![]() |
|
Monday, December 22, 2008 * hari nih dah mula bekerja, tapi badan kurang sihat sikit, batuk-batuk. dari semalam da..tapi dalam duk sakit-sakit pon, aku turun padang juga main bola...tak leh lepas peluang, main tetap main, sakit blakang kira. sakit pon rahmah dari tuhan. dah baehari-hari aku diberi kesihatan, takkan sakit sikit pon nak mengeluh kan?btol tak? * 2hari lepas aku ke melaka, sahabat aku kawen..wah! bahagia betul sahabat aku sorang nih! mase akad nikah bukan main ketar lagi, diam membisu, lepas selesaia je, senyum-senyum, tersengaih-sengih macam kerang busuk..hahhahahaha..cam dunia die yang punya daa, maklumlah dah nak mengecapi "syurga dunia"..heheh, aku lak bila ye, hmm..tunggu je laah, da jodoh, naik pelamin gak nya nanti, tak gitu sahabat-sahabatku? apa-apa pun tahniah n slamat pengantin baru buat sahabat ku noralias baharom. * melaka bandar bersejarah, hmm..masa pergi ke melaka hari tuh sempat gak aku melawat kota A Farmosa, tapi skadar gi macam tuh je, nak bergambar pon tak teruja sangat. aku pon bukannya nak pergi sanagat tempat tuh, kebetulan temankan pengatin kita nih bergambar kenangan ngn pasangan beliau. tuh pon lepas bergambar tak sabar-sabar nak balik..hahhahah * pengalaman semalam jadikan sepagai panduan untuk kita menghadapi masa-masa mendatang, seminit yang berlalu merupakan sejarah hidup kita, samada ianya pahit atau manis, walau masam skali pon ia telah berlalu, tdak akan kembali walaupon sesaat. jadi, hargailah mase-mase kita semua dengan perkara berfaedah, ape-apepon, saat-saat yang berlalu ini juga bakal mematangkan kehidupan kita. * sabtu malam yang lepas aku, muhaimin, aboh, muasad, kamil, charif arab n ust romza berkumpul. tak sangka dapat bertemu n berkumpul macam tu, semuanya bekas plajar morocco, bersembang panjang lee, kejap-kejap bahasa arab, kejap-kejap melayu. pelik lak pekerja-pekerja n pelanggan situ, mane taknye, dah sembang bahasa yang dorang tak faham, siap gelak-gelak lagi..hahahha, apa-pon itulah kelebihannya bila kita mampu menguasai bahasa bangsa lain, aku bersyukur kerana masih mampu bercakap arab walaupon terkontang kanting cari perkataan dalm kotak memori nih, kesian lak aku tengok ustz romza, nak bercakap arab tapi terkontang kanting kerana dah lame tak guna bhasa arab, die merupakan diantara pelajar pertama yang mendapat tajaan belajar di morocco, tetapi aku simpati melihat nasib hidupnya, moga-moga ALLAH membantunya dan kami dlam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar ini. MuSaFiR_0102.. 11:37 AM.
*www.darulfuqaha.com |
MUTIARA HADIS.. Kelebihan Solat Dhuha : MA ROKYUUKOM?? ARTIKEL TERBARU
ARCHIVES...
|
|