Saturday, January 10, 2009 KULIAH DHUHA siri 1 sesi 2009 "3jan09" OLEH: AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI TEMPAT : DARUL FUQAHA MASA : SETIAP HARI SABTU jam 8.30PG Labels: VIDEO AT-TAKIRI MuSaFiR_0102.. 7:17 AM.
*www.darulfuqaha.com Thursday, January 08, 2009 Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yangbegitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanyaminuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hariitu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupandan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak.. "Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2." Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineralitu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya. "Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgutunjukkan sebentar tadi??" Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab, UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK... P/S: kalau tak faham, bertanya... MuSaFiR_0102.. 8:19 AM.
*www.darulfuqaha.com Tuesday, December 30, 2008
KHASIAT JUS D’HATIKU KHASIAT SPIRITUAL
KHASIAT FIZIKAL
KHASIAT UMUM PERTAMA: Jus D’hatiku boleh MEMBANTU MERAWAT PUNCA-PUNCA KEPADA SEGALA PENYAKIT FIZIKAL KRONIK yang dihidapi oleh manusia zaman moden. - Ini kerana punca bagi segala penyakit ialah darah yang tidak berjalan dengan lancar, kekurangan oksigen dalam badan serta kehadiran toksin yang banyak di dalam badan. - Jus D’hatiku menerusi rumusan makanan anjuran Sunnah dan herba serta buahan berkhasiat terpilih berfungsi melancarkan darah yang tersekat, membuang toksin dalam badan dan seterusnya membekalkan oksigen serta tenaga ke dalam badan. Dengan itu segala punca penyakit dapat ditangani insyaAllah daripada akar umbinya. KEDUA: Jus D’hatiku juga MERAWAT SPIRITUAL YANG SAKIT yang selalu melakukan maksiat dan malas beribadah menerusi makanan yang baik berstatus “tayyib” dengan proses pengilangan yang baik lagi soleh. PROSES PENGILANGAN SECARA ISLAM memberi kesan yang besar kepada spiritual makanan yang dimakan. Ini dijelaskan oleh baginda bersabda dalam satu hadis sahih bermaksud: Wahai sekelian manusia. Sesungguhnya Allah adalah baik tidak menerima melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang beriman dengan perintah yang sama kepada para Rasul. Justeru itu Allah berfirman bermaksud: “Wahai para Rasul, makanlah daripada yang baik-baik dan lakukanlah amalan soleh.” (surah al-Mu`minun; 51) Allah juga berfirman bermaksud: “wahai orang-orang beriman, makanlah kamu daripada yang baik-baik daripada apa yang kami rezkikan kepada kamu.” (surah al-Baqarah; 172) BAHAN-BAHAN DAN RAMUAN JUS D’HATIKU Jus Berasaskan Sunnah merupakan jus rumusan Jalinan 2 Penawar iaitu PENAWAR FIZIKAL & PENAWAR SPIRITUAL. PENAWAR FIZIKAL adalah menerusi rumusan makanan anjuran Sunnah iaitu Madu, Kurma, Habbatussauda dan Buah Tin di samping herba dan buahan terpilih terdiri daripada Safron, Aloe Vera, Kolagen dan buah Goji dan Penawar Spiritual PENAWAR SPIRITUAL pula adalah menerusi standard “Amalan Pengilangan Islam” (IMP-Islamic manufacturing Practice) Jus d’hatiku PENAWAR FIZIKAL & SPIRITUAL dikemukakan kepada masyarakat sebagai menyahut seruan Hadis Nabi saw bermaksud: “berpeganglah kamu dengan dua penawar Madu dan al-Qur’an” (Hadis Sahih riwayat al-Hakim). MADU ADALAH SIMBOLIK BAGI PENAWAR FIZIKAL. Di dalam hadis-hadis yang