![]() |
|
Sunday, October 30, 2005 sambungan "PUKAU 'TEWAS' DENGAN KALAMULLAH" (siri 2) Soalan: Boleh Ustaz jelaskan lebih terperinci tentang amalan pukau? Jawapan: Pukau atau dalam bahasa Arabnya, as-sihru atau sihir, bermaksud sesuatu benda yang mampu memukau orang. Dalam al-Quran disebut `saharu a' yunan nas', bermaksud mereka mensihir pandangan mata manusia. Sebab itulah, pukau yang menjadi amalan masyarakat Melayu, adalah salah satu bentuk sihir. Ia berlaku dalam pelbagai cara dan bentuk, bergantung pada amalan seseorang pelaku itu, seperti sentuhan, asap rokok dan banyak lagi. Contohnya, seseorang membaca mentera-mentera tertentu kemudian ditiupkan ke muka orang di hadapannya. Orang yang terkena tiupan itu akan terpukau hingga berada di bawah sedar atau seolah-olah berada di dalam bentuk khayalan ataupun separuh sedar, iaitu antara sedar dengan tidak sedar. Ia menggunakan perantara, iaitu jin. Sama ada orang yang mengamalkan itu sedar ataupun tidak, hakikatnya ia sudah terikat dengan jin menerusi mentera-mentera yang dibaca. Maka mentera-mentera ini akan `menjadi' selepas ditiup ayat tertentu atau disentuh kepada seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang itu berada dalam keadaan separuh sedar dan mengikut segala kehendaknya. Malah kerosakan yang dibawa oleh si tukang pukau ini ada ketikanya sehingga di luar batas kemanusiaan. Seorang teman saya bercerita pe-ngalamannya berada di sebuah negeri yang terletak di bahagian Malaysia Timur, beliau sanggup memberikan sejumlah wang hanya kerana rasa kasihan, pada hal yang sebenarnya inilah pukau. Begitu juga seorang pemandu teksi yang telah dipukau sehingga menyerahkan keseluruhan hasil pendapatannya pada hari itu kepada si pemukau tersebut. Ia sama juga dengan sekeluarga di dalam rumah dipukau semasa tidur sehingga licin barangan rumahnya dibawa lari. bersambung....... Dipetik dari:isterisoleha.blogdrive.com MuSaFiR_0102.. 7:49 AM.
*www.darulfuqaha.com |
|