yang bermaksud:
“Maka kamu mestilah istiqamah dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang tidak tahu”. (Yunus : 189)
Apabila Abu Sufian bin Abdullah berkata kepada Rasulullah saw:
“Katakan kepada saya dengan kata-kata yang jelas sehingga saya tidak perlu lagi bertanya seseorang yang lain darimu. Sabda Rasulullah: Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah beristiqamah.”
Para rasul dan sahabat adalah orang yang paling istiqamah, tetapi mereka diperintah juga supaya beristiqamah. Ini menunjukkan bahawa sifat istiqamah sangat penting dan mestilah berterusan, kerana ia adalah tonggak dan cara untuk mendapat pertolongan Allah, bahkan orang yang tidak istiqamah amalannya sia-sia. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyekutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan.”
Taat

Ketaatan lahir daripada sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan perngorbanan yang sebenar dan memberi perhatian kepada perjuangan dan pengilut-pengikutnya. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam perkara yang tidak maksiat. Firman Allah, maksudnya:
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu akan Allah, taatlah kamu akan Rasul dan Ulil Amri (pemimpin di kalangan kamu)”. (an-Nisa : 59)
Rasulullah telah meneguhkan sifat ketaatan kepada para sahabatnya dengan melakukan bai’ah di antara Baitul ‘Aqabah yang terkenal sebelum melakukan hijrah.
Di dalam Bai’ah itu Rasulullah bersabda:
“Berbai’ahlah kepadaku di atas kewajipan taat di masa cergas dan di masa malas, sanggup berbelanja di masa susah dan senang, menjalankan kewajipan menyuruh yang baik dan mencegah dari kemungkaran, bangun menyatakan agama Allah tanpa terjejas walaupun dicela, sanggup menolong aku apabila aku tiba kepada kamu dan sanggup mempertahankan aku.”
Ketaatan Yang Dituntut

a) Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan sehingga menjadi kelam-kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam jamaah atau parti yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jamaah dalam parti.

b) Ketaatan itu membawa kepada penyelarasan yang baik di kalangan seluruh anggota dan sayap parti atau jamaah dan melaksanakan amal jamaie yang tidak boleh dijelaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga jentera parti bercelaru dan tidak selaras antara satu sama lain.
c) Ketaatan juga dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang terlalu ke depan (advance), ada orang yang terlalu lambat dan ada yang sederhana.
Wala’

Kita melihat betapa kumpulan yang tidak Islam mengalami kelemahan dan kepupusan termasuk yang pernah memerintah negara besar, begitu juga dengan pertubuhan yang meletakkan nama Islam tetapi tidak mengambil Islam secara menyeluruh.
Oleh itu maka penekanan yang perlu diberi perhatian ialah peningkatan wala’ dan disiplin dalam jamaah yang dapat memelihara ketaatan dan perjalanan secara istiqamah. Firman Allah, maksudnya:
“Sesungguhnya wali kamu ialah Allah, rasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka itu sentiasa ruku’”
(al Maidah : 55)
Wala’ dan hubungannya dengan Harakah Islamiah (PAS)
Dalam aspek ini perlu dibahagikan wala’ itu kepada beberapa aspek yang perlu diberikan penekanan.
a) Wala’ terhadap aqidah perjuangan

Sesungguhnya wali kamu ialah Allah dan Rasul-Nya. Wala’ dalam aspek ini berkait erat dengan ketaatan secara mutlak kepada Allah dan RasulNya, wajiblah beriman bahawa tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dengan segala sifat ketuhanan yang Maha Suci dan juga beriman kepada rasul yang wajib dengan sifat-sifat kerasulannya.
Terkandung di dalam mafhum ketaatan dan wala’ kepada Allah dan rasul secara mutlak kepada Al Quran dan Al Hadith yang menjadi rukun dan hokum tertinggi bagi Harakah Islamiah, dan dalam konteks kita di Malaysia ini ialah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
b) Wala’ kepada Jamaah

Menurut rukun dan hukum haram berjamaah haram kepada ahli yang telah memberi bai’ah kepada jamaah tiba-tiba memberi wala’ kepada kumpulan lain samada yang jelas menentang Islam atau kumpulan yang bernama Islam. Ini bercanggah dengan akhlak berjamaah dan merosakkan perpaduan jamaah, strategi dan jenteranya.
Adapun wala’ kepada jamaah itu bergantung kepada wala’ jamaah terhadap aqidah perjuangan yang sebenar dan menjadi kewajipan kepada ahli mempertahankannya daripada menyeleweng.
c) Wala’ kepada pemimpin

Kepimpinan di semua peringkat merupakan salah satu daripada tonggak yang penting kepada jentera dan perjalanan jamaah. Oleh yang demikian wala’ kepada pemimpin dalan pengertian kasih dan taat mestilah diberi dengan penuh tanggungjawab. Wala’ ini mesti diberi di semua peringkat pimpinan. Ia juga bergantung kepada perinsip perjuangan parti atau jamaah.
Disiplin
Firman Allah, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaran kamu dan tetap bersedia dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
(ali Imran : 200)
Perkara yang ditakrifkan dengan disiplin ialah sebagaiman berikut:
1. Tatatertib dan kelakuan diri
2. Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik
3. Kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan
4. Hukuman atau denda kerana melanggar peraturan
Harakah Islamiah (PAS) telah menetapkan perkara-perkara ini secara menetapkannya di dalam perlembagaan parti secara tegas. Di antaranya ialah menetapkan perkara yang dinamakan tatatertib:
1. Taat kepada hokum-hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar jamaah
2. Patuh kepada perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya
3. Taat kepada arahan dan perintah jamaah
4. Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh jamaah sedaya upaya
yang boleh
5. Menjaga dengan cermat segala rahsia jamaah
6. Beramal dengan akhlak Islam
7. Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau
merugikan jamaah
Penutup

