Monday, December 22, 2008

AKU TERKESIMA

aku terkesima sejenak, berfikir itu, berfikir ini, terutamanya mengenai tanggugjawab aku sebagai seorang lelaki. termenung seketika selepas membaca artikel di iluvislam.com. sudah alama aku tidak menjengah web berkenaan, banyak artikel-artikel menarik. dan dalam banyak banyak artikal menarik itu, ada 1 tajuk yang memang menarik perhatianku "aku & kau berbeza".

tajuknya hanya hanya biasa tetapi isi luar biasa, bila kau membacanya barulah aku tersedar dari lamunan panjangku berkenaan tanggungjawab aku sebagai seorang lelaki. seorang anak pada ibu dan ayahnya, seorang abang kepada adik perempuannya, seorang adik kepada kakaknya. begitu besar tanggung jawabnya. bukannya aku tidak tahu, aku tahu. tetapi sedikit terlena dengan kelekaan dunia. alhamdulillah artikel itu sedikit sebanyak telah mengejut diri dari lena yang panjang. insyaALLAH aku akan lebih menitikberatkan mengenai tanggungjawabku.

aku masih mempunyai 7orang adik perempuan yang perlu diberi bimbingan dalam soal agama khususnya.mereka yang kini sedang meningkat remaja sudah tentu menjadi satu cabaran yang hebat yang perlu aku tempuhi. aku perlu menggunakan peluang ini sebaiknya sebelum satu lagi tangungjawab yang besar datang memberatiku, sudah pasti tangungjawabku itu akan sedikit sebanyak mengurangkan perhatianku terhadap adik-adikku nanti.

terdahulu, aku juga pernah terlena panjang. tetapi seorang insan telah menyedarkanku dari lena yang panjang itu. sebelum itu aku dah menyedari akan kesilapanku, tetapi kekuatan untuk membaiki kesilapan itu tidak kuat. tidak utuh kerana mungkin sifat bersahaja aku dan juga mungkin sifat "tak mengapa" yang aku miliki itu. apa-apapun terima kasih sahabat kerana teguranmu itu betul-betul menguatkan semangatku untuk aku perbetulkan kesilapanku. jasamu tetapku kenang.

yang akhirnya aku "paste"kan artikel yang aku baca di iluvislam untuk tatapan semua
www.iluvislam.com

Aku dan Kau berbeza
www.iluvislam.com
santapanrohani
Editor: lailatulema

LELAKI


Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya

eorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.




sumber:-
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1296


MuSaFiR_0102.. 2:52 PM.
*www.darulfuqaha.com


MUTIARA HADIS..

Kelebihan Solat Dhuha :
Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh berjamaah, seterusnya duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbit mentari, kemudian dia menunaikan solat dua rakaat (solat Dhuha), baginya ganjaran seperti ganjaran satu haji dan satu umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna!
Hadis riwayat Tirmizi

MA ROKYUUKOM??

ARTIKEL TERBARU

  • CONTENG-CONTENG MUSAFIR
  • KEMALANGAN
  • PERSANDINGAN
  • CONTENG- CONTENG MUSAFIR
  • ADAKAH MATLAMAT MENGHALALKAN CARA???!!
  • Buku "120 Persoalan Jama` Qasar
  • permulaan kut
  • ABANG PELAKON TIDAK BERSETUJU PEMBERIAN HARTA
  • FORUM ISRAK MIKRAJ DI DARUL FUQAHA
  • conteng conteng musafir..
  • ARCHIVES...


  • August 2004
  • September 2004
  • October 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • March 2005
  • July 2005
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • June 2006
  • July 2006
  • September 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • October 2007
  • December 2008
  • January 2009
  • HALWA TELINGA

    USTAZ MOHD KHAIRUDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

    fiqh di masjid KLCC



    MAAL HIJRAH


    *dengar lagi

    SAHABAT

    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *

    INFO ISLAM

    [`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
    [`] ::. JAKIM
    [`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
    [`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
    [`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
    [`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
    [`] ::. Ust Shauqi Othman
    [`] ::. Ust Hasrizal
    [`] ::. Ust Zaharuddin
    [`] ::. al-ahkam on-line
    [`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
    [`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
    [`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
    [`] ::. UKHWAH.COM
    [`] ::. SURAU LADANG
    [`] ::. E-BOOK
    [`] ::. SURAU FABER2

    MAKLUMAT UMUM

    [`] ::. utusan
    [`] ::. berita harian
    [`] ::. metro ahad
    [`] ::. new straits times
    [`] ::. aljazeera
    [`] ::. AkHbAr MaGrIbI
    [`] ::. TeRaS_MeLaYu
    [`] ::. utusan melayu
    [`] ::. harakah daily
    [`] ::. ABC news
    [`] ::. BBC news
    [`] ::. CNN
    [`] ::. GOOGLE news
    [`] ::. harakah

    POLITICIAN BLOGGER

    [`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
    [`] ::. DATO' KADIR JASIN
    [`] ::. TUN DR MAHATHIR
    [`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
    [`] ::. ROSLAN SMS
    [`] ::. LIM KIT SIANG
    [`] ::. KASIM AHMAD
    [`] ::. RONNIE LIU
    [`] ::. ANWAR IBRAHIM
    [`] ::. MARINA MAHATHIR
    [`] ::. HUSAM MUSA
    [`] ::. PENARIK BECA
    [`] ::. TARMIZI MAT JAM
    [`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
    [`] ::. SANG KELEMBAI
    [`] ::. FATHI ARIS

    VIDEO & AUDIO

    BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
    BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
    * ISLAMIC BOOK ONLINE
    * NOVEL "PUAKA"
    * Video-Kuliah Dhuha
    * Video-Kisah Nabi1
    * Video-Kisah Nabi2
    * Video-Kisah Nabi3
    * Video-Kisah Nabi4
    * Video-Kisah Nabi5
    * Video-Kisah Nabi6
    * Video-Tafsir Baqarah;5-6
    * youtube