![]() |
|
Monday, September 13, 2004 BAHAYA ROKOK
Merokok mungkin merupakan amalan yang sering kali dilihat sebagai satu perlakuan yang biasa yang dilakukan. Rata2 masyarakat yang ditemui hari ini tidak kira tua atau muda,lelaki atau perempuan menjadikan rokok sebagai satu tabiat atau hobi sedangkan mereka tidak mengetahu disebalik tabiat mereka ini tersembunyi satu perkara yang bahaya kepada kesihatan..(alaaaaah..mereka ni tahu,tapi buat do nooo jer) org lelaki kebanyakan gemar meroko kerana merasakan lebih "jantan" apabila merokok..(ape guna kalau rasa jantan, tapi hakikatnya merosakkan diri) Perbuatan merokok ini amat beleluasa dan dianggap sebagai satu peruatan yang berfaedah dan boleh mengisi masa lapang..(org yang ada akal tak akan fikir macam ni)... walaupun pada hakikatnya merokok adalah satu kegiatan yang merugikan dan menghabiskan wang semata2...(baiklah bagi kat aku...boleh gak buat beli ayam golek)... Aktiviti ini susah ditinggalkan kerana ia membawa kepada ketagihan yang amat ketara. Tetapi tidak kurang juga yang merasa seronok....(seronok tidak bertempat..baik beli papan carom..lagi seronok).. Sekarang ini ramai yang berbicara sinis tentang pencemaran alam sekitar oleh kumbahan atau asap dari kilang, tetapi mereka tidak mengambil tahu tentang pencemaran yang berlaku dalam paru2 mereka akibat asap rokok..(tak cakna kepada diri sendiri).... Seorang perokok yang menghisap 20 batang sehari menghisap asap paling kurang 50,000 batang rokok dalam setahun dan menyebabkan pencemaran yang amat serius dalam paru2...(waauuu...kalau simpan duit tu, dah boleh naik haji)... Suhu api rokok ialah 900° celcius dan boleh menyebabkan pelbagai reaksi kimia....(tak terbakar ker mulut korang???).. Asap rokok mengandungi banyak zat kimia dgn jumlah mencapai 3000 jenis. Sekitar 1200 jenis zat kimia ini adalah beracun dan kebanyakan racun ini merangsang pembentukan darah...(ni bunuh diri namanya..).... Bahan dalam rokok,iaitu NIKOTINA adalah racun yang boleh membunuh. Jumlah nikotina yang boleh dihisap oleh mereka yang kuat merokok sehari cukup untuk membunuhnya jika disuntikkan sekaligus ke dlm tubuhnya...(haaa..kan betul aku kata, "bunuh diri" )..NIKOTINA boleh digunakan sebagai bahan asas racun serangga yang berbahaya seperti DDt. Di makmal kajian sering menggunakan Sanida untuk membunuh haiwan dalam ujikaji yang dijalankan dan sememangnya kemampuan Asida untuk membunuh tidak dinafikan...(kejamnye).. racun ini juga terdapat dalam rokok. WAlaupun kesan asap rokok ini tdk terlalu jelas kelihatan dlm jarak waktu yang terdekat, tetapi kesannya sedikit demi sedikit akan kelihatan lebih nyata dan mengancam nyawa perokok...(tak takut ker??).. Asap rokok terdiri dari 2 bhgan utama iaitu isi dan gas...(rukun ima ada 6)... bahagian isi terdiri daripada pelbagai sebatian racun yang boleh membunuh seperti NIKOTINA, FENOL, KRESOL, PIREN, DDt, dan sebagainya. Sebagaimana bahagian isi, bhgan gas juga terdiri daripada sebatian yang sangat beracun seperti AMONIA, KARBON DIOKSIDA, HIDROGENSIANIDA, ISOPIREN, ASETALDEHIDA dan ASETON. Bagi perokok, asap rokok akan memecahkan dinding pertahann badan dengan melumpuhkan silia yang terdapat pada permukaan saluran pernafasan. Silia berfungsi untuk menjaga kebersihan paru2 dengan membawa keluar segala benda asing yang dibawa masuk oleh udara. Tanpa silia, kahak akan terkumpul dalam saluran pernafasan. Ini akanmenyebabkan perokok mengalami batuk2 untuk membersihkan paru2 dan saluran pernafasan. Oleh itu wahai perokok2 sekalian, marilah kita merenungi kajian yang dibuat ini, dan berhentilah dari perbuatan yang tidak berfaedah ini...janganlah kita merosakkan kesihatan tubuh kita dgn asap rokok...Ingatlah bahawa tubuh badan kita adalah amanah dari YANG MAHA ESA....kita tidak ada hak untuk merosakkan amanah yang besar ini..haruslah kita kembalikannya sepertimana yang diberikan.... WASSALAM. Dewan kosmik(Jun 1999) MuSaFiR_0102.. 5:36 PM.
*www.darulfuqaha.com |
MUTIARA HADIS.. Kelebihan Solat Dhuha : MA ROKYUUKOM?? ARTIKEL TERBARU
ARCHIVES...
|
|