Akhlak dan disiplin penting bagi setiap ahli demi kebaikan jamaah. Setiap ahli mesti berdisiplin dan melengkapkan diri dengan akhlak Islam bagi meningkatkan kejayaannya kepada sasaran dakwah dan matlamat kerana tindakan individu ahlinya menjadi contoh dan perhatian di samping dapat mewujudkan jentera dalaman yang baik bagi mentadbir segala kegiatannya.


MuSaFiR_0102.. 10:28 PM.
*www.darulfuqaha.com


Monday, January 17, 2005

Imam Ghazali Bertanya 6 Soalan

Imam Ghazali Bertanya 6 Soalan

1. Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

* Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

2. Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".

* Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3. Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".

* Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawaban itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4. Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".

* Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban sampean benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

5. Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".

* Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan sholat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6. Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

* Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, Manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


MuSaFiR_0102.. 7:21 PM.
*www.darulfuqaha.com


Friday, January 14, 2005





MuSaFiR_0102.. 11:27 PM.
*www.darulfuqaha.com


Wednesday, January 05, 2005

kata-kata mutiara

KATA - KATA MUTIARA
Kejahilan meliputi enam sifat yaitu marah-marah tanpa alasan, bicara yangtidak bermanfaat, memberi sesuatu tidak pada tempatnya, tidak mengenalkawan dari lawan, suka membuka rahasia dan selalupercaya kepada semua orang;Tiga orang yang mengutamakan harta atas keselamatan diri mereka yaitupedagang yang mengarungi lautan, orang yang memegang kekuasaandan orang yang menerima suap dalam suatu perkara;Tiga perkara yang mencelakakan yaitu kesombongan iblis sehingga diadiusir dari rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala (dilaknat),keserakahan Adam sehingga dia dikeluarkan dari surga dan iri dengkianak Adam (Qabil) sehingga dia membunuh adiknya (Habil);Orang yang bahagia ialah orang yang dapat mengambil pelajarandari orang lain dan orang yang sengsara ialah orang yangdijadikan pelajaran bagi orang lain;Seorang yang berakal apabila berbicara disertai hikmahdan mengemukakan contoh keteladanan.
*** *** ***
Dua perkara yang tidak lepas dari dusta yaitu terlalu banyak janji danterlalu keras mencari alasan; Amarah orang yang berakal tampak dalamtindakannya dan amarah orang yang jahil tampak pada ucapannya;Seorang yang ikhlas dalam berdoa tidak akan luput dari tigaperkara yaitu dosanya diampuni, kebaikan disegerakan untuknya,ditunnda pemberiannya atau bencana dijauhkan darinya.


MuSaFiR_0102.. 6:19 PM.
*www.darulfuqaha.com



KAGUM DIRI

Kagum diri dapat berakibat buruk, diantara dampak buruk tersebut adalah
terjerumus ke dalam sikap ghurur (terperdaya) dan takabur. Sikap ghurur
yaitu sikap meremehkan orang sedangkan takabur adalah sikap seseorang
yang merasa dirinya lebih tinggi daripada orang lain dan tidak mahu
menghormati orang lain. Dampak buruk dari kagum diri selain bersikap
ghurur dan takabur yaitu tidak mendapatkan taufik dari Allah swt.

Dia tidak mendapatkan taufik dari Allah swt karena ketentuan Allah swt
bahwa orang yang mendapatkan taufik adalah orang yang menyerahkan
dirinya kepada Allah swt dan tidak memberikan bagian sedikitpun
kepada setan di dalam hatinya. Dampak buruk lainnya yaitu orang yang
kagum diri akan dibenci orang lain. Orang yang kagum diri akan dibenci
Allah swt. Orang yang dibenci Allah akan dibenci penduduk langit dan bumi.


***


Seseorang yang terkena penyakit kagum diri dapat dilihat dari beberapa
tanda yaitu selalu memuji diri. Orang tersebut selalu memuji dan
mengagungkan diri sendiri. Pada saat yang sama, ia melupakan atau
pura-pura lupa terhadap firman Allah swt, "Maka janganlah kamu
mengatakan dirimu suci. Dialah (Allah) yang paling mengetahui tentang
orang yang bertaqwa." (QS an-Najm: 32) Orang yang kagum diri tidak
mau menerima nasihat dari orang lain, bahkan membencinya
dan merasa senang jika mengetahui aib orang lain.


