Saturday, July 09, 2005


PERBANDINGAN DUA NEGARA



Ada 2 negara yang diperintah oleh dua kerajaan. Negara pertama diperintah oleh seorang raja yang warak, alim dan adil. Baginda mempunyai sistem pemerintahan yang benar-benar belrlandaskan ajaran Allah yang suci - Islam. Visi dan misi ialah ketaatan kepada Allah dan Rasul demi kesejahteraan umat dunia dan akhirat. Berpaksikan hukum Allah dan sunnah Rasul, baginda membina empayarnya dengan saksama; dibantu oleh barisan menteri yang celik agama dan politik kenegaraan serta mempunyai prinsip yang teguh 'menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar'. Dari segi pelaksanaan undang-undang, mereka berpegang pada 'kami dengar dan kami patuh'. Ini bermakna apa jua arahan dari pihak raja akan mereka laksanakan sebaik mungkin asalkan semua arahan itu tidak menyempang dari agama Islam.

Saban siang, kesemua mereka menjalankan urusan pemerintahan dengan bersungguh-sungguh kerana menyedari bahawa mereka dipikulkan dengan satu tanggungjawab yang amat berat iaitu sebagai khalifah Allah di muka bumi. Mereka bertanggungjawab di atas apa jua tindakan yang dilakukan. Kepentingan sendiri mereka ketepi kerana mengutamakan hak dan kepentingan rakyat jelata. Oleh sebab Sang Raja mempunyai stail pentadbiran yang benar-benar telus dan lurus, maka kesemua barisan menteri, kakitangan awam dan juga swasta serta rakyat amnya memberikan sokongan padu menjayakan segala projek kerajaan sehingga negaranya sangat dihormati kerana kejayaan yang amat cemerlang dalam semua aspek kehidupan sama ada berbentuk ukhrawi atau duniawi. Kesemua tenaga kerja menyumbang ke arah menjayakan negara Islam sehinggakan doktor, peguam, peniaga, guru, arkitek, engineer, pegawai kerajaan dan lain-lain pekerja bersatu dalam menyempurnakan aspirasi Islam.

Pada malamnya pula, raja dan para menteri bangun mengerjakan solat tahajjud, meminta istighfar dan petunjuk dari Allah dalam menjalankan tugas yang dipikulkan ke atas mereka. Siang mereka bersama manusia, malamnya bersama Allah Pencipta sekalian alam.

Kejayaan dan kecemerlangan negara amat terserlah. Yang kaya menjadi bank kepada yang miskin, yang kuat menjadi pelindung yang lemah, yang mulia menjadi naungan kepada yang hina dan yang alim menjadi pemimpin yang jahil. Etika sosial begini menjadi asas kepada kejayaan negara keseluruhan. Pembangunan berjalan dengan pesat meskipun tiada projek mega yang membeban rakyat. Taraf pendidikan begitu maju dengan menekankan aspek fardhu 'ain terlebih dulu sebelum fardhu kifayah. Dalam bidang sosial pula, tidak terdapat golongan manusia yang bertuhankan kebendaan. Masalah jenayah, maksiat dan budaya lepak hampir tiada. Kecurian, penzinaan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa hampir tidak wujud di dalam kamus mereka. Pasukan polis dan askar amat mudah menjalankan tugas. Begitu juga dalam bidang ekonomi, negara menjadi kaya walaupun tidak mengamalkan sistem riba'.

Pendekata, berkat ketaqwaan dan kepatuhan kepada Allah, negara ini menjadi contoh teladan kepada negara lain seantero dunia. Allah meredhai pemerintahan raja yang menjadikan dirinya sebagai role model pemimpin yang adil. Sebagai balasan, negaranya berkat dan mendapat pengampunan dan keredhaan Allah 'Baldatun Thaiibatun Wa Rabbun Ghafur' - negara yang baik dan berkat serta mendapat pengampunan Allah. Raja negara ini berjaya membawa rakyat ke mercu kejayaan dunia dan akhirat.

Sebuah negara lagi adalah sebaliknya. Mempunyai pemerintah yang zalim. Menteri-menterinya juga ikut zalim dan rakus kuasa. Sesiapa saja yang cuba mendirikan keadilan akan dihukum dan tidak sesuai berada di dalam barisan menterinya. Harta negara dibahagi sesama mereka tanpa mempeduli hak rakyat jelata. Hak dan harta rakyat menjadi hak mereka diambil dengan sewenang. Kebajikan rakyat dan orang bawahan tidak dijaga baik, sebaliknya pendokong kerajaan dan juga para korporatnya begitu ditatang seperti menatang minyak penuh. Nama baik negara dijaga dari pandangan antarabangsa meskipun tidak diperkenan oleh rakyat jelata. Projek mewah yang langsung tiada kaitan dengan kepentingan orang bawahan begitu serius dijaga; sehingga mengorbankan kepentingan jelata.

Oleh sebab prioriti adalah untuk menegakkan ekonomi negara, maka soal lain menjadi perkara kedua yang tidak begitu penting dan tidak diberikan keutamaan. Sikap pemimpin ini menjadi ikutan orang bawah. Akhirnya matlamat hidup sebagai hamba Allah kian pupus. Manusia hidup untuk benda. Para korporat dibela. Rakyat jelata yang menaikkan mereka dibiarkan saja. Agama katanya masalah peribadi. Lahirlah satu generasi rakyat yang kosong jiwa walaupun kaya harta. Kerana mengejar benda, manusia lari dari Allah, tidak lagi melakukan solat 5 waktu. Amar makruf dan nahi mungkar tidak lagi jadi pegangan. Surau dan masjid semakin terpinggir walaupun tersergam dibina macam istana. Masjid dihias dan diceria tapi ke mana pergi jemaahnya? Yang dewasa mula longgar agama. Anak-anak mereka tidak dijaga. Larilah mereka dari rumah menurut rakan sebaya. Budaya mereka berpoya-poya. Amal ibadat jadi persenda. Ulama dan nabi dikatakan tipu daya.

Orang kaya semakin mengada, orang miskin pula kian melata. Kepada siapa ingin mengadu? Sang Menteri tidak ambil tahu. Orang ramai semakin menderita. Dunia mereka tidak dijaga. Akhirat pula dipandang hina. Akhirnya rugilah mereka kedua-dua. Sang Menteri tidak peduli apa berlaku pada remaja. Ramai melepak tak tentu hala. Pegangan agama tidak diambil kira. Sang Ulama dan Nabi dipandang hina. Tindakan mereka menjemput bala. Negara menuju saat kehancuran. Tapi menteri masih mendabik dada kononnya mereka membawa negara ke mercu jaya.

Benar sekali kata hukama, barangsiapa mengejar dunia, dunia akan terus lari. tetapi barangsiapa yang mengejar akhirat, mereka akan perolehi keduanya.



MORAL & IKTIBAR



# Kejayaan sesebuah negara banyak bergantung kepada corak kepimpinannya.
# Pemimpin yang berjiwa Islam membawa rakyatnya ke mercu kejayaan. Sebaliknya pemimpin sekular terlalu mementingkan kekayaan dunia hingga melupakan bahagian akhirat yang kekal. Mereka sesat lagi menyesatkan.
# Pemimpin Islam sentiasa bergantung kepada Allah tetapi pemimpin sekular kuat pergantungannya dengan kemajuan ekonomi. Mereka percaya jika ekonomi kukuh, segala yang lain akan turut maju. Sikap begini boleh menjerumus atau membawa rakyat ke lembah syirik. Menganggap selain Allah memberi manfaat atau mendatangkan mudharat boleh membawa pada syirik.
# Ideologi yang tidak memberikan penekanan kepada Islam adalah sesat.
# Mana-mana raja atau pemimpin yang adil akan mendapat keredhaan Allah pada hari kiamat. Manakala pemimpin yang zalim akan dihumban ke neraka untuk menerima balasan yang setimpal dengan kezalimannya.
# Sebagai rakyat, kita wajib memberi sokongan padu kepada raja yang adil. Menyokong pemimpin yang zalim adalah haram. Memberikan sokongan kepada mereka bererti bersekongkol atau bersekutu dalam melakukan kezaliman.
# Di akhirat kita akan bersama dengan orang yang kita sayangi atau sokongi. Jika pemimpin zalim yang kita sokong masuk neraka, kita juga akan turut dimasukkan ke neraka, wal'auzubillah. Oleh itu sokonglah dan sayangilah pemimpin Islam yang berjuang menegak atau mendaulatkan agama Islam. Jika mereka masuk syurga, insyallah kita juga akan dimasukkan ke syurga. Kita bersama dengan orang yang kita sayangi.
# Amar makruf dan nahi mungkar merupakan asas kebahagiaan dan keselamatan sesebuah negara.
# Ulama adalah pewaris Nabi. Menyayangi ulama bererti menyayangi nabi. Membenci ulama jelas menunjukkan kebencian kepada nabi.
# Seseorang yang arif dan alim (tahu) dalam satu bidang keagamaan boleh dianggap ulama dalam bidang tersebut dan perlu dihormati. Tidak semestinya alim dalam kesemua bidang agama diiktiraf ulama. Mereka yang alim dalam satu perkara pun dimuliakan Allah betapa pula yang alim dalam banyak urusan agama. Siapalah kita untuk mempertikai kewibawaan ulama terutama ulama' muktabar seperti Imam Shafei atau Imam Ghazali.
# Raja adil perlu disanjung, raja zalim mesti disanggah.
# Berbahagialah sesebuah negara di mana umara' (pemimpin)nya menjadikan ulama sebagai penasihat. Tetapi amat malang sekali jika ulamanya pula mengikut telunjuk umara'nya. Ulama' begini dikategorikan sebagai ulama' suu' (ulama' jahat yang menjual agama untuk mendapat habuan dunia).
# Hidup adalah perjuangan untuk menegakkan syariat Islam. Inilah wawasan umat Islam.
# Pemimpin yang sombong dan ujub tidak layak menjadi pemimpin orang-orang Islam. Sesebuah negara ibarat sebuah kapal yang sarat dengan penumpang manakala rajanya adalah jurumudi. Jurumudi yang mahir akan berjaya mengemudikan kapal ke tanah darat dengan selamat. Manakala jurumudi yang mabuk dan gila akan menyebabkan kapal terbalik dan membahayakan keselamatan penumpangnya.

rujukan:"http://www.geocities.com/Athens/Parthenon/5352/"
-home page kasim yusoff


MuSaFiR_0102.. 12:17 PM.
*www.darulfuqaha.com


MUTIARA HADIS..

Kelebihan Solat Dhuha :
Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh berjamaah, seterusnya duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbit mentari, kemudian dia menunaikan solat dua rakaat (solat Dhuha), baginya ganjaran seperti ganjaran satu haji dan satu umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna!
Hadis riwayat Tirmizi

MA ROKYUUKOM??

ARTIKEL TERBARU

  • RELEK RELEK.....pekabo semua???..lame dok beredit ...
  • PENGORBANAN TULUS MURNI
  • SYARAT UTAMA BAGI ORANG YANG MASUK ISLAM
  • Abu Bakar dipenjara 30 bulan
  • ZAMAN LOGAM
  • ZAMAN NEOLITIK
  • SEJARAHZAMAN MESOLITIK PengenalanZaman Mesolitik j...
  • ari ni ari jumaat...tak der ape nak di buat...mada...
  • MOROCO
  • ARCHIVES...


  • August 2004
  • September 2004
  • October 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • March 2005
  • July 2005
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • June 2006
  • July 2006
  • September 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • October 2007
  • December 2008
  • January 2009
  • HALWA TELINGA

    USTAZ MOHD KHAIRUDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

    fiqh di masjid KLCC



    MAAL HIJRAH


    *dengar lagi

    SAHABAT

    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *

    INFO ISLAM

    [`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
    [`] ::. JAKIM
    [`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
    [`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
    [`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
    [`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
    [`] ::. Ust Shauqi Othman
    [`] ::. Ust Hasrizal
    [`] ::. Ust Zaharuddin
    [`] ::. al-ahkam on-line
    [`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
    [`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
    [`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
    [`] ::. UKHWAH.COM
    [`] ::. SURAU LADANG
    [`] ::. E-BOOK
    [`] ::. SURAU FABER2

    MAKLUMAT UMUM

    [`] ::. utusan
    [`] ::. berita harian
    [`] ::. metro ahad
    [`] ::. new straits times
    [`] ::. aljazeera
    [`] ::. AkHbAr MaGrIbI
    [`] ::. TeRaS_MeLaYu
    [`] ::. utusan melayu
    [`] ::. harakah daily
    [`] ::. ABC news
    [`] ::. BBC news
    [`] ::. CNN
    [`] ::. GOOGLE news
    [`] ::. harakah

    POLITICIAN BLOGGER

    [`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
    [`] ::. DATO' KADIR JASIN
    [`] ::. TUN DR MAHATHIR
    [`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
    [`] ::. ROSLAN SMS
    [`] ::. LIM KIT SIANG
    [`] ::. KASIM AHMAD
    [`] ::. RONNIE LIU
    [`] ::. ANWAR IBRAHIM
    [`] ::. MARINA MAHATHIR
    [`] ::. HUSAM MUSA
    [`] ::. PENARIK BECA
    [`] ::. TARMIZI MAT JAM
    [`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
    [`] ::. SANG KELEMBAI
    [`] ::. FATHI ARIS

    VIDEO & AUDIO

    BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
    BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
    * ISLAMIC BOOK ONLINE
    * NOVEL "PUAKA"
    * Video-Kuliah Dhuha
    * Video-Kisah Nabi1
    * Video-Kisah Nabi2
    * Video-Kisah Nabi3
    * Video-Kisah Nabi4
    * Video-Kisah Nabi5
    * Video-Kisah Nabi6
    * Video-Tafsir Baqarah;5-6
    * youtube