Monday, October 31, 2005


sambungan "PUKAU 'TEWAS' DENGAN KALAMULLAH" (siri 3)

Soalan: Atas alasan apakah pukau boleh dikategorikan sebagai sihir dan dibuktikan melalui ayat-ayat al-Quran atau hadis, sekiranya ada?
Jawapan:
Ayat paling jelas berkaitan sihir ialah di dalam surah al-Baqarah ayat 102 bermaksud: Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Suaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di Negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang kedua-duanya tidak mengajar (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir. Maka mereka mempelajari daripada kedua-dua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorangpun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat.
"Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa sesiapa yang menukarnya (kitab Allah) de-ngan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.''Ayat di atas terang-terangan menjelaskan kepada kita bahawa sihir sebagai satu perbuatan kufur yang diharamkan oleh Allah s.w.t. menerusi dua kisah malaikat di atas.
Ayat yang mulia ini juga menunjukkan bahawa mereka yang mempelajari ilmu sihir, sesungguhnya mereka mempelajari hal-hal yang hanya mendatangkan mudarat bagi diri mereka sendiri, dan tidak pula mendatangkan sesuatu kebaikan di sisi Allah s.w.t..Malah ini merupakan ancaman berat yang menunjukkan betapa besar kerugian yang diderita oleh mereka di dunia ini dan di akhirat kelak. Mereka sesungguhnya telah memperjualbelikan diri mereka de-ngan harga yang sangat murah, itulah sebabnya Allah berfirman :Dan alangkah buruknya perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir itu, seandainya mereka mengetahui.
Sihir ialah perkara luar biasa yang Allah berikan kepada orang-rang Islam yang derhaka (?asi ) yang tidak memahami akidah, syariat dan ubudiah serta tidak beramal dengannya dan orang-orang yang fasiq.
Umumnya, golongan orang Islam yang mendapat perkara luar biasa melalui kaedah ini, selalunya sentiasa bergelumang dengan kejahatan dalam semua hal.Kebiasaannya sihir ini menggunakan tiupan, malah hal ini disebutkan dalam surah al-Falaq ayat 4 bermaksud:"Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan"
Jadi, sihir ini bergantung kepada ilmu si pelaku itu. Ada sihir menggunakan tiupan, hembusan dari jauh, sentuhan dan dengan asap rokok. Sebab asas pada sihir atau pukau ini ialah menggunakan perantaraan jin.
Sihir apapun, ia mesti menggunakan perantaraan jin. Ini kerana manusia biasa tidak mampu membuat perkara yang pelik-pelik seperti ahli silap mata terkemuka Barat. Perkara atau benda yang pelik ini disebut benda yang luar biasa. Kalau berlaku di kalangan nabi disebut mukjizat, kalau berlaku kepada manusia atau orang yang soleh dan warak, ia dipanggil karamah dan kalau berlaku kepada orang biasa, ia dipanggil maunah. Manakala kalau berlaku kepada seseorang dengan sebab dia belajar atau menuntut dengan perantaraan jin, maka ia disebut sihir.
Jadi, konsep utama sihir ialah menggunakan jin dan orang yang hendak mengadakan ikatan dengan jin ini, mestilah menyebut perkataan-perkataan tertentu yang kebiasaannya menjadikan atau membawa dirinya kepada kekufuran dan syirik kepada Allah s.w.t.Contoh kalimat sihir: "Hei tikar kajang, kajang bersirat, sirat batang sanuri ruh kirat-kirat bersama-sama roh dan semangat....(sehingga habis)" dan kemudian ditiupkan.Ayat-ayat ini pelik, sukar difahami dan mengelirukan. Kebiasaannya ada jin di sebaliknya atau mereka mendapatkan pertolongan jin.
Kebanyakan orang Melayu, tidak tahu dan tidak sedar bahawa ada di antara amalan yang diambil atau diturunkan oleh seseorang itu, sebenarnya menyeru atau meminta bantuan jin.Jadi secara tidak langsung, ia telah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi lain. Sedangkan sebenarnya, melalui bacaannya itu tadi, menyebabkan jin terikat dengan dirinya. Keterikatan inilah yang membawa kepada syirik.
Di antara kemudaratan yang berpunca daripada sihir:Pertama, Sihir menggunakan jin dan secara langsung ia merosakkan akidah seseorang itu dan jelas tidak membawa manfaat kepada diri pengamal itu sendiri.Kedua, apabila seseorang menggunakan sihir, selalu tujuannya mendapatkan manfaat untuk diri sendiri dan bukannya untuk orang lain.Ketiga, sihir ini berlaku kerana sifat hasad dengki terhadap kelebihan dan kesenangan orang lain.
Oleh kerana itulah dalam surah al-Falaq, Allah s.w.t. memerintahkan manusia memohon pelindungan Allah daripada segala bentuk kejahatan. Firman Allah bermaksud: Katakanlah : Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh, daripada kejahatan makhluk-Nya. Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita. Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembuskan pada simpulan-simpulan dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki. (al-Falaq: 1-5)Manakala dalam surah an-Nas ayat 1-6 bermaksud: "Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan manusia, Raja manusia, Sembahan manusia, daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia daripada jin dan manusia".Ayat ini membuktikan bahawa Allah s.w.t. memerintahkan kita meminta perlindungan Allah s.w.t. daripada jin dan manusia.
Melalui surah al-Falaq, Allah s.w.t. menggabungkan dua kejahatan, iaitu orang yang mensihir dan orang yang berhasad dengki. Ia seolah-olah satu isyarat bahawa ada kaitan antara sihir dengan dengki. Contohnya dalam masyarakat Melayu, melihat perniagaan orang lain agak maju sedikit, wujud perasaan dengki dan secara tidak disedari ataupun disedari, orang yang dengki ini sanggup melakukan sihir kepada teman seperniagaan tersebut.
Manakala menurut Sheikh Abdul Wahhab Asy-Sya?rani dalam kitabnya, Yawaqitu Wal Jawahir, bahawa bersahabat dengan jin itu sangat keji. Katanya lagi, ``Barang siapa memilih dan melebihkan persahabatan dengan jin daripada bergaul dengan para ulama, maka orang itu sangat jahil. Ini kerana kebiasaannya, perbuatan dan perkataan jin berlebih-lebihan dan banyak bohongnya seperti kelakuan manusia yang fasik. Maka orang yang berakal akan menghindarkan pergaulan dengan jin, sebagaimana ia mengelakkan diri daripada bergaul dengan manusia yang fasik.''Tambahnya lagi : `` Tidak sekali-kali aku melihat seseorang yang bersahabat dengan jin itu beroleh kebajikan kerana asal kejadian jin itu adalah daripada api, dan api itu sangat banyak geraknya. Dengan gerak yang banyak akan lahirlah perbuatan dan perkataannya yang berlebih-lebihan.Ringkasnya kita sebagai seorang Islam ditegah daripada bersahabat dengan jin kerana keburukannya lebih banyak jika dibandingkan de-ngan kebaikan yang akan kita peroleh. Jin akan sentiasa merasuk dan mendorong manusia supaya melakukan kejahatan dan maksiat tanpa kita sedari.

bersambung.......
Dipetik dari:isterisoleha.blogdrive.com


MuSaFiR_0102.. 8:55 AM.
*www.darulfuqaha.com


MUTIARA HADIS..

Kelebihan Solat Dhuha :
Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh berjamaah, seterusnya duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbit mentari, kemudian dia menunaikan solat dua rakaat (solat Dhuha), baginya ganjaran seperti ganjaran satu haji dan satu umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna!
Hadis riwayat Tirmizi

MA ROKYUUKOM??

ARTIKEL TERBARU

  • sambungan "PUKAU 'TEWAS' DENGAN KALAMULLAH" (siri ...
  • PUKAU 'TEWAS' DENGAN KALAMULLAH
  • 07/08/05 +ehem ehem...guano gamok puok demo?! Seha...
  • 05/09/05..kul 12.50 pg.. * fuh....letih giler....b...
  • 04/09/2005+semalam kami kat umah rabat buat eksper...
  • ari ni 26/08/05esok program ayyam thaqoffi akan be...
  • alhamdulillah..semalam sekali lai project besar m...
  • ehem ehem....semalam aku tidur lewat, mencari baha...
  • ari ni 21 hb 8 /2005kehidupan aku hari ni cam bias...
  • KUS KUShuh..alhamdulillah..kenyang..ptg tadi aku m...
  • ARCHIVES...


  • August 2004
  • September 2004
  • October 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • March 2005
  • July 2005
  • August 2005
  • September 2005
  • October 2005
  • November 2005
  • June 2006
  • July 2006
  • September 2006
  • January 2007
  • March 2007
  • April 2007
  • May 2007
  • October 2007
  • December 2008
  • January 2009
  • HALWA TELINGA

    USTAZ MOHD KHAIRUDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

    fiqh di masjid KLCC



    MAAL HIJRAH


    *dengar lagi

    SAHABAT

    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *
    [`] *

    INFO ISLAM

    [`] ::. LAMAN WEB ILMIYYAH
    [`] ::. JAKIM
    [`] ::. PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
    [`] ::. Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti
    [`] ::. Dr Asri Zainal Abidin
    [`] ::. Ust Nik Nasri Nik Malek
    [`] ::. Ust Shauqi Othman
    [`] ::. Ust Hasrizal
    [`] ::. Ust Zaharuddin
    [`] ::. al-ahkam on-line
    [`] ::. Ust Adlan Abd Aziz
    [`] ::. Ust Zamihan al-Ghari
    [`] ::. TAMAN ILMU ISLAM
    [`] ::. UKHWAH.COM
    [`] ::. SURAU LADANG
    [`] ::. E-BOOK
    [`] ::. SURAU FABER2

    MAKLUMAT UMUM

    [`] ::. utusan
    [`] ::. berita harian
    [`] ::. metro ahad
    [`] ::. new straits times
    [`] ::. aljazeera
    [`] ::. AkHbAr MaGrIbI
    [`] ::. TeRaS_MeLaYu
    [`] ::. utusan melayu
    [`] ::. harakah daily
    [`] ::. ABC news
    [`] ::. BBC news
    [`] ::. CNN
    [`] ::. GOOGLE news
    [`] ::. harakah

    POLITICIAN BLOGGER

    [`] ::. YB DATO SHAHRIR SAMAD
    [`] ::. DATO' KADIR JASIN
    [`] ::. TUN DR MAHATHIR
    [`] ::. DATO' ROHANIE AHMAD
    [`] ::. ROSLAN SMS
    [`] ::. LIM KIT SIANG
    [`] ::. KASIM AHMAD
    [`] ::. RONNIE LIU
    [`] ::. ANWAR IBRAHIM
    [`] ::. MARINA MAHATHIR
    [`] ::. HUSAM MUSA
    [`] ::. PENARIK BECA
    [`] ::. TARMIZI MAT JAM
    [`] ::. SYD HUSSIN AL ATTAS
    [`] ::. SANG KELEMBAI
    [`] ::. FATHI ARIS

    VIDEO & AUDIO

    BACAAN AL-QUR'AN AL-KARIM
    BACAAN QARI MASJID HARAM MAKKI
    * ISLAMIC BOOK ONLINE
    * NOVEL "PUAKA"
    * Video-Kuliah Dhuha
    * Video-Kisah Nabi1
    * Video-Kisah Nabi2
    * Video-Kisah Nabi3
    * Video-Kisah Nabi4
    * Video-Kisah Nabi5
    * Video-Kisah Nabi6
    * Video-Tafsir Baqarah;5-6
    * youtube