***


Seorang Muslim yang terkena penyakit kagum diri harus segera bertobat dan
berusaha untuk menyembukan dirinya dari penyakit hati tersebut.
Cara-cara yang dapat dilakukan agar tidak terkena penyakit kagum diri,
diantaranya yaitu selalu ingat hakikat diri. Orang yang kagum pada
diri sendiri harus sadar bahwa nyawa merupakan anugerah Allah swt.
Jika nyawa tersebut meninggalkan badannya, maka badan tersebut tidak
ada harganya sama sekali. Dia harus sadar bahwa tubuhnya dibuat dari
tanah yang diinjak-injak oleh manusia dan binatang, kemudian dari
air mani yang hina dan akhirnya kembali lagi menjadi tanah.
Masa antara awal penciptaan dan kembali menjadi tanah tersebut,
setiap manusia selalu membawa kotoran di perutnya, yang jika
tidak dikeluarkan dapat berakibat orang tersebut merasa sakit.
Kesadaran diri ini, insya Allah akan membantu seseorang menghilangkan
penyakit kagum pada diri sendiri. Sebagian ulama salaf jika merasa
kagum diri akan bertanya kepada dirinya sendiri, "Apakah engkau tahu
siapa saya?" Lalu dijawabnya sendiri, "Ya, saya tahu siapa engkau.


Engkau hanyalah setetes air mani yang akan menjadi bangkai.
Sedangkan sekarang engkau berada di antara keduanya
sambil membawa kotoran di dalam perutmu."


***


Orang yang kagum diri harus sadar hakikat dunia dan akhirat.
Orang yang kagum diri selalu sadar bahwa dunia tempat menanam (beramal)
untuk kebahagiaan hidup di akhirat. Dia harus sadar bahwa sekalipun umurnya
panjang, dia tetap akan mati dan harta yang dimilikinya selama
hidup di dunia tidak akan dibawanya. Satu-satunya 'harta' yang
dibawanya adalah amal yang dia dapatkan selama hidup di dunia.
Kesadaran semacam ini akan mendorong seseorang untuk terhindar
dari penyakit kagum diri. Orang yang kagum diri harus selalu
ingat pada nikmat Allah swt yang diberikan kepada manusia yang
besar dann mencakup segala kehidupan manusia. Allah swt berfirman,
"Dan jika kamu mau menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak
dapat menghitungnya (karena sangat banyaknya)." (QS Ibrahim: 34)
Kesedaran ini akan mendorong seseorang merasa lemah dan merasa
butuh kepada Allah swt. Mereka yang terkena penyakit kagum
diri hendaknya selalu mengingat kematian.
wassalam.
dipetik dari:
islamworld.go.to




MuSaFiR_0102.. 5:39 AM.
*www.darulfuqaha.com


KAGUM DIRI

KAGUM DIRI
Kagum diri dapat diartikan suatu penyakit hati yang membuat seseorangmerasa bahagia dengan pujian dari orang lain dan merasa diri palingbaik melebihi orang lain. Faktor-faktor penyebab sikap kagum diri,diantaranya pujian yang diberikan kepada seseorang secara berlebihan dantanpa mengindahkan tata cara yang ditetapkan syariat Islam dalammemberikan pujian kepada seseorang. Pujian tersebut mempengaruhiorang yang dipuji. Dia akan merasa mempunyai kelebihan yang tidakdimiliki orang lain. Ini akan membuat orang yang dipuji merasa kagumpada diri sendiri. Tata cara atau etika memuji dalam syariat Islamada tiga yaitu tidak boleh berlebihan, ditujukan untuk hal-hal yangbenar dan tidak menimbulkan fitnah, yaitu membuat orang yang dipujimenjadi kagum pada dirinya sendiri. Apabila tata cara tersebutdapat dipenuhi, maka seseorang boleh memuji orang lain.Dari Abdurahman bin Abi Bakrah dari ayahnnya menceritakan bahwaada seseorang memuji orang lain dihadapan Rasulullah saw.Rasulullah saw lalu bersabda, "Celaka engkau! Engkau memotongleher saudaramu." Rasulullah saw mengulangi beberapa kaliperkataan tersebut. Kemudian Rasulullah saw bersabda,"Apabila engkau terpaksa harus memuji seseorang, hendaknya engkauberkata, 'Sepanjang yang aku ketahui tentang dia-dan Allah jugamengetahui tentang dia dan saya tidak dapat menyembunyikan diadihadapan Allah-dia begini dan begitu.'" (HR Bukhari dan Muslim)
***
Faktor lainnya yang menyebabkan seseorang kagum diri yaituorang yang kagum diri hanya memperhatikan nikmat yang didapatinyatanpa memperhatikan Zat yang memberikannya. Ia merasa nikmattersebut didapatnya karena kepandaiannya, bukan karena pemberianAllah swt, seperti anggapan Qarun. Allah swt menceritakanperkataan Qarun mengenai harta yang dimilikinya dalam Al Qur'an,"Qarun berkata, 'Sesungguhnnya aku diberi harta itu hanyakarena ilmu yang ada padaku.'" (QS al-Qashash: 78)Orang yang kagum diri lupa atau pura-pura lupa bahwa segalakenikmatan yang diperolehnya semuanya hanya berasal dari Allah swt.Allah swt berfirman: Dan apa saja yang ada di langit dan di bumi,maka itu dari Allah (datangnya). (QS an-Nahl: 53)Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidakmengetahui sesuatu pun. Lalu Dia memberi kamu pendengaran,penglihatan dan hati agar kamu bersyukur. (QS an-Nahl: 78)Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah penciptaselain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit danbumi? Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, makamengapa kamu berpaling (dari-Nya). (QS Fathir: 3)
***
Lalai atau tidak memahami hakikat diri dapat menyebabkan seseorangmenjadi kagum diri. Seseorang yang kagum diri, tidak sadar akanhakikat dirinya, bahwa dirinya berasal dari air yang hina yangkeluar dari tempat keluarnya air kencing, selalu berada di dalamkekurangan sepanjang hidupnya dan akan kembali ke dalam tanahmenjadi bangkai. Selain tidak memahami hakikat dirinya, seseorangjuga dapat menjadi kagum diri karena dia selalu mendapatkanpenghormatan yang berlebihan dari masyarakat, yang bertentangandengan ajaran Islam. Misalnya, orang-orang berdiri cukup lamauntuk menghormatinya, mencium tangan, menundukkan kepala merekasampai berlebihan, berjalan dibelakangnya dan penghormatan yangberlebihan lainnya. Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapamengharapkan agar orang berdiri (di waktu dia datang), makabersiap-siaplah untuk mengambil tempat di neraka." (HR Abu Daud)Suatu ketika Rasulullah saw mendatangi para sahabatnya. Saat itupara sahabat sedang bersandar pada tongkat. Ketika melihat yangdatang adalah Rasulullah saw, mereka segera berdiri tegak denganmaksud untuk menghormatinya, maka Rasulullah saw yang melihat haltersebut bersabda, "Janganlah kalian berdiri seperti yang dilakukanbangsa lain dalam menghormati satu sama lainnya." (HR Abu Daud)
***
Seseorang yang mendapatkan ketaatan yang berlebihan dari orang lain,yang lepas dari ketentuan-ketentuan Allah swt. Apapun kehendaknyaselalu dipenuhi, baik kehendak tersebut baik atau buruk. Ini padaakhirnnya dapat menjadikan seseorang kagum diri. Rasulullah sawbersabda, "Wajib atas orang Muslim untuk taat (kepada pemimpinnya),suka atau tidak suka, kecuali jika ia diperintahkan untuk berbuatmaksiat kepada Allah. Apabila seorang pemimpin memerintahkannyamelakukan maksiat, maka dia tidak boleh mematuhinya." (HR Muslim)


