![]() |
|
Wednesday, December 17, 2008 ![]() Buku bertajuk "120 Persoalan Praktikal Solat Jamak dan Qasar" tulisan Ust Zulkarnain Dollah dan ust Azhar Yahya terbitan Lakhauf Management Services sangat menarik untuk dibaca dan dimiliki terutama bagi mereka yang selalu bermusafir. layari: www.darulfuqaha.comSebanyak 120 persoalan berkaitan dengan solat jamak dan qasar dibentang oleh 2 penulis muda ini dengan merujuk kepada pendapat dalam pelbagai mazhab. Antara persoalan menarik yang dibicarakan ialah cara menentukan "sempadan qaryah" bagi orang yang baru keluar "qaryah"nya dan mahu memulakan perjalanannya, bolehkah qasar bagi perjalanan kerana perkara maksiat, hukum mengikut imam yang melakukan solat "tamam", bagaimana sekiranya imam yang diikuti oleh seorang musafir melakukan solat "tamam" sedangkan si musafir telah berniat qasar ketika takbiratul ihram, menqada' solat yang ditinggalkkan ketika musafir pada waktu bermuqim, adakah wujud solat sunat qabliyyah dan ba`diyyah ketika jama', adakah balik kampung asal dikira bermusafir , bolehkah menghimpunkan solat Jumaat dengan asar, jama` ketika sakit, jama` bagi orang yang yang bertugas sebagai pegawai keselamatan, pegawai perubatan dan pegawai pilihanraya dan pelbagai lagi soalan praktikal yang tentu sahaja selalu menghantui benak si musafir. Dapatkan buku tersebut daripada Pustaka Fuqaha dengan menghubungi :- 03 89266092 (yati atau liza) atau sms nama dan alamat serta tajuk buku ke 0192677703 p/s: selamat membeli dan membaca MuSaFiR_0102.. 5:48 PM.
*www.darulfuqaha.com |
MUTIARA HADIS.. Kelebihan Solat Dhuha : MA ROKYUUKOM?? ARTIKEL TERBARU
ARCHIVES...
|
|