![]() |
|
Sunday, October 31, 2004 PERINGATAN UNTUK WANITA 1. Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh. 2. Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya. 3. Saidatina Aisyah r.a. berkata : “Saya pernah bertanyakan Rasulullah s.a.w. tentang siapakah manusia yang terlebih berhak terhadap wanita?”
Jawab Rasulullah s.a.w. : “Suaminya”. Bertanya pula Aisyah : “Siapa pula terlebih berhak terhadap lelaki?”. Jawab Rasulullah s.a.w. : “Ibunya”. 4. Apabila kamu dipanggil oleh kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. 5. Sesiapa yang dikurniakan Allah wanita yang solehah, sesungguhnya ia telah dikurniakan separuh dari agamanya, maka yang separuh lagi hendaklah ia berbakti (bertakwa) kepada Allah. 6. Sebaik-baik wanita ialah yang tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan (digoda) oleh iblis. 7. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isteri baginda (Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah?”. Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bukankah kamu dapat melihatnya?.” 8. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni seperti perempuan zina. 9. Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina mereka melainkan yang hina. 10. Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah. 11. Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Hendaklah kamu mendapatkan yang kuat agamanya, tentu ia akan memberi ketenangan kepada kamu. 12. Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat pula kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin). 13. Wanita yang taatkan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia masih taatkan suaminya dan diredhai (serta dipelihara akan sembahyang dan puasanya). 14. Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya dengan tidak dihisab. 15. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan rasa tersinggung hati suaminya, maka ia dimurkai Allah sehingga ia kembali bermanis muka dan tersenyum mesra terhadap suaminya. 16. Ibnu Umar berkata : Telah datang seorang kepada Rasulullah S.A.W. lalu bertanya : “Apakah hak suami atas isteri?” Jawab baginda : “Tunaikan hajatnya sekalipun engkau di belakang unta, jangan berpuasa sunat melainkan dengan izin suami, jika engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk isteri, jangan keluar malainkan dengan izinnya: jika keluar juga akan dilaknat oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab sehingga kembali kembali engkau ke rumah.” TIGA GOLONGAN DALAM NERAKA(Dari sabda Rasulullah s.a.w.)Dari Ali bin Abi Talib: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahannam selama umur dunia tujuh kali, mereka ialah : a- Orang yang gemuk tetapi kurus. b- Orang yang berpakaian tetapi telanjang. c- Orang yang alim tetapi jahil.Orang yang gemuk kurus ialah mereka yang gemuk tubuhnya tetapi kurus ibadatnya.Orang berpakaian telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama (seperti berpakaian nipis hingga terbayang tubuhnya atau terlalu ketat).Orang alim jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan duniawi. LARANGAN MELIHAT WANITA (Dari sabda Rasulullah s.a.w.)Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isteri baginda (Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah?”. Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bukankah kamu dapat melihatnya?.” (www.surau.ladang.net) MuSaFiR_0102.. 5:08 PM.
*www.darulfuqaha.com Sunday, October 24, 2004 Syirik Dosa yang paling besar adalah menyekutukan Allah dengan sesuatu. Dosa tersebut ada dua macam:Yang pertama, iaitu menyamakan sesuatu dengan Allah, serta menyembah kepada selain Allah. Misalnya menyembah kepada batu batu, pohon pohon, bintang,matahari, bulan atau menyembah kepada Nabi, orang-orang yang mulia, atau orang yang berkuasa, menyembah malaikat atau shaitan iblis atau menyembah binatang, atau yang selain dari semua itu. Maka itulah syirik yang dikategorikan sebagai dosa yang paling besar, yang tidak terampun lagi, sebagaimana yang diterangkan oleh Allah s.w.t. di dalam AI Quran:"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik, dan Dia akan mengampuni segala dosa selain syirik itu bagi siapa yang di kehendakiNya." (An Nisa': 48) Allah berfirman lagi:"Sesungguhnya syirik, atau menyekutukan Allah (dengan sesuatu) itu adalah suatu kezaliman (dosa) yang besar".(Luqman: 13) Dan firmanNya pula:’SesungguhnYa orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu) maka pastilah Allah akan menghararnkan baginya memasuki syurga dan tempatnya adalah neraka. " (Al Maidah: 72) Dan ayat ayat yang membicarakan dari hal syirik ini amatlah banyak bilangannya.' Maka barangsiapa yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, yang kemudiannya ia mati dalam keadaan syirik, maka pastilah ia akan memasuki neraka. Demikian pulalah orang yang beriman kepada Allah dan mati dalam keadaan beriman, maka mereka itulah yang akan menjadi penghuni syurga, walaupun mungkin sebelumnya ia akan disiksa terlebih dahulu di dalam neraka (kerana melakukan perbuatan maksiat atau dosa yang belum. diampuni). Dalam Hadis sahih, disebutkan bahwa Rasulullah s.a.w bersabda:"Mahukah kamu, aku tunjukkan akan dosa yang paling besar?Hal itu dinyatakan oleh Nabi s.a.w. sebanyak tiga kali. Lalu para sahabat menjawab: Ya, mahu, tunjukkanlah! Nabi lalu menyatakan bahwa iaitu adalah menyekutukan Allah (dengan sesuatu), dan derhaka kepada ibu bapa. Ketika itu Nabi dalarn keadaan bertelekan, kemudian beliau terus duduk sambil mengatakan lagi: Awas kamu daripada dosa berkata dusta dan bersaksi palsu! Beliau terus mengulang ulangi ucapan itu, sehingga kami (para sahabat) mengharapakan semoga beliau berdiam pula. "(Riwayat Bukhari dan Muslim) Nabi s.a.w. bersabda lagi:“Jauhilah kamu akan tujuh dosa besar” Lalu beliau menyebutnya satu persatu yang diantaranya ialah syirik kepada Allah Ta’ala.Hadith ini diriwayatkan olih Bukhari dan Muslim. Dan syirik yang kedua adalah riyak yakni menunjuk2 dengan amalan kebajikan dan berbuat amal tidak kerana Allah.Firman Allah s.w.t.:“Barang siapa yang berharap mahu berjumpa dengan Tuhannya maka hendaklah ia lakukan amalan yang solih dan janganlah ia sekutukan dengan ibadahnya terhadap Tuhannya akan suatupun.” (Al-Kahfi 110) Didalam sebuah hadith riwayat Ibn Majah Nabi s.a.w. bersabda :Allah berfirman (didalam hadith Qudsi).“ Barang siapa yang melakuklan satu amalan yang ia ia sekutukan sertaKu akan yang lain maka amalan itu adalah untuk orang yang ia sekutukan itu dan Aku berlepas darinya.” Dan Nabi s.a.w. bersabda :“ Berapa ramai orang2 yang puasa tetapi tiada pahala bagi puasanya itu melainkan lapar dan haus.Dan berapa ramai yang mengerjakan sembahyang malam tetapi tidak ada balasannya melainkan letih berjaga sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah) MuSaFiR_0102.. 4:08 AM.
*www.darulfuqaha.com Saturday, October 23, 2004 Beberapa Kesilapan Orang Yang Berpuasa
1. Tidak menetapkan niat fardhu puasa di setiap malam hari meskipun memadai dengan niat di awal Ramadhan. 2. Masih makan dan minum ketika azan Subuh. 3. Bersahur awal dan melewatkan berbuka. 4. Berlebih dalam menyediakan juadah berbuka sehingga menghilangkan keberkatan puasa. 5. Tidak menjaga solat fardhu atau melengah-lengkahkannya. 6. Tidak menjaga lidah dari ucapan sia-sia, mengumpat, memfitnah, berdusta dan lain-lain. 7. Membazir masa dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah, menonton televisyen, mendengar radio dan sebagainya. 8. Meringan-ringkankan ibadah sunat (berdoa, berzikir, membaca Al-Quran, solat-solat sunat dan beristighfar). 9. Tidak menunaikan solat tarawih. 10. Hanya bersungguh-sungguh melakukan amalan di awal Ramadhan, kemudian mengurangkan amal ibadah di pertengahan Ramadhan lebih-lebih lagi di sepuluh malam terakhir. 11. Tidak menghidupkan sepuluh malam terakhir (Nabi mengejutkan ahli keluarganya beriqtikaf dan berqiamulail). 12. Bakhil dan kedekut harta serta tidak membantu orang yang berhajat dan tidak bersedekah. 13. Keluarnya wanita-wanita ke masjid dengan memakai perhiasan, wangian yang membawa fitnah. 14. Wanita keluar berduyun-duyun ke pasar membeli juadah (bercampur lelaki/perempuan yang bukan muhrim). 15. Tidak memperbanyakkan takbir di malam hari raya dan di hari raya lantaran sibuk dengan perhiasan rumah dan persediaan kuih-muih. 16. Lewat membayar zakat fitrah sehingga selesai solat hari raya. 17. Berhari raya dengan hawa nafsu, hiburan-hiburan yang melalaikan dan pembaziran yang melampau. MuSaFiR_0102.. 4:41 AM.
*www.darulfuqaha.com |
MUTIARA HADIS.. Kelebihan Solat Dhuha : MA ROKYUUKOM?? ARTIKEL TERBARU
ARCHIVES...
|
|