MuSaFiR_0102.. 5:22 AM.
*www.darulfuqaha.com


Monday, January 03, 2005

sejarah islam

Su'uzhan yaitu perkiraan atau lintasan yang berbuah menjadi penyifatan terhadaporang lain dengan segala keburukan yang menimbulkan kedukaan pada orang itutanpa disertai dengan bukti dan alasan. Dampak su'uzhan diantaranya yaituberkubang dalam berbagai kemaksiatan dan keburukan dengan dalih bahwaAllah swt tidak melihat dan tidak mengetahuinya. Firman Allah swt,"Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangkaterhadap Tuhanmu, Dia telah membinasakan kamu, maka jadilah kamutermasuk orang-orang yang merugi." (QS Fushshilat: 23)
***
Atau dia berdalih bahwa dirinya tidak akan dibangkitkan dan tidakmengakui adanya hisab. Allah swt berfirman, "Dan jika Kami merasakankepadanya sesuatu rahmat dari Kami sesudah dia ditimpa kesusahan,pastilah dia berkata, 'Ini adalah hakku dan aku tidak yakin bahwahari kiamat itu akan datang. Dan jika aku dikembalikan kepadaTuhanku, maka sesungguhnya aku akan memperoleh kebaikanpada sisi-Nya.' ... " (QS Fushshilat: 50)
***
Dampak buruk lainnya dari su'uzhan yaitu menyepelekan suatu amaldari aneka amal kebajikan yang sudah dikenal, seperti amal menjengukorang sakit, melayat jenazah, menjawab salam, memenuhi undangan,memberi nasihat, mendoakan orang yang bersin, menghormati tetanggadan amal-amal lainnya. Orang yang berburuk sangka melakukan amal-amalkebajikan seperti menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran,bersedekah, mendamaikan kedua pihak yang bermusuhan dan amal-amal lainnya karena riya' dan menginginkan suatu keuntungan.
***
Islam mengharamkan berburuk sangka kepada Allah swt, Rasulullah saw dankaum mukminin yang dikenal berperilaku shaleh, berakhlak istiqamah danhidup dengan bersih. Allah swt berfirman, "Hai orang-orang yang beriman,jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagianprasangka itu adalah dosa ... " (QS al-Hujurat: 12)Rasulullah saw bersabda, "Janganlah salah seorang di antara kamu matimelainkan dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah Ta'ala." (HR Muslim)
***
Faktor-faktor yang menyebabkan seseorang melakukan su'uzhan,diantaranya karena pengaruh lingkungan yang masyarakatnya berakhlak buruk.Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya perumpamaan berteman dengan orangyang baik dan dengan orang yang buruk adalah seperti berteman dengan penjualparfum dan peniup api pada pandai besi. Jika kamu berteman dengan penjualparfum, maka boleh jadi kamu diolesi parfum atau minimal mendapatkan bauharum darinya. Adapun jika kamu berteman dengan peniup api, makaboleh jadi bajumu terbakar atau kamu mendapatkan bau yangtidak sedap." (HR Bukhari dan Muslim)***Faktor lainnya yang menyebabkan seseorang bersu'uzhan karena melakukananeka kemaksiatan dan perbuatan buruk lainnya yang dilakukan secaraterang-terangan. Rasulullah saw bersabda, "Seluruh dosa umatku dimaafkankecuali dosa yang dilakukan secara terang-terangan. Termasuk terang-terangan ialah bila seseorang berbuat dosa pada malam hari, kemudian padapagi harinya Allah menutupinya. Dia berkata kepada orang lain, 'Hai Fulan,semalam aku melakukan perbuatan ini dan itu.'" (HR Bukhari dan Muslim)
***
Berburuk sangka akan berakibat buruk, diantaranya terjerumus ke dalamaneka kemaksiatan dan keburukan. Akibat lainnya yaitu tidak beramalkebajikan dan tidak mengamalkan ketaatan. Menjadi sasaran kebenciankebanyakan manusia. Seseorang yang diketahui telah berburuk sangka danternyata sangkaannya itu hanya sekedar tuduhan yang tidak berdasarkanbukti dan argumentasi yang kuat, maka orang yang telah berburuk sangkatersebut akan dijauhi dan dibenci oleh orang lain. Ini merupakan sunatullahyang berlaku pada makhluk-Nya. Seseorang yang berburuk akan menerimakemurkaan Allah swt. Firman Allah swt, " ... Dan barangsiapa yang ditimpaoleh kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah dia." (QS Thaha: 81)
***
Penyakit berburuk sangka dapat diobati dengan membangun akidah yangsehat dan berdiri di atas landasan berbaik sangka kepada Allah,Rasulullah dan kaum mukmin yang shaleh. Sikap berbaik sangka tersebutakan melindungi diri kita dari sikap berburuk sangka. Jika kita telahterlanjur berburuk sangka, segeralah bertobat. Meninggalkan segalamacam bentuk kemaksiatan dan melakukan berbagai amal kebajikan secaraterus menerus. Mendewasakan diri dengan berpegang teguh terhadapetika Islam dalam memutuskan persoalan dan menghukum seseorang.Diantara etika Islam tersebut adalah berpegang teguh pada aspekslahiriah dan menyerahkan urusan batiniahnya kepada Allah swt.
dipetik dari:
islamworld