lain terdapat lagi beberapa makanan berkhasiat anjuran Sunnah Rasulillah saw antaranya Kurma dan Habbatus Sauda’. Al-Qur’an pula menyebut tentang buah Tin. Makanan Sunnah terdiri daripada Madu, Kurma, Buah Tin dan Habbatus sauda’ telah terbukti khasiatnya menerusi kajian-kajian saintifik dan diperakui oleh pakar-pakar pemakanan. AL-QUR’AN Jalinan Penawar Fizikal dan Spiritual inilah menjadikan jus D’hatiku sangat baik, berkhasiat untuk kesihatan fizikal dan kesucian jiwa. FAKTA GOJI Goji merupakan sejenis beri yang kaya dengan antioxidant,. Produk makanan mahupun minuman berasaskan goji adalah sangat baik untuk tubuh badan. Di daerah Zhongning di China penduduknya yang mengamalkan Goji sebagai makanan harian melewati usia sehingga 100 tahun. FAKTA KURMA Kurma mengandungi khasiat yang tinggi. Ia kaya dengan zat besi, kalsium, protein, serat, gula, fostorus, sodium, potassium, vitamin A dan C. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 2%, serat hampir 4 %. Kurma tidak mengandungi kolestrol atau lemak. FAKTA MADU Madu disebut oleh al-Qur’an dan Sunnah rasulillah sebagai makanan berkhaasiat yang boleh menjadi penawar bagi manusia. Ia mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprumk, magnesium, phosporus, potassium, sodium, dan zink. Madu lebah juga berperanan sebagai antioksida dalam badan manusiayang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik. Dikeluarkan untuk DARUL FUQAHA ENTERPRISE. Diedarkan oleh: FUQAHA MARKETING email: siberfuqaha@yahoo.com . Web: www.darulfuqaha.com. Kandungan: 200 ml. Harga: RM39.90 S/M. RM 49.90 S/S MuSaFiR_0102.. 7:08 AM.
*www.darulfuqaha.com terbongkok-bongkok macam orang tua keadaan aku, sakit pinggang tetiba menyerang. entah dari mana puncanya ALLAhua'lam, masuk hari ini hampir seminggu. terasa begitu menyengat, ASTAQFIRULLAHAL A'ZIHIIM..... mungkin ini suatu peringatan daripada ALLAH, di atas beberapa kelalaian dan juga mungkin kaffarah dosa yang telah aku lakukan. tetapi aku bingung, aku masih lagi tak terbayang apakah kesilapan yang aku buat seminggu sebelumnya. aduh bisa juga kesakitan ini. tapi hanya kerana sakit sedikit, aku cuba untuk menjadikan ia bukan penghalang untuk aku malaksanakan tugas harian aku seperti biasa bangun pagi. kejutkan adik2 di asrama, tetapi sedikit tekilan. aku kadang-kadang terlambat bangun, sedangkan dorang semua dah berada di surau. memenuhi ruang-ruang qiamullail dengan bacaan al-quran. terasa sedikit iri hati dengan kemampuan mereka. terutama sejak seminggu ini. badanku terasa lenguh-lenguh. ah! insyaALLAH, sembuhlah nanti. moga-moga ALLAH membantu diriku dan adik-adik dalam mencari sinar kebahagian dunia dan akhirat. sekarang hampir pukul 7 pagi, sebentar lagi aku terpaksa meninggalkan ruangn bolg buat seketika. terasa ingin menemani adik-adik di surau membaca al-quran dan menghafal. selepas solat subuh sebentar tadi aku terus bergegas turun dari surau menuju ke bilik. terus menghampiri komputer. terasa ingin menjengah blog yang terbengkalai selama 3 hari, azamku untuk menulis setiap hari terbantut gara-gara kerana kemalasan yang menghantui diri. gara-gara malas untuk memerah otak berfikir. hmm...moga-moga ALLAH memberi aku kesihatan yang berpanjangan ameeeen.... MuSaFiR_0102.. 6:37 AM.
*www.darulfuqaha.com Thursday, December 25, 2008 Penceramah : ustaz mohd khairuddin aman razali at-takiri MuSaFiR_0102.. 7:35 AM.
*www.darulfuqaha.com Monday, December 22, 2008 aku terkesima sejenak, berfikir itu, berfikir ini, terutamanya mengenai tanggugjawab aku sebagai seorang lelaki. termenung seketika selepas membaca artikel di iluvislam.com. sudah alama aku tidak menjengah web berkenaan, banyak artikel-artikel menarik. dan dalam banyak banyak artikal menarik itu, ada 1 tajuk yang memang menarik perhatianku "aku & kau berbeza". tajuknya hanya hanya biasa tetapi isi luar biasa, bila kau membacanya barulah aku tersedar dari lamunan panjangku berkenaan tanggungjawab aku sebagai seorang lelaki. seorang anak pada ibu dan ayahnya, seorang abang kepada adik perempuannya, seorang adik kepada kakaknya. begitu besar tanggung jawabnya. bukannya aku tidak tahu, aku tahu. tetapi sedikit terlena dengan kelekaan dunia. alhamdulillah artikel itu sedikit sebanyak telah mengejut diri dari lena yang panjang. insyaALLAH aku akan lebih menitikberatkan mengenai tanggungjawabku. aku masih mempunyai 7orang adik perempuan yang perlu diberi bimbingan dalam soal agama khususnya.mereka yang kini sedang meningkat remaja sudah tentu menjadi satu cabaran yang hebat yang perlu aku tempuhi. aku perlu menggunakan peluang ini sebaiknya sebelum satu lagi tangungjawab yang besar datang memberatiku, sudah pasti tangungjawabku itu akan sedikit sebanyak mengurangkan perhatianku terhadap adik-adikku nanti. terdahulu, aku juga pernah terlena panjang. tetapi seorang insan telah menyedarkanku dari lena yang panjang itu. sebelum itu aku dah menyedari akan kesilapanku, tetapi kekuatan untuk membaiki kesilapan itu tidak kuat. tidak utuh kerana mungkin sifat bersahaja aku dan juga mungkin sifat "tak mengapa" yang aku miliki itu. apa-apapun terima kasih sahabat kerana teguranmu itu betul-betul menguatkan semangatku untuk aku perbetulkan kesilapanku. jasamu tetapku kenang. yang akhirnya aku "paste"kan artikel yang aku baca di iluvislam untuk tatapan semua www.iluvislam.com Aku dan Kau berbeza www.iluvislam.com santapanrohani Editor: lailatulema LELAKI Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN??? Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN?? Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung. TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT. WANITA Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita : 1. ibunya 2. isterinya 3. anak perempuannya 4. saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini : 1. suaminya 2.ayahnya 3. anak lelakinya 4. saudara lelakinya Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan : 1. sembahyang 5 waktu 2. puasa di bulan Ramadhan 3. taat kepada suaminya 4. menjaga kehormatannya eorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita! Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin. Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA. sumber:- http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1296 MuSaFiR_0102.. 2:52 PM.
*www.darulfuqaha.com * hari nih dah mula bekerja, tapi badan kurang sihat sikit, batuk-batuk. dari semalam da..tapi dalam duk sakit-sakit pon, aku turun padang juga main bola...tak leh lepas peluang, main tetap main, sakit blakang kira. sakit pon rahmah dari tuhan. dah baehari-hari aku diberi kesihatan, takkan sakit sikit pon nak mengeluh kan?btol tak? * 2hari lepas aku ke melaka, sahabat aku kawen..wah! bahagia betul sahabat aku sorang nih! mase akad nikah bukan main ketar lagi, diam membisu, lepas selesaia je, senyum-senyum, tersengaih-sengih macam kerang busuk..hahhahahaha..cam dunia die yang punya daa, maklumlah dah nak mengecapi "syurga dunia"..heheh, aku lak bila ye, hmm..tunggu je laah, da jodoh, naik pelamin gak nya nanti, tak gitu sahabat-sahabatku? apa-apa pun tahniah n slamat pengantin baru buat sahabat ku noralias baharom. * melaka bandar bersejarah, hmm..masa pergi ke melaka hari tuh sempat gak aku melawat kota A Farmosa, tapi skadar gi macam tuh je, nak bergambar pon tak teruja sangat. aku pon bukannya nak pergi sanagat tempat tuh, kebetulan temankan pengatin kita nih bergambar kenangan ngn pasangan beliau. tuh pon lepas bergambar tak sabar-sabar nak balik..hahhahah * pengalaman semalam jadikan sepagai panduan untuk kita menghadapi masa-masa mendatang, seminit yang berlalu merupakan sejarah hidup kita, samada ianya pahit atau manis, walau masam skali pon ia telah berlalu, tdak akan kembali walaupon sesaat. jadi, hargailah mase-mase kita semua dengan perkara berfaedah, ape-apepon, saat-saat yang berlalu ini juga bakal mematangkan kehidupan kita. * sabtu malam yang lepas aku, muhaimin, aboh, muasad, kamil, charif arab n ust romza berkumpul. tak sangka dapat bertemu n berkumpul macam tu, semuanya bekas plajar morocco, bersembang panjang lee, kejap-kejap bahasa arab, kejap-kejap melayu. pelik lak pekerja-pekerja n pelanggan situ, mane taknye, dah sembang bahasa yang dorang tak faham, siap gelak-gelak lagi..hahahha, apa-pon itulah kelebihannya bila kita mampu menguasai bahasa bangsa lain, aku bersyukur kerana masih mampu bercakap arab walaupon terkontang kanting cari perkataan dalm kotak memori nih, kesian lak aku tengok ustz romza, nak bercakap arab tapi terkontang kanting kerana dah lame tak guna bhasa arab, die merupakan diantara pelajar pertama yang mendapat tajaan belajar di morocco, tetapi aku simpati melihat nasib hidupnya, moga-moga ALLAH membantunya dan kami dlam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar ini. MuSaFiR_0102.. 11:37 AM.
*www.darulfuqaha.com Friday, December 19, 2008 setiap hari berita kemalangan jalan raya menghantui jiwa. bukan sahaja di malaysia, bahkan di semua negara seluruh dunia. berita kemalangan memang menjadi agenda utama dalam penyiaran. semua akhbar akan memaparkan kisah-kisah sedih kemalangan denganpelbagai tajuk dan gambar. dlam kita membaca berita berkenaan, adakah pernah kita terfikir sesuatu yang mungkin menjadi punca kepada kemalangan?? orang selalu berkata apabila kemalangn berlaku, yang salah adalah sipolan yang memandu secara berbahaya, oh! pemandu mungkin emmandu dibawah pengaruh alkohol, oh! kta perlu meletak kan had umur sekian untuk mendapatkan lesen memandu.. macam-macam pendapat dan reaksi yang timbul. tetapi adakah itu sahaja merupakan puncanya? adakah faktor cuaca menyebabkan kemalngan berlaku? atau kerana jalan berlubang dan berlopak semata-mata? cuba kita kaji atau tengok melalui perspektif islam. berkenaan kenderaan kita, yang saya ingin nyatakan adalah berkaitan dengan "keberkatan". era sekarang kebanyakn orang gairah untuk mendapatkan kereta, semua orang ingin memakai kenderaan beroda 4, semua orang ingin memiliki kenderaan smada motor, kereta, mpv dan sebagainya. dalam keghairahan mereka, mereka terlupa cara yang dibenarkan islam dlam pembelian kenderaan-kenderaan tersebut. ------------------------------------ " ko, nak beli kereta ke mat?" "ya, aku nak beli myvi lah, aku tengok ramai yang pakai. ko pun pakai myvi sekarang. wah! bergaya sakanlah ko ye??" "biaselah. aku boleh beli, takkan lah ko tak boleh beli, alaaaa..senang jee. ko sediakan semua dokumen, nnt aku tolong apply kat kawan aku. dengan die mudah sikit, cepat je..dalam sebulan kompem dapat" "hamboi!! cepatnya... cam ne ko bt tuh?" "kawan aku tuh apply pinjaman konvasional, cepat sikit. yang islamic nih payah lah. cerewet! tengok aku, baru bulan lepas apply, hari nih dah dapat guna daa" "eh! ye ke?ko tolong lah aku skali ye, suh lah kawan ko tuh cpatkan sikit, aku dah tak sabar nk guna kereta nih" ------------------------------------------ ini lebih kurang situasi yang berlaku di kalangan kita. selalu bermudah-mudah dalam pembelian sesuatu. halal haram belakang kira. masalah keberkatan bagi sya adalah salah satu punca utama kemalangan, kenderaan yang terlibat dengan pinjaman riba. sebenarnya, apa yang kita inginkan? keberkatan atau kemegahan? pernah ada orang tawarkan pembelian kereta, "encik nak guna pinjaman yang mana? konvasional ke islamic? boleh belaka" seolah olah die bertanya "encik nak guna pinjaman yang mana? pinjaman tuk neraka ke pinjaman tuk syurga? boleh belaka" apa-apa pun itu terpulang pada anda semua, bagi saya biarlah lambat, asalkan adanya keberkatan pada kenderaan kita kerana dlaam hidup ini kita mencari keredhaan ALLAH dan bukannya kemurkaanNYA. lagi kenderaan tuh kita nak pakai lama, bukan pakai 2hari atau 3 hari..kalu tak da keberkatan, pakai sebulan, rosak. pastu baiki. pakai lagi sebulan, rosak lagi..kalau hantar ke bengkel pomen kata :" oh! ini rosak, itu rosak" akhir-akhir poket habis kering. hilang kemegahan, yang tinggal kepapaan. ALLAHu'lam MuSaFiR_0102.. 9:07 AM.
*www.darulfuqaha.com slam wbt. perkahwinan mrupakan satu perkara yang baik, salah satu dari sunnati rasulillah, tetapi di dalam kita mengikut sunnah rasulillah, masih ade lagi percampuran dengan perkara perkara yang tidak sepatutnya diwujudkan. satu adat yang terkenal dalam dunia melayu kita adalah berkenaan dengan PERSANDINGAN. anak : mak, saya majlis perkahwinan sya nanti kita tak perlu bersanding atau tepung mawar yee... mak : eh! kenapa pulak? mane beleh tak buat, kene buatlah, nanti ape pulak kata orang.. anak : kalau tak buat xboleh ke? tak baguslah mak. mak : apasal pulak tak bagusnya? kan semua orang buat, mak dahulu pun bersanding gak, tak da maslah pun. anak : betul mak. tak bagus, anak perempuan bukan untuk di tayang kat orang, saya kawin untuk suami sya, bukan untuk saya tayangkan perkahwinan saya untuk tatapan umum mak. mak : hah! kalau ko tak nak buat persandingan, ko uruskan sendirilah ko punya majlis kawin huh!! payah jugak nak reka suasana perbualan nih..ini lah lebih kurang perbualan yang di hadapi oleh seoarng sahabat sya yang nak kawen, masalah persandingan. saya tahu, di sna ada orang yang mengetahui hukum sebenar persandingan dn ada yang tidak mengetahui, apa kata dengan pengetahun sahabat-shabt semua, kita sma- sma kongsi ilmu agar dapat di manfaatkan oleh semua.. jom sma sama kita bincang di sini klik wassalam MuSaFiR_0102.. 7:36 AM.
*www.darulfuqaha.com Thursday, December 18, 2008 * hari nih bangun lambat, kul 6pg baru bangun, astaqfirullah.. sudah 3hari beturut-turut bangun lambat, aku mengharapkan esok dpat bangun jam 4pg macam biase. masa-masa berlalu tanpa tahajjud amat merugikan..huhuhu * kul 10 pg tdi bosan tak tahu nak buat apa, so aku g tolong pak sedara aku bat rumah, dah 4 hari aku menolong mereka, kemahiran mengikat bata yang aku pelajari 4thun dahulu aku gunakan, alhamdulillah, masih bisa dan berjalan lancar bahkan makin laju.. kurang sikit beban dorang. harap-harap sebulum berakhir cuti nih, aku dapat tolong bantu siapkan ikat bata, cuma tinggal pasang atap..nih bab yang aku paling suka nih..tpi xtahu la dapat bantu ke tidak sbb dah mula keje da.. * kul 2.30 petang kang aku akan ke satu syarikat pemprosesan air di putrajaya, wakil DARUL FUQAHA untuk mnerima zakat. alhamdulillah...moga-moga syarikat mereka terus berkembang maju insyaALLAH.. * cuti bebaki lagi 3 hari, memang membosankan, smua plajar balik kampung, nak main futsal pon xdapatlah, terpaksalah aku ke UKM setiap petang tuk menguruskan badan yang semakin naik ini, main bola padang..huh!! penat juga.. * hari sabtu nih aku akan ikut sahabat aku ke melaka, die jadi jurufoto tuk sahabat aku juga.. die nak kawen " alias baharom".. hai lepas sorang, seorang menjejakan kaki ke alam rumahtangga, jurufoto nih pon xlama lagi pon akan ikut sahabat kita alias nih 27 hb, aku nih duk sibuk pergi ke majlis orang jee..majlis aku bila lagi ye..hhehehe...soklan cepu emas..tungu dan lihat nnt * dah azan, nak bersiap tuk solat lak, nk ke masjid rasenye dah xsempat, aku baru berhenti bermain semin, perlu mandi dahulu....wasslam MuSaFiR_0102.. 1:11 PM.
*www.darulfuqaha.com hari ini di dalam akhbar utusan melayu terpampang tajuk:- menghiburkan . Apakah isi kandungannya? kalu mereka yang sering membaca akhbarutusan seharusnya sudah mengetahui isinya, pembaca boleh klik sendiri diatas link tersebut untuk membacanya. tajuknya simple bukan? tetapi simple inilah juga merupakan punca simplenye ALLAH menurunkan LAKNAT dan BALA-NYA kepada kita, dunia kini semakin dipenuhi dengan hiburan, sana sini hiburan, memualkan bagi aku. Natijahnya rakyat malaysia kini semakin alpa, semakin lalai. di negara-negara islam seperti palestin dan iraq sedang 'di hibur' dengan butiran peluru dari musuh-musuh ALLAH, tetapi kita dihiburkan dengan nyanyian, lakonan, dan propaganda-propaganda lain yang ternyata mencari kemurkaan ALLAH swt. Tidak malukah kita dengan mereka-mereka yang sedang berjihad di sana sedangkan kita yang mendakwa negara islam tidakpon menghulurkan bantuan bagi menghancurkan musuh islam?? yang kita tahu hanyalah menyatakan ucapan " oh! kita amat bersimpati dengan apa yang menimpa iraq dan palestin, kita mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas mereka, kita akan menghantar memorandom untuk membantah serangan mereka" huh!! nonsense, cakap hanye sekadar cakap, tetapi buatnya tidak. kita lihat kembali kepada apa yang dipaparkan oleh utusan tadi "menghiburkan" .Apa yang menghiburkan?? suatu tanyangan teater "MAMMA MIA" telah dipertontonkan kepada rakyat malaysia. Ratusan, ribuan, malahan mungkin jutaan rakyat malaysia berkumpul untuk menyaksikan teater tersebut, dan jutaan duit juga dilaburkan kepada pelakon-pelakon yang semestinya mencari NERAKA ALLAH taala, tidak berpada untuk berhibur hanya sekadar 1jam atau 2jam, tetapi akibatnya menjadi "AYAM PUSING" di dalam neraka ALLAH swt. nau'uzubillahimin zalik. "YA ALLAH, BERILAH PETUNJUK KEPADA KAMI KE ARAH JALAN KEBENARANMU, JADIKANLAH KAMI DIKALANGAN MEREKA MEREKA YANG SENANTIASA BERTAUBAT KEPADAMU YA ALLAH, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAMPU MENGHANCURKAN KAMI DENGAN SEKELIP MATA DAN NESCAYA KAMI TIDAK MAMPU MENGHALANGNYA, BANTULAH KAMI YA ALLAH " ameen "Najib turut menyampaikan hasil kutipan tiket persembahan amal bernilai RM1.2 juta kepada 10 badan kebajikan termasuk Yayasan Institut Jantung Negara, Befrienders Kuala Lumpur dan Persatuan Hospis Malaysia. Turut hadir Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. " Adakah matlamat menghalalkan cara?? duit hasil maksiat kemudian di sampaikan kepada pusat-pusat kebajikan, dinikmati oleh mereka-mereka yang memerlukan, cuba kita renung, adakah duit seperti ini yang diperlukan oleh mereka? adakah duit hasil maksiat digunakan untuk membuat pembedahan? adakah duit maksiat ini digunakan membeli makanan? yang akhirnya makanan yang dibeli hasil duit tersebut menjadi darah daging mereka?OH! Tidak!! bukan itu yang mereka perlukan, yang mereka perlukan duit dari sumber yang bersihh dan doa dari penderma untuk kesembuhan kesihatan mereka. Bukannya duit dari hasil kutipan tiket hiburan yang pasti niat pembeli tiketnya membeli untuk menonton teater tersebut sahaja. ALLAHUA'LAM.....wassalam MuSaFiR_0102.. 9:24 AM.
*www.darulfuqaha.com |
MUTIARA HADIS.. Kelebihan Solat Dhuha : MA ROKYUUKOM?? ARTIKEL TERBARU
ARCHIVES...
|
|