![]() |
|
Wednesday, November 09, 2005 sambungan "PUKAU 'TEWAS' DENGAN KALAMULLAH" (siri 7) Soalan: Adakah cara lain untuk menghindari pukau? Jawapan: Hanya orang yang berilmu atau mempunyai ilmu agama yang mendalam dapat mematahkan kuasa pukau. Ini kerana kita tahu pukau menggunakan jin, dan jin sangat takut kepada orang yang berilmu. Malah ada disebutkan bahawa syaitan takut kepada seorang alim yang tidur berbanding seorang manusia yang beribadah. Dengan ilmu inilah syaitan tidak boleh menipu umat manusia. Ayat-ayat al-Quran sahaja yang mampu mengalahkan jin. Amalan yang disebutkan di atas, iaitu membaca ayat Kursi dan Surah an-Nas dan al-Falaq adalah antara amalan-amalan yang mudah diamalkan. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat pendinding diri yang lain tetapi ini yang paling mudah dibaca oleh semua orang. Kemujarabannya bergantung kepada kekuatan seseorang. Ilmu dan amalannya sahaja yang mempercepatkan proses mengeluarkan jin tersebut. Ada kisah yang mengatakan seorang budak yang dirasuk jin, Rasulullah s.a.w. sekadar meletakkan kanak-kanak tersebut di atas dada baginda dan memerintahkan jin itu keluar, maka ia pun keluar.Begitu juga yang dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, apabila dikhabarkan tentang seorang yang telah dirasuk jin, beliau hanya menyuruh si pemberitahu itu tadi mengambil terompahnya dan ditunjukkan kepada jin, maka jin akan lari dan tidak mengganggu mangsa tersebut.Yang penting dan perlu diingat, kita tidak sepatutnya takut kepada makhluk sebegini kerana ia juga makhluk Allah. Jauhi amalan sihir kerana dalam sebuah hadis Rasulullah mengingatkan supaya kita menjauhi tujuh dosa-dosa besar, dan sihir adalah dosa besar yang terletak pada tangga kedua selepas mensyirikkan Allah. tamattttt..... Dipetik dari:isterisoleha.blogdrive.com MuSaFiR_0102.. 9:44 AM.
*www.darulfuqaha.com |
|