MuSaFiR_0102.. 6:10 AM.
*www.darulfuqaha.com


Sunday, January 02, 2005

Kamal Ataturk Mati Hina

Kamal Ataturk Mati Hina

Kamal Ataturk Bapa Sekular Turki Menerima Penghinaan Allah Dikala MatinyaKEJAHATAN dan keganasan Kamal Ataturk menghancurkan umat Islam di Turki begitu dahsyat sekali. Sekiranya Kamal Ataturk ini lahir di zaman adanya rasul iaitu ketika wahyu masih ada, tentunya namanya akan disebut seperti Firaun, Namrud dan Abu Lahab. Keingkaran dan kejahatannya menentang Al-Quran dan Sunnah di zaman moden ini telah diabadikan dalam sejarah sepertimana terabadinya kejahatan Namrud dan Firaun yang menentang ajaran Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s. dalam Al-Quran.

Al-Quran telah menerangkan bagaimana bentuk pembalasan yang Allah telah turunkan kepada Qarun, Firaun dan Abu Lahab. Allah menghinakan mereka kerana penghinaan mereka terhadap hukurn Allah. Penghinaan ini menjadi pengajaran sepanjang zaman. Ini adalah pengajaran bagi setiap penguasa atau pemerintah berhati-hati supaya tidak mendustakan hukum Allah dan berlaku zalim. dengan kekuasaan yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T.

Cara kematian yang Allah telah datangkan kepada mereka amat tragis sekali. Mereka mati dengan cara yang aneh sekali. Contoh nya Namrud, mati kerana sakit otak akibat dimasuki oleh seekor nyamuk melalui telinganya. Setiap kali ia menjerit, doktor peribadinya memerintahkan dipukul kepalanya dengan kasut untuk mengurangkan kesakitannya. Setelah lama bergelut dengan sakratul maut, akhirnya beliau mati dalam keadaan terseksa dan terhina. Begitu juga dengan Firaun yang mati lemas di dalam laut. Jadi, tidak hairanlah kalau Kamal Ataturk turut menerima pembalasan yang sama setimpal dengan pembalasan yang diterima oleh Namrud dan Firaun.

Apa yang dideritai oleh Kamal Ataturk menjelang kematiannya tidak kurang dahsyat daripada kematian yang dihadapi oleh Namrud dan Firaun. Seperti penzalim-penzalim terdahulu, Allah tidak membiarkan mereka tanpa mendapat pembalasan ketika hidup di dunia lagi. Begitulah yang telah terjadi kepada Kamal Ataturk.

Mengikut catatan. dalam buku-buku biografinya, malah yang ditulis sendiri oleh peminat-penminatnya, Kamal telah mati akibat ketagihan arak. Tetapi penyakitnya bukan itu sahaja. Malah pelbagai sakit lain yang begitu aneh telah dihadapinya. Beliau pernah diserang dengan penyakit kelamin, malaria dan sakit buah pinggang. Tetapi secara rasminya kematiannya disebabkan sejenis penyakit limpa yang diakibatkan oleh ketagihan arak.

