![]() |
|
Saturday, October 29, 2005 ![]() PUKAU 'TEWAS' DENGAN KALAMULLAH (siri 1) Oleh: ZUARIDA MOHYIN AMINAH (bukan nama sebenar) ketika pulang ke pejabat selepas membeli makanan di gerai berdekatan telah ditegur oleh seorang wanita, bertanyakan waktu sambil tangannya menyentuh bahu Aminah. Selang beberapa minit, Aminah dalam keadaan terpinga-pinga menyedari barang kemas, wang tunai serta makanan yang baru dibeli tadi hilang bersama-sama wanita itu. Akui Aminah, dia tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu menyerahkan semua barangan berharga itu atas permintaan wanita tersebut. Lina (bukan nama sebenar) sudah lebih tiga tahun bekerja sebagai juruwang di sebuah pusat membeli-belah. Petang itu, dia didatangi seorang lelaki yang mahu menukar wang kertas berjumlah RM50. Tanpa ragu-ragu, Lina mengambil wang tersebut dan terus membuka mesin wang. Apabila beliau sedar, kesemua wang yang terdapat di dalam mesin tersebut sudah kosong dan dia sendiri tidak perasan mengeluarkannya. Mak Timah (bukan nama sebenar) terjaga daripada tidur lalu mendapati pintu belakang rumahnya terbuka besar tanpa berfikir panjang, beliau menutupnya dengan anggapan suami atau anak-anaknya terlupa menutupnya malam tadi. Tiba-tiba Mak Timah perasan banyak kelengkapan rumah seperti, radio, kamera, tas tangan dan komputer riba milik anaknya hilang. Apabila diselidik, sah rumahnya dimasuki pencuri malah yang lebih menggemparkan pencuri tersebut menggunakan ilmu pukau. Kisah-kisah di atas adalah antara kejadian yang berkait rapat dengan amalan pukau yang semakin menjadi-jadi di dalam masyarakat Melayu hari ini. Hakikatnya, kecanggihan sains dan teknologi masa kini sedikitpun tidak melunturkan minat segelintir pihak yang mahu senang dalam masa singkat, iaitu menggunakan ilmu pukau. Pekerjaan yang tidak bermaruah ini jelas diharamkan oleh agama Islam, pun begitu ia langsung tidak dipedulikan. Ruangan Agama berpeluang mewawancara, Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Pengerusi Maahad Tahfiz Anak yatim Darul Fuqaha, yang juga tutor di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Beliau yang berpengalaman luas sebagai pengamal perubatan Islam serta pernah berguru dengan tokoh-tokoh agama, sama ada dari luar dan dalam negara akan mengupas tajuk berkaitan pukau agar masyarakat dapat melihatnya dari sudut pandangan Islam, sekali gus menyedarkan sejauhmana kesesatan amalan tersebut. Dipetik dari: isterisoleha.blogdrive.com MuSaFiR_0102.. 4:35 AM.
*www.darulfuqaha.com |
|