![]() |
|
Wednesday, November 02, 2005 sambungan "PUKAU 'TEWAS' DENGAN KALAMULLAH" (siri 4) Soalan: Bagaimana pula caranya kita dapat melindungi diri daripada gangguan jin, terutamanya dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran yang tertentu? Jawapan: Allah telah mensyariatkan kepada hamba-hamba-Nya supaya mereka menjauhkan diri daripada kejahatan sihir sebelum terjadi pada diri mereka. Allah juga menjelaskan tentang bagaimana cara pengubatan sihir apabila telah terjadi. Ini merupakan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.. Sebab itulah, kita perlu mengajar masyarakat amalan yang boleh menjadi benteng atau pendinding kepada diri agar ia dijadikan kebiasaan, sama ada untuk apa tujuan sekalipun, iaitu membaca ayat Kursi sebanyak tujuh kali, surah al-Falaq dan an-Nas (sekurang-kurangnya tujuh kali atau seberapa banyak yang kita mampu). Lebih baik sekiranya selepas kita membaca surah-surah di atas, tiupkan di tangan dan kemudiannya diratakan ke seluruh badan bermula dari kepala, muka hingga kaki. Ini kerana hembusan atau tiupan pada tangan itu tadi, ada aura-auranya dan mudah-mudahan di situlah ada keberkatannya atau `cahaya'nya. Mudah-mudahan dengan pengamalan sebegini, terhindarlah kita daripada niat orang yang hendak melakukan sihir atau pukau kepada kita. Kelebihan ayat Kursi ini ialah kerana ia termasuk ayat yang paling besar nilainya di dalam al-Quran. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Barang siapa membaca ayat Kursi pada malam hari, Allah sentiasa menjaganya dan syaitan tidak mendekatinya sampai Subuh." Ayat Kursi terdapat dalam Surah al-Baqarah ayat 255 bermaksud: Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa daripada ilmu Allah melainkan yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. Malah Surah al-Falaq dan an-Nas adalah dua surah yang disuruh oleh dua malaikat supaya Rasulullah s.a.w. membacanya sewaktu baginda terkena sihir. Ia merupakan sebab diturunkannya kepada Baginda. bersambung..... Dipetik dari:isterisoleha.blogdrive.com MuSaFiR_0102.. 9:03 AM.
*www.darulfuqaha.com |
|