Walaupun beliau meninggal dunia pada 10 November 1938 tetapi beliau mula diawasi oleh seorang doktor peribadi yang mengikut ke mana sahaja ia pergi semenjak 19 Mei 1919. Sungguhpun begitu, hingga ke akhir hayatnya, Kamal Ataturk masih gemarkan maksiat. Manakala rakyatnya terus menganggap Kamal Ataturk di tahun-tahun akhirnya sebagai seorang yang penting dan kuat. Kemampuan seksnya sudah terlalu lemah kerana banyak minum arak, tetapi beliau terus memburu wanita. Walaupun pengalaman wanita yang merelakan diri mereka kepadanya mengatakan Ataturk sekadar memandikan mereka dan selepas itu beliau tertidur.

Ataturk di akhir usianya sering ke kasino dan parti, berlagak seperti orang sihat, tetapi bila pulang menjadi begitu keletihan dan kelesuan. Beliau diserang dengan penyakit radang paru-paru (pneumonia) selepas menghadiri parti tari menari buat kali terakhir di Bursa. Ada juga pakar jiwa yang mengatakan sikap Ataturk yang kuat minum (walaupun tahu itu adalah berbahaya) ialah tindakan membunuh diri. Ketika tibanya tahun 1937 telah berlaku suatu perubahan fizikal yang sangat ketara kepadanya. Beliau menjadi lebih cepat letih dan penat. Wajahnya kelihatan pucat, kuning, sering sakit kepala, demam dan cepat marah. Waktu itu beliau sangat takut tinggal keseorangan dan sangat marah bila ditinggalkan bersendirian.

Orang kanan Ataturk, Celal Bayar, mengatakan Ataturk mudah naik darah dan sering kebimbangan di akhir hayatnya. Beliau menjadi nyanyuk. Árahannya bertukar-tukar dengan sekejap masa. Kamal Ataturk juga takut kehilangan kuasa. Walaupun beliau telah memberi kepercayaan kepada Perdana Menterínya, Ismet, untuk mengendalikan urusan negara sewaktu beliau uzur, tetapi hatinya dipenuhi kebimbangan terhadap kekuasaan yang dirasakan bakal hilang. Waktu itu beliau selalu mengeluh kebosanan dan merasakan dirinya terpenjara. Kulit di tubuh badannya berkedut dengan cepat dan díganggu pula oleh penyakit gatal-gatal. Doktor-doktor sudah memberi bermacarn-macam krim untuk disapu pada kakinya yang sudah calar balar dan luka-luka kerana digaru oleh kukunya.

Walaupun begitu beliau masih angkuh. Di akhir-akhir hayatnya iaitu ketika menderita sakratulmaut, beliau dibawa ke tengah laut dengan botnya. Tetapi bila diangkat ke darat, beliau tidak mahu baring di atas stretcher kerana tidak mahu orang lain tahu beliau telah lemah. Sebelum tiba saat matinya, ia telah dibelasah habis-habisan oleh berbagai bala yang ditimpakan Allah. Beliau rasa terlalu tidak berdaya, demam, kulit kekuningan, gatal gatal, darah tinggi, luka-luka pada saluran darah di hati, urat saraf di bahagian perut membengkak, pendarahan dalam tubuh, urat-urat timbul dan bengkak-bengkak. Menjelang musim panas tahun 1938, seluruh badannya tidak berfungsi lagi.

Keadaan tetap tidak berubah walaupun doktor pakar didatangkan dari Peranchis. Doktor pakar mengalami masalah mengubatnya kerana Kamal Ataturk terlalu degil untuk mematuhi arahan mereka supaya tidak minum arak. Penyakit-penyakit yang dideritainya menyebabkan terkumpulnya cecair di perut, buah zakar dan zakarnya. Rupa Kamal Ataturk menjadi hodoh dan mengerikan. Bahagian perutnya bengkak, ototnya kendur dan beliau mengadu sukar untuk bernafas. Beliau berasa sangat panas walaupun ketulan-ketulan ais dilekapkan ke badannya. Malah bomba dipanggil untuk memancutkan air pada dinding biliknya. la minta dipindahkan dari bot besarnya, Savarona, untuk menyejukkan badannya yang sangat kepanasan. Tetapi bila dipindahkan ke istana, beliau berasa bertambah panas. Hal ini telah dinyatakan oleh Lord Kinross: "But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen came to spray water on the outside walls of Ataturk bedroom".

Walaupun sewaktu masih kuat Kamal Ataturk sangat antikan "ubat-ubat kampung" (Tradisional) dan jampi-jampi yang menurutnya tidak moden, tetapi akhirnya beliau sendiri meminta supaya diubat dengan cara jampi setelah ubat moden tidak dapat mengubat penyakitnya. Ini satu tamparan kepada sikapnya yang anti kerohanian dan selalu menganggap bahawa itu adalah ajaran kolot. Bila penyakitnya bertambah kronik, beliau tidak dapat menahan diri daripada terjerit-jerit. Bila jerit-pekik Ataturk menahan seksanya semakin kuat (hingga kedengaran ke kawasan sekeliling), beliau dipindahkan ke tengah laut dalam sebuah bot besar.

Beliau melalak-lalak kesakitan dalam sakratulmautnya dengan penuh azab di tengah-tengah laut. Pada 29 September 1938 Kamal Ataturk mengalami koma selama 48 jam. Pada 9 November, beliau mengalami koma kali kedua. Dan sewaktu itulah air dalam perutnya disedut keluar. Beliau kemudiannya tidak sedarkan diri selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia. Cara kematiannya begitu menghinakan sekali. Begitu juga selepas kematiannya. Mayatnya diperlakukan dengan begitu hina sekali. Ia TIDAK dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan dengan secepat mungkin seperti yang dituntut oleh ajaran Islam.

Tetapi sebaliknya, mayatnya diAWETkan dan diletakan di ruang takhta di Istana Dolmabahce selama 9 hari 9 malam. Selepas 9 hari, barulah mayatnya disembahyangkan, itupun setelah didesak oleh seorang adik perempuannya. Kemudian mayatnya telah dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di hadapan Grand National Assembly Building.

Pada 21 November, dipindahkan pula ke sebuah tempat sementara di Muzium Etnografi di Ankara yang berhampiran Dewan Rakyat. Lima belas tahun kemudian iaitu pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit di Ankara. Mayat Ataturk tidak pernah dikebumikan. Sebenarnya, MAYAT ATTATURK TIDAK DITERIMA OLEH BUMI. Oleh sebab itu mayatnya tidak dapat dikebumikan. Tiada tanah yang layak untuk menjadi kuburnya. Akhirnya sebuah lembaga khusus ditubuhkan untuk menangani masalah ini. Lembaga itu telah memilih Bukit Rasattepe di Ankara untuk menempatkan batu marmar seberat 44 tan di bahagian atas sementara mayat Kamal Ataturk ditempatkan di bahagian bawah binaan dua tingkat itu.

Tetapi untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong Ataturk menyifatkan hal itu sebagai gambaran betapa rakyat Turki masih mengharapkan "kepulangannya" kerana tidak mahu menghempap badannya dengan batu marmar tersebut. SEBENARNYA MAYAT ATTATURK DIMUNTAHKAN SEMULA OLEH BUMI setiap kali hendak dikebumikan. Inilah akibat menentang kebenaran. Kebenaran itu dari Allah. Sesiapa yang menentang Allah akan musnah.. Musnah mengikut cara yang kadangkala tidak terfikir oleh manusia.

Apa yang menimpa Kamal Ataturk masih ringan jika dibandingkan dengan nasib penentang kebenaran yang terdahulu. Kerana kebenaran yang ditentang oleh Kamal Ataturk di zamannya bukanlah kebenaran yang dijanjikan seperti yang ditentang oleh Firaun, Namrud atau Abu Lahab. Kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah kebenaran yang dijanjikan oleh Allah. Oleh sebab itulah, Namrud, Firaun dan Abu Lahab menerima padah yang begitu dahsyat sekali. Mujurlah kebenaran yang ditentang oleh Kamal Ataturk bukan kebenaran yang dijanjikan. Jika tidak, nasibnya akan lebih parah lagi.

Kalau ditakdirkan beliau menentang kebenaran yang dijanjikan, beliau akan mendapat pembalasan atas dua sebab, sebagaimana nasib yang menimpa Firaun dan Narnrud. Pertama, kerana mereka zalim. Kedua, kerana kebenaran yang mereka tentang adalah kebenaran yang dijanjikan. Sedangkan Kamal Ataturk dihukum hanya kerana Satu sebab sahaja iaitu zalim. Hal ini sesungguhnya satu peringatan yang mesti kita pandang serius disebabkan kita hidup di zaman kebenaran yang dijanjikan. Sesiapa yang menentang kebenaran di Timur "zon kebenaran yang dijanjikan" ini akan menerima nasib yang lebih parah daripada apa yang menimpa Kamal Ataturk. Mungkin bala yang menimpa lebih dahsyat daripada apa yang telah menimpa Namrud, Firaun dan Abu Lahab. Cuma kita tidak tahu bagaimana bentuk penghinaan itu.

Zaman ini berbeza dengan zaman Kamal Ataturk. Kamal hidup bukan di awal kurun, iaitu ketika tidak dijanjikan datangnya seorang mujaddid yang membawa kebenaran yang dijanjikan. Tetapi kini kita hidup di awal kurun ke-15 Hijrah, iaitu di zaman seorang mujaddid muncul membawa kebenaran yang dijanjikan. Justeru itu penentang kebenaran yang dijanjikan kali ini akan Allah balas atas DUA SEBAB, iaitu KERANA ZALIM dan KERANA MENENTANG KEBENARAN YANG DIJANJIKAN.

Jadi, bayangkanlah betapa BURUKNYA NASIB penentang kebenaran kali ini. Era keganasan Kamal Aartuk kebetulan berlaku bukan di awal kurun (mengikut kurun Hijrah) iaitu pada tahun 1920-an hinga 1930-an. Ertinya, Kamal Ataturk hanya menentang kebenaran bertaraf "biasa" bukan kebenaran yang dijanjikan seperti yang dibawa oleh seorang Mujaddid. Zaman Kamal Ataturk juga tidak dijanjikan Islam akan bangkit dalam bentuk yang lebih global iaitu di tahap ummah seperti yang dijanjikan, oleh Allah pada zaman ini.

Oleh sebab itu Allah izinkan juga Kamal Ataturk berjaya mencapai cita-citanya. Matlamatnya hendak menjadikan Turki sebuah REPUBLIK SEKULAR dengan MENAFIKAN ISLAM sebagai "WAY OF life" dalam amalan masyarakat dan perlembagaan negara telah tercapai. Walaupun begitu, Kamal Ataturk tetap menderita dan telah menerima pembalasan kerana kezalimannya. Allah tidak akan membiarkan manusia yang menzalimi manusia lain hidup tanpa pembalasan sebelum tamat riwayatnya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Dua dosa yang Allah segerakan pembalasannya, iaitu dosa kepada ibu bapa dan penzaliman ke atas manusia lain." Justeru itu Kamal Ataturk dimatikan dalam keadaan yang begitu terhina sekali. Beliau mati membawa nama yang begitu jijik sekali. Bukan sahaja orang yang baik-baik tidak menyebut namanya dengan nama terhormat malah orang-orang jahat pun sudah melupakan dirinya.

Tetapi siapa yang menentang kebenaran di awal kurun ke-15 Hijrah ini, iaitu di zaman kebenaran yang dijanjikan, beliau tidak akan berjaya. Musuh Islam setaraf atau lebih jahat daripada Kamal Ataturk sekalipun, tidak akan dapat menyekat kebenaran ini. Padah yang bakal diterima akan lebih dahsyat daripada Kamal Ataturk. Mungkin selain daripada mati dalam keadaan paling menghinakan (sama seperti Ataturk), perjuangannya, pun tidak akan berjaya. Ertinya, nasib penentang kebenaran yaang dijanjikan zaman ini akan dua kali lebih malang daripada Kamal Ataturk.

dipetik dari

www.surau.ladang.net

Di susun oleh: Umat Prihatin - 13.11.2002



MuSaFiR_0102.. 6:58 AM.
*www.darulfuqaha.com


MUTIARA HADIS..

Kelebihan Solat Dhuha :
Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh berjamaah, seterusnya duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbit mentari, kemudian dia menunaikan solat dua rakaat (solat Dhuha), baginya ganjaran seperti ganjaran satu haji dan satu umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna!
Hadis riwayat Tirmizi

MA ROKYUUKOM??

ARTIKEL TERBARU

  • KULIAH DHUHA siri 1 sesi 2009 "3jan09"
  • SALAH TAFSIR
  • JUS KESIHATAN " d'hatiku "
  • SAKIT PINGGANG
  • KULIAH MUSLIMAT DI MASJID AL-FALAH
  • AKU TERKESIMA
  • CONTENG-CONTENG MUSAFIR
  • KEMALANGAN
  • PERSANDINGAN
  • CONTENG- CONTENG MUSAFIR
  • ARCHIVES...


  • August 2004
  • September 2004
  • October 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • March 2005
  • July 2005
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • June 2006
  • July 2006
  • September 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • October 2007
  • December 2008
  • January 2009
  • Current Posts
  • HALWA TELINGA

    USTAZ MOHD KHAIRUDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

    fiqh di masjid KLCC



    MAAL HIJRAH


    *dengar lagi

    SAHABAT

    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *

    INFO ISLAM

    [`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
    [`] ::. JAKIM
    [`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
    [`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
    [`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
    [`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
    [`] ::. Ust Shauqi Othman
    [`] ::. Ust Hasrizal
    [`] ::. Ust Zaharuddin
    [`] ::. al-ahkam on-line
    [`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
    [`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
    [`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
    [`] ::. UKHWAH.COM
    [`] ::. SURAU LADANG
    [`] ::. E-BOOK
    [`] ::. SURAU FABER2

    MAKLUMAT UMUM

    [`] ::. utusan
    [`] ::. berita harian
    [`] ::. metro ahad
    [`] ::. new straits times
    [`] ::. aljazeera
    [`] ::. AkHbAr MaGrIbI
    [`] ::. TeRaS_MeLaYu
    [`] ::. utusan melayu
    [`] ::. harakah daily
    [`] ::. ABC news
    [`] ::. BBC news
    [`] ::. CNN
    [`] ::. GOOGLE news
    [`] ::. harakah

    POLITICIAN BLOGGER

    [`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
    [`] ::. DATO' KADIR JASIN
    [`] ::. TUN DR MAHATHIR
    [`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
    [`] ::. ROSLAN SMS
    [`] ::. LIM KIT SIANG
    [`] ::. KASIM AHMAD
    [`] ::. RONNIE LIU
    [`] ::. ANWAR IBRAHIM
    [`] ::. MARINA MAHATHIR
    [`] ::. HUSAM MUSA
    [`] ::. PENARIK BECA
    [`] ::. TARMIZI MAT JAM
    [`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
    [`] ::. SANG KELEMBAI
    [`] ::. FATHI ARIS

    VIDEO & AUDIO

    BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
    BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
    * ISLAMIC BOOK ONLINE
    * NOVEL "PUAKA"
    * Video-Kuliah Dhuha
    * Video-Kisah Nabi1
    * Video-Kisah Nabi2
    * Video-Kisah Nabi3
    * Video-Kisah Nabi4
    * Video-Kisah Nabi5
    * Video-Kisah Nabi6
    * Video-Tafsir Baqarah;5-6
    * youtube