Sunday, October 24, 2004

Syirik

Syirik
Dosa yang paling besar adalah menyekutukan Allah dengan sesuatu. Dosa tersebut ada dua macam:Yang pertama, iaitu menyamakan sesuatu dengan Allah, serta menyembah kepada selain Allah. Misalnya menyembah kepada batu batu, pohon pohon, bintang,matahari, bulan atau menyembah kepada Nabi, orang-orang yang mulia, atau orang yang berkuasa, menyembah malaikat atau shaitan iblis atau menyembah binatang, atau yang selain dari semua itu. Maka itulah syirik yang dikategorikan sebagai dosa yang paling besar, yang tidak terampun lagi, sebagaimana yang diterangkan oleh Allah s.w.t. di dalam AI Quran:"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik, dan Dia akan mengampuni segala dosa selain syirik itu bagi siapa yang di kehendakiNya." (An Nisa': 48)
Allah berfirman lagi:"Sesungguhnya syirik, atau menyekutukan Allah (dengan sesuatu) itu adalah suatu kezaliman (dosa) yang besar".(Luqman: 13)
Dan firmanNya pula:’SesungguhnYa orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu) maka pastilah Allah akan menghararnkan baginya memasuki syurga dan tempatnya adalah neraka. " (Al Maidah: 72)
Dan ayat ayat yang membicarakan dari hal syirik ini amatlah banyak bilangannya.' Maka barangsiapa yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, yang kemudiannya ia mati dalam keadaan syirik, maka pastilah ia akan memasuki neraka. Demikian pulalah orang yang beriman kepada Allah dan mati dalam keadaan beriman, maka mereka itulah yang akan menjadi penghuni syurga, walaupun mungkin sebelumnya ia akan disiksa terlebih dahulu di dalam neraka (kerana melakukan perbuatan maksiat atau dosa yang belum. diampuni).
Dalam Hadis sahih, disebutkan bahwa Rasulullah s.a.w bersabda:"Mahukah kamu, aku tunjukkan akan dosa yang paling besar?Hal itu dinyatakan oleh Nabi s.a.w. sebanyak tiga kali. Lalu para sahabat menjawab: Ya, mahu, tunjukkanlah! Nabi lalu menyatakan bahwa iaitu adalah menyekutukan Allah (dengan sesuatu), dan derhaka kepada ibu bapa. Ketika itu Nabi dalarn keadaan bertelekan, kemudian beliau terus duduk sambil mengatakan lagi: Awas kamu daripada dosa berkata dusta dan bersaksi palsu! Beliau terus mengulang ulangi ucapan itu, sehingga kami (para sahabat) mengharapakan semoga beliau berdiam pula. "(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nabi s.a.w. bersabda lagi:“Jauhilah kamu akan tujuh dosa besar
Lalu beliau menyebutnya satu persatu yang diantaranya ialah syirik kepada Allah Ta’ala.Hadith ini diriwayatkan olih Bukhari dan Muslim.
Dan syirik yang kedua adalah riyak yakni menunjuk2 dengan amalan kebajikan dan berbuat amal tidak kerana Allah.Firman Allah s.w.t.:“Barang siapa yang berharap mahu berjumpa dengan Tuhannya maka hendaklah ia lakukan amalan yang solih dan janganlah ia sekutukan dengan ibadahnya terhadap Tuhannya akan suatupun.” (Al-Kahfi 110)
Didalam sebuah hadith riwayat Ibn Majah Nabi s.a.w. bersabda :Allah berfirman (didalam hadith Qudsi).“ Barang siapa yang melakuklan satu amalan yang ia ia sekutukan sertaKu akan yang lain maka amalan itu adalah untuk orang yang ia sekutukan itu dan Aku berlepas darinya.”
Dan Nabi s.a.w. bersabda :“ Berapa ramai orang2 yang puasa tetapi tiada pahala bagi puasanya itu melainkan lapar dan haus.Dan berapa ramai yang mengerjakan sembahyang malam tetapi tidak ada balasannya melainkan letih berjaga sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)


MuSaFiR_0102.. 4:08 AM.
*www.darulfuqaha.com


MUTIARA HADIS..

Kelebihan Solat Dhuha :
Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh berjamaah, seterusnya duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbit mentari, kemudian dia menunaikan solat dua rakaat (solat Dhuha), baginya ganjaran seperti ganjaran satu haji dan satu umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna!
Hadis riwayat Tirmizi

MA ROKYUUKOM??

ARTIKEL TERBARU

  • Beberapa Kesilapan Orang Yang Berpuasa
  • Fitnah Dunia
  • menunggu mati
  • bahaya rokok
  • AIR MATA
  • lawak
  • KENAPA,????!!!!
  • Bagaimanakah bentuk perlaksanaan hudud ke atas war...
  • KAum WAnita AHli NEraka
  • Tazkirah ringkas jer...
  • ARCHIVES...


  • August 2004
  • September 2004
  • October 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • March 2005
  • July 2005
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • June 2006
  • July 2006
  • September 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • October 2007
  • December 2008
  • January 2009
  • HALWA TELINGA

    USTAZ MOHD KHAIRUDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

    fiqh di masjid KLCC



    MAAL HIJRAH


    *dengar lagi

    SAHABAT

    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *

    INFO ISLAM

    [`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
    [`] ::. JAKIM
    [`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
    [`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
    [`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
    [`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
    [`] ::. Ust Shauqi Othman
    [`] ::. Ust Hasrizal
    [`] ::. Ust Zaharuddin
    [`] ::. al-ahkam on-line
    [`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
    [`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
    [`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
    [`] ::. UKHWAH.COM
    [`] ::. SURAU LADANG
    [`] ::. E-BOOK
    [`] ::. SURAU FABER2

    MAKLUMAT UMUM

    [`] ::. utusan
    [`] ::. berita harian
    [`] ::. metro ahad
    [`] ::. new straits times
    [`] ::. aljazeera
    [`] ::. AkHbAr MaGrIbI
    [`] ::. TeRaS_MeLaYu
    [`] ::. utusan melayu
    [`] ::. harakah daily
    [`] ::. ABC news
    [`] ::. BBC news
    [`] ::. CNN
    [`] ::. GOOGLE news
    [`] ::. harakah

    POLITICIAN BLOGGER

    [`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
    [`] ::. DATO' KADIR JASIN
    [`] ::. TUN DR MAHATHIR
    [`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
    [`] ::. ROSLAN SMS
    [`] ::. LIM KIT SIANG
    [`] ::. KASIM AHMAD
    [`] ::. RONNIE LIU
    [`] ::. ANWAR IBRAHIM
    [`] ::. MARINA MAHATHIR
    [`] ::. HUSAM MUSA
    [`] ::. PENARIK BECA
    [`] ::. TARMIZI MAT JAM
    [`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
    [`] ::. SANG KELEMBAI
    [`] ::. FATHI ARIS

    VIDEO & AUDIO

    BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
    BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
    * ISLAMIC BOOK ONLINE
    * NOVEL "PUAKA"
    * Video-Kuliah Dhuha
    * Video-Kisah Nabi1
    * Video-Kisah Nabi2
    * Video-Kisah Nabi3
    * Video-Kisah Nabi4
    * Video-Kisah Nabi5
    * Video-Kisah Nabi6
    * Video-Tafsir Baqarah;5-6
